9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah! Malaysia Merangkul IBU segala Pingat Emas Sukan Sea 2011!!!

Fuhh... Tak sia-sia My tercongok lebih 3 jam di depan kaca tV untuk menyaksikan setiap detik perlawanan di antara Harimau Muda dan Garuda di Stadium Gelora Bung Karno malam tadi bilamana Malaysia akhirnya berjaya membenamkan garuda sekaligus menutup mulut sekalian penonton Indonesia di dalam stadium!!!

Satu taman perumahan My bergegar malam tadi dek jeritan penyokong-penyokong skuad tanah air! Gol jaringan pembukaan oleh pasukan Indonesia seawal minit ke-5 telah menggoyahkan sedikit semangat pasukan kita dan semua penyokong-penyokng akan tetapi mereka terus berlawan tanpa mengalah sehinggalah skuad Harimau Muda berjaya menyamakan kedudukan sebelum berakhir separuh masa pertama!! 

Pertarungan malam tadi begitu sengit.. kedua-kedua pasukan kuat mempertahankan pertahanan masing-masing. Banyak ruang dan peluang yang kita dapat lihat ke atas kedua-dua pasukan namun berjaya dipatahkan oleh penjaga gol dan pertahanan kedua-dua pasukan. Akhirnya mereka terpaksa akur apabila mengakhiri perlawanan dengan penyamaan gol 1-1. Tambahan masa 30 minit walaupun digunakan sebaiknya namun kedua-dua pasukan gagal mendapatkan jaringan dan terpaksa melakukan 5 sepakan penalti setiap kumpulan.

Kedua-dua penjaga gol berjaya mematahkan satu jaringan namun akhirnya Indonesia terpaksa berputih mata apabila sepakan terakhir oleh ketua skuad Harimau Muda, Badrul berjaya menjaringkan gol!!!!!!!!!!!!!

Fuuuuhhhhhh!!! berdebar-debar betul tengok perlawanan malam tadi! jerit.. terkinja-kinja macam beruk...-.-' dan akhirnya EMAS milik kita!!!! yeay!!! yeay!!!!

Kesian kat Indonesia penantian sejak 1991 untuk memenangi pingat emas tidak kesampaian... cuba lagi di masa akan datang oke...;D

nota kaki: gara2 tido lambat harini kemengantukan... napela PM xbagi cuti.. haha

11 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

tahniah harimau muda!

Anum said...

anum siap melompat suka kegembiraan malaysia
tahniah malaysia

Suana Zhar said...

helah malaysia menang semalam...;) http://suanazhar.blogspot.com/2011/11/helah-malaysia-menang.html

nurkaloi said...

game mlm tadi memang best owwwww

SoLy SoLicious said...

terbaik Harimau muda !!

Teratak Hami said...

Tahniah skuad harimau muda.

Berdebar2 woooo... tapi akhirnya EMAS!!!

mas saari said...

tahniah Malaysia!
memang suspen gile kan? akak rasa macam nak tercabut jantung..

KAMIHIDUP said...

Auuuuuummmmm!!!

Ieja said...

rugi kan sapa x tengok bola semalam hehe..apa2 pon tahniah kepada Harimau Muda yg berjaya Membaham Sang Garuda :)

putribongsu said...

terbaekkkk!

Asyikin said...

tahniah malaysia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers