9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, August 5, 2018

Babbling

Okay. posting kedua aku untuk 2018 and it is already August gais! 😂😋

Allahu.. how fast time flies kan. pejam celik je dah Ogos. Ya Allah seriuslah dah akhir-akhir zaman ni masa berlalu sangat cepat kan. Aku rasa macam baru masuk 2018. dah 8 bulan dah weh? haih..

Malam ni terasa nak membebel sikit dalam belog harap-harap bertambah rajin lagi lah lepas ni. haha. Saje nak cerita sikit life setahun dua ni. 

Anyway Alhamdulillah dah almost 3 years berhenti kerja. Rasanya belum ada jiwa untuk kembali makan gaji setakat ni. Walaupun duduk rumah ni stress juga menahan sabar dengan karenah anak-anak-anak yang pelbagai kan tapi stress dia tak sama macam dekat tempat kerja hehe. InsyaAllah aku boleh handle lagi. kot... :P

So currently aku buat apa? Sedia maklum dari dulu aku suka buat bisnes. So sekarang pun masih on biz cuma sekarang aku lebih focus on Bahan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Dah lebih setahun juga aku fokus pada item macam ni sebab lebih senang dan dekat pada aku as a mother of three. So apa yang aku apply pada anak-anak itu yang aku cuba sampaikan pada orang lain supaya mereka boleh dapat benefit yang sama.

Cumanya biz aku ni bukanlah tebabor sangat. Masih di zon selesa sahaja. Entah bila nak pergi lebih jauh kan. Belum ada peluang. Bukan tak ada angan-angan. Cumanya mungkin bukan sekarang sebab aku tak nak terpesong daripada tujuan asal aku duduk rumah. Bukan sebab biz semata-mata tapi sepatutnya lebih kepada kebajikan anak-anak. Anak-anak adalah BIG WHY aku. Dengan biz sekarang yang cikai-cikai pun aku tak menang tangan kadang-kadang nak buat dan ada masa-masanya terabai juga anak-anak. So kalau aku pergi ke peringkat lebih tinggi risau pula aku tak banyak masa bonding dengan anak-anak. huhu.

Dhia next year dah darjah 1. Allah.. tua dah aku. Cepatnya anak membesar. Rasa macam baru lahirkan Dhia semalam. Now she almost 6 years old. Tahun depan bakal melihat dunia yang sebenar, risau pun ada sebenarnya. Yela masa dia akan lebih panjang di sekolah nanti. Akan jumpa kawan-kawan baru dan pelbagai tingkahnya. Boleh ke dia bawa diri 😟

Danish 5 tahun 2019 nanti. InsyaAllah tahun depan lah baru hantar sekolah jawabnya. Awal tahun haritu hantar sekolah 2 hari je mengamuk-ngamuk tak nak pergi mami terpaksa akur tak nak memaksa. Tapi next year nampak gaya kena biar dia menangis tak berlagu la kat sekolah huhu. Dah lah belum fully free diapers tu adeh, payah anak bujang sorang ni 💆

Dayyan dah nak setahun dah oktober nanti. Cepatnyaaaa anak besar wehhhh sobs. Dah pandai duduk sekarang si kecik ni. Dah pandai nak main, dah pandai nak rebut mainan, dah pandai marah hahaha comel nau nau.

Haih.. 3 orang dah anak aku kan. Tapi macam 30 orang haha. Ya Allah, doa aku nak jadi mak yang baik-baik untuk diorang. Sekarang ni aku tengah belajar jadi SABAR. Al-maklum duduk rumah 24/7 dengan anak memang biasa kalau selalu nak tukar jadi MOMster kan haha. Tak boleh. aku tak boleh jadi MOMster selalu. kena ubah! Sebab aku nak jadi mak yang boleh anak-anak banggakan bila mereka besar nanti 😭

Oh citer pasal anak je kan.. husband aku? Dia macam tu lah. Masih bekerja sendiri. Kesian dia. Bekerja keras sangat. Ada je job masuk. Alhamdulillah. Susah dia tu nak tuang kerja. Anak bini nak ajak ke mana-mana pun kena buat appoinment awal weh hahaha. Korang kalau nak pasang aircond ke service aircond ke sekitar lembah klang (especially area Kepong/Klang/PJ atau nearer) boleh je roger-roger laki aku ya (Ben-0133344122). Aku bab kerja-kerja dia tu tak reti sangat so eloklah korang sendiri call/text dia tanya haha.

Aku sekarang enjoy je jual educational items ni. Lepas ni kalau ada free time aku buat sharing dekat belog pulak tau. kalau ADA MASA laaaaaa hahahah

k lah. tadi macam nak bebel panjang sangat. now aku rasa dah mengantuk hahahaha. 

nite korang :P





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers