9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label harimau baham garuda. Show all posts
Showing posts with label harimau baham garuda. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah! Malaysia Merangkul IBU segala Pingat Emas Sukan Sea 2011!!!

Fuhh... Tak sia-sia My tercongok lebih 3 jam di depan kaca tV untuk menyaksikan setiap detik perlawanan di antara Harimau Muda dan Garuda di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi bilamana Malaysia akhirnya berjaya membenamkan garuda sekaligus menutup mulut sekalian penonton Indonesia di dalam stadium!!!

Satu taman perumahan My bergegar malam tadi dek jeritan penyokong-penyokong skuad tanah air! Gol jaringan pembukaan oleh pasukan Indonesia seawal minit ke-5 telah menggoyahkan sedikit semangat pasukan kita dan semua penyokong-penyokng akan tetapi mereka terus berlawan tanpa mengalah sehinggalah skuad Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan sebelum berakhir separuh masa pertama!! 

Pertarungan malam tadi begitu sengit.. kedua-kedua pasukan kuat mempertahankan pertahanan masing-masing. Banyak ruang dan peluang yang kita dapat lihat ke atas kedua-dua pasukan namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gol dan pertahanan kedua-dua pasukan. Akhirnya mereka terpaksa akur apabila mengakhiri perlawanan dengan penyamaan gol 1-1. Tambahan masa 30 minit walaupun digunakan sebaiknya namun kedua-dua pasukan gagal mendapatkan jaringan dan terpaksa melakukan 5 sepakan penalti setiap kumpulan.

Kedua-dua penjaga gol berjaya mematahkan satu jaringan namun akhirnya Indonesia terpaksa berputih mata apabila sepakan terakhir oleh ketua skuad Harimau Muda, Badrul berjaya menjaringkan gol!!!!!!!!!!!!!

Fuuuuhhhhhh!!! berdebar-debar betul tengok perlawanan malam tadi! jerit.. terkinja-kinja macam beruk...-.-' dan akhirnya EMAS milik kita!!!! yeay!!! yeay!!!!

Kesian kat Indonesia penantian sejak 1991 untuk memenangi pingat emas tidak kesampaian... cuba lagi di masa akan datang oke...;D

nota kaki: gara2 tido lambat harini kemengantukan... napela PM xbagi cuti.. haha

Friday, November 18, 2011

Harimau baham Garuda!


credit

Ehem ehem.. testing 1,2,3.. heee~ suara agak lari sket gara-gara menjerit ala-ala kena hysteria malam tadi dek panahan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia. Tahniah diucapkan kepada semua pemain Harimau Malaya kita yang berjaya membaham garuda dengan jaringan tunggal Syahrul Azwari Ibrahim 1-0 sekaligus menjadikan Malaysia selaku juara kumpulan A dan bakal bertemu Myanmar esok!

Rentak permainan yang My dapat lihat malam tadi agak menyeramkan apabila Indonesia mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun kita bernasib baik kerana mempunyai penjaga gol yang cekap membatalkan niat suci garuda itu hohohoho.. Walaupun dilanda dengan pelbagai kontroversi namun prestasi yang ditunjukkan oleh Khairul Fahmi tidak langsung membataskan untuknya memberikan perhatian sepenuhnya.. syabas! J

Malaysia juga tidak kurang hebatnya My tengok banyak sangat peluang untuk kita gol tapi agak sayang sekali bila pemain jersi 14 tu harap je tinggi tapi tak boleh harap..asik terlepas bola je padahal takde halangan untuknya menjaringkan gol… kalau tak mungkin kita berjaya membolos 4-0! Heheh.. kondifen je den nih!! ;D

Oke itu sahaja ulasan My hari ini. Tahniah sekali lagi kepada pemain Harimau Muda kita…! Keep it up dan jangan tempatkan diri anda di keadaan yang selesa kerana perjuangan masih belum selesai…

Sekian buletin sukan kita kembali ke Sri Pentas… :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers