9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, November 24, 2011

Harimau Muda Letih!

Juara ibu segala pingat di Sukan Sea baru-baru ini akhirnya terpaksa akur apabila kecundang 0 - 2 di tangan Syria di gelanggang sendiri malam tadi di dalam perlawanan kelayakan Olimpik London. Namun, My percaya semua rakyat Malaysia juga boleh menerima keputusan tersebut dan menganggap faktor keletihan sebagai punca skuad Harimau Mudakita tidak dapat menjaringkan sebarang gol.

Tapi daripada apa yang My lihat malam tadi corak permainan agak bagus. Walaupun hanya dapat rehat tidak sampai 48 jam Harimau Muda tetap bermain dengan bersungguh-sungguh dan berusaha sehabis yang boleh. Nampak sangat muka mereka keletihan sewaktu permainan berlangsung malam tadi. 

My pun tak memberi harapan yang terlalu tinggi kepada mereka lebih-lebih lagi apabila Syria mula menjaringkan gol pertamanya pada separuh masa kedua. Ditambah lagi apabila di minit-minit akhir Syria menjaringkan golnya yang kedua. Pada saat itu My fikir.. takpelah. Bagi pada Syria. Mereka penat!! 

Ayuh! kita sokong skuad bola sepak kita walau apa jua keadaan.. walau kalah atau menang!!! Ini bukan penentu ini bukan titik akhir!! Banyak lagi perjuangan mereka yang harus ditempuh!!! Selamanya Harimau Malaya! Selamanya Malaysia!!! Hidup Malaysia!!!!!

Di harap mereka lebih bersedia untuk menghadapi wakil negara Teluk Ahad ini, Bahrain!!! I know all of you can do it!!! :)

Chill yeh!!! 

3 comments:

mas saari said...

nampak sangat diaorg penat... main pun mcm tak bersedia je!

syu said...

yup...teruskan menyokong...jangan terus kondem diorang. Ape pun, KFCM dah buat yang terbaik semalam as penjaga gol terbaik...yeehaa...

cantekk said...

AUMMMM!!! ape pon terjadi, kami tetap sokong!!! =D xpe,,rezki syria.. lgpon dorg bkelebihan dr segi fizikal yg tinggi,,dan ckup rehat.. Bola Msia da leh main donia, ok ape..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers