Kedai Barang Perkahwinan dan Makanan Ringan di Ampang


Tak cukup berjalan Sabtu kelmarin, semalam My keluar lagi. Ke sebuah kedai barang kahwin di Ampang. Amekaw.. sampai ke Ampang My redah…-.-’… Tanpa kehadiran enchek tunang bersama My agak bebas lah sikit My bergerak. Bukan apa kalau enchek tunang ikut takut nanti dia buat muka seposen.. faham-faham je lah orang lelaki ni kan. Bukan suka sangat pergi survey-survey cari barang nih. Lagi-lagi kalau pergi jauh-jauh pastu tak beli hape.. memang hampeh hehe.

So, semalam My keluar dengan seorang kawan lama (kawan sekolah) yang tinggal berdekatan di Sri Damansara. On the way pick up dia hujan turun selebat-lebatnya.. Ahh redah je lah bukan naik motor pun hehe. Alhamdulillah on the way tu takdelah hujan mana pun renyai-renyai je.
Plan pertama nak ke Taman Melawati survey kedai borong makanan ringan. Dapat info dari blog norapurplebridez yang bakal berkahwin beberapa hari saja lagi. Dekat blog dia ni My dapat macam-macam info! Thanks kepada tuan belog dan Selamat Pengantin Baru buat kamu! J

My tak pernah pergi pun ke Taman Melawati tu.. Tapi kalau tahu direction InsyaAllah My boleh cari dengan jayanya. Tapi masa dah sampai Melawati tu tak jumpa-jumpa kedainya. Tahu nama kedai je tapi tak tahu di mana kedudukan kedai.. Pusing punya pusing tak jumpa-jumpa.. demmm…-.-’ Dah agak-agak surrender My kiv dulu kedai ni dan gerak ke Pandan Prima Ampang nak cari kedai kahwin yang jual souvenir, barang hantaran, dan sebagainya. Info dapat di Majalah Pengantin yang My dah langgan 3 bulan berturut-turut. Jammed giler nak ke sana tapi nasib baik ada kawan banyak mulut ni so takdelah bosan sangat melayan jammed tu hehe.
Wahhh.. senang je nak cari kedai tu cuma agak jauh dari apa yang My jangkakan la.. landmark yang senang nak jumpa kedai tu adalah Tesco Ampang & Petronas (kalau dari Kepong/Bt Caves). Selepas Petronas make a U-Turn dan masuk kiri sebelum Petronas.. Kat area situ banyak kedai.. cari je Lovely PlaceWedding nanti jumpalah. Kat sini My tak terpusing-pusing mencari. Masuk-masuk je memang dah nampak kedai tu hehe. Masuk dalam tengok item-item yang murah. Tapi banyak dah habis stock. Kena order untuk dapatkan stock baru. Alahaiii…
Walaupun apa yang My nak takde tapi My tak balik dengan tangan kosong. Hehe.
Taraa! My beli bekas hantaran yang berharga RM20.90 ni dengan harga diskaun RM9.90 setiap satu. Yang My cakap nak sewa kat SINI tu pun harga lebih kurang je Cuma tambah 90sen. So My rasa nak beli je. Nanti kalau dah tak guna boleh sewakan kat orang lain atau jual je. kan kan.. J So, My beli 9 pcs bekas hantaran tu. Hurm.. penuh sket bonet haha. Kawan My pun membeli jugak.. Kebetulan abang dia pun nak kahwin so dia beli paperbag kat situ.. horey horey…
credit
Balik dari Pandan Prima My ke Taman Melawati semula untuk cari kedai borong makanan ringan tu. Sebelum tu sempat google nama kedai untuk dapatkan alamat. Berjaya! Tapi dengan hampanya.. kedai tu tutup! Fine ko memang tolak rezeki kan tutup hari Ahad! Isk isk. So… misi untuk ke kedai makanan ringan terpaksa dibatalkan. Jumpa kedai alat tulis My masuk cari kertas tebal sikit untuk buat guess book. Opsss… kantoi sudah.. pasal ni nanti citer lain hoke hehe…

Sebelum balik sempat singgah makan Char Kuey Teaw di Putra Corner di Sunway Batu Caves. Sampai rumah sebelum maghrib hehe..

Tu yang malam tadi diserang migrane yang melampau tu… adeh...-.-’


2 comments:

cik chinta said...

iskkk...murahnye my. kite x beli pon lagi kaki dulang, dulang nye da beli..eheheh..

Ieja said...

wah bila majlis ni? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

Kawan-Kawan Saya! ^_^

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers