9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, November 16, 2011

Tips Simpanan Bulanan yang Paling Berkesan bagi Anda

Tajuk di atas adalah antara topik menarik MHI di TV3 pagi ini. Al-maklumlah dek kerana peningkatan taraf hidup dewasa ini hal-hal kewangan biasanya menjadi permasalahan dalam kehidupan seharian. Pengacara Ahmad Fedtri dan M. Zul merperkatakan mengenai bagaimanakah kita menguruskan kewangan bulanan? Adakah kita mempunyai simpanan setiap bulan? Berapa banyak yang boleh kita simpan? Adakah kemampuan untuk membayar segala hutang termasuk PTPTipu?? eh silap PTPTN. 

Anda bagaimana? Gaji sebulan yang korang peroleh tu bagaimana korang manage? Ada tak korang peruntukkan untuk simpanan dan selesaikan segala hutang? Hurm....

Macam-macam komen yang diberikan oleh penonton MHI di facebooknya tadi dan banyak jugak cadangan yang diberikan. Termasuklah My nak jugak interprem hantar komen sekali hehe. Jom-jom kita tengok apa antara komen-komen yang diberikan:


Simpan duit bwh bntal.haha.:P errr... boleh jalan ke? -.-'


Potong gaji... Alaa... nanti tak lawa la tengok payslip gaji bersih tu jadi sikit.. hehe..


nak simpan macam mana kalo gaji cukup2 je utk byr  kan kan kan!... we want more! we want more! erkk



buat MLM untung pun mari,duit pun beranak maka aku kaya! Wakluuuuu... hang tau ke duit tu mana dtg? halal ke haram ke?? *anti MLM!



stiap bulan dpt gaji asingkan dlu byrn2 hutang+saving br fkr psl kperluan+khendak. Saving ltk dlm satu bank y jrg kite withdraw/simpan kad di mana2 setuju! sebab ini komen saya... haha...

Rancang pembelanjaan dan rekodkan setuju!



simpan dlm acc yg x ade atm kad. Sy ada acc bank yg ada atm, tp sy sengaja terus dimpan dlm kotak. Makna wang masuk keluar x boleh. 2/3 bulan p update buku je. sokong 400%!



simpan dahulu,baru belanja..duit skit semua cukup,duit banyk xkn pnh cukup.. kan kan... sob sob..

Main kutu :) Bagus jugakkk tapi jenuh nak menunggu turn...-.-'

saya dan suami sll simpan syiling..sekarag dah ada 6 tabung yang penuh dengan syiling untuk tahun ini..semuanya bermula sebagai hobi..kalu nak ikutkan simpanan dari gaji bulanan memang xcukup..dapat gaji semua habis bayar utang,ptptn,personal loan,bil2 lain..mana cukup... wahhhh bagusnyaaaa... My baru ada setabung...-.-'



Cr lain, letak tabung kt workstation/rmh hari2 smpn 50sen-RM1 shari. Aggp tabung tu xwujud supaya kte xkeluarkan! Bagus betul lah dia ni... anak sapo lah ni... *ini komen saya jugakkk...:D


potongan gaji masuk Tabung Haji. Walaupun sikit tetapi x terusik, segan nak keluarkan n Tabung Haji jauh di bandar. X d kemudahan ATM .............

Insyallah berkesan n selamat.  Setuju. tapi My lom bukak bank Tabung Haji lagi. naif betul kan. sebabnya Tabung Haji Bank susah nak cari...-.-'

Buat list stiap bln nk berbelanja. Target simpanan berapa $ nk simpan, dan utamakan kperluan dr khendak. Tapi kalau boley b0s harus phm gaji mesti up stiap tahun dan tg0k prestasi pkeja yg terbaik sbg tmbhan dan b0nus utk mereka. Tak juga sia2 menghulur tenaga betul tu!  nak naik gaji! nak naik gaji!! *errr... kan baru naik haritu..-.-'

perlaburan ASB,lebih berkesan caranya setiap bulan hanya perlu simpan RM100.00 sahaja bagi yg berpendapatan RM1300.00 jangan terlampau membebankan menyimpan kerana takut wang yg kita simpan akan kita gunakan semula dalam masa yg terdekat... Hurm..My ada ASB tapi My tak aktif menyimpan. Lepas tu ada plak fatwa cakap haram... so macam tak kondifen jek nak teruskan..-.-'

Buat potongan gaji setiap bulan.Kawal perbelanjaan harian seperti kata pepatah "ukur baju di badan sendiri"maksudnya sekiranya gaji kita kecil,perbelanjaan pun kecil.Kita tidak boleh ikut rentak orang lain. Heeee... ukur baju di badan sendiri!!!


pertama sekali kena disiplinkan diri, macam saya cara nak disiplinkan diri saya buat loan beli tanah, so gaji saya tiap2 bulan akan dipotong melalui gaji.. satu lagi caranya beli emas macam (gold bar) sikit2 tiap bulan kerana emas tidak ada kesan inflasi.. contohnya harga kambing pada zaman rasulullah hanya 1 Dinar (emas) sekarng pun harga kambing boleh dibeli dengan 1 Dinar (lebih kurang RM850). fuhyoooo banyaknya aset... tapi memang betul! berbaloi-baloiiii

Nak smpan duit pun.. Tk dpt.. Gji pun.,tk bsar.. Smua nya nk d pkai... Hampa.. alahaiii kesiannya... 

Pendapat saya lebih cenderung penyimpanan utk pelajaran dan harus di mulakan dr darjah 1...kerajaan harus mewajibkan pembukaan akaun SSPN kpd semua pelajar...baru2 ini kerajaan ada memberi kan bantuan khas kpd para pelajar dan bantuan khas 2 blh di salurkan terus kpd akaun SSPN para pelajar..dan sebelum ni jka x silap saya kerajaan ada memberi unit saham 1 Msia wlupn jumlah unit dia kecil tp bla di labur n hasilnya diperolehi boleh terus simpan ke dlm akaun SSPN para pelajar..dalam masa yg sma para ibu bapa blh menambah sendiri simpanan SSPN..dan jika ini dilaksanakan I'Allah para pelajar tidak akn menghadapi masaalah dlm membayr kembali pinjaman PTPTN. haaaa yg ni kena usulkan dekat parlimen ni hehe

Beli dan simpan emas perak (walaupun ada satu item sudah cukup, kalau byk item lagi baik) lagi terbaik dari simpan duit. Simpan duit kertas dan syiling harga tak tentu dan sentiasa naik buat kita terbeban dan dividen akan kurang bila berlaku kegawatan ekonomi. Emas perak memang kalis inflasi... :-D

*Dah byk beli emas perak tue ingat2lah wajib kena zakat jika cukup haul dan nisab. Ada plan nak beli emas tapi asyik bertangguh je.. tunggu dah kahwin kang...

bagi sya.. cr pling berkesan puasa setiap hari bg kurgkn kos duit mkan... dan boleh simpn msa akn dtg... Perghhhh nak puasa seumur hidup ke??? mati dennnn...



barang semakin mahal... gaji pun perlu lah mahal... kalau x, macam mana nak simpan duit.. gaji cukup-cukup bayar hutang + sara hidup, awal-awal bulan pun terkering sudaa... tuh la pasalllll

ak simpan duit zaman sekarang??payah2...sebab??sapa kena sapa tau heeee..... sape makan cili dia terasa pedas ye dakkkk



Buat list brg keperluan yg nk dibeli..klu nk beli brg xda dlm list pikir dulu sama ad tu keperluan atau kehendak.. kehendak!

PTPTN : yg paling berkesan potong gaji.. cam EPF.. diwajibkan.. setiap pekerja xkire keje kerajaan/swasta/kilang & sebagainya, majikan harus check dengan pihak ptptn samaada pekerja ada mambuat ptptn/x.. then, potong gaji tiap blan untuk ptptn yg bersesuaian mngikut kadar gaji yg d terima.. so, penghutang dapat melangsaikan hutang xkirela gaji nya sikit/x.. wlpn care ni agak myeksakan, tp ianya mmberikan kebaikan kpd pghutang & pemiutang.. nak tunggu byr sendiri, sampai mati pon xkan bbayar..


SIMPANAN : tetapkan simpanan setiap bulan RM50. wajib d simpan dalam bank pakai buku & xley keluarkan.. law nak simpan lebih pon ley... kebanyakkan orang, law pakai buku bank jarang kluarkan wet sbb malas nak beratur.. MALAS adalah sikap yg berbahaya, namun ada kebaikan nya.. jd, gunakanlah kemalasan anda nak beratur.. barulah duet yg d simpan xkan tergune.. law takut tergune, bg mak/isteri/sesiapa yg berkenaan yg dpercayai pegangkan buku bank. Bg yg d amanahkan, jngan lak pecah amanh.. namun, ibu bapa harus memainkan peranan untuk anak2 supaya mnyimpan duet sejak kecil.. PTPTipu potong gaji oke. tapi PTPTipu tu tolonglah faham keadaan peminjam. Interest tinggi sangat tu pasal kadang2 hutang peminjam tak habis2. duit bayar tiap2 bulan abis bayar interest jek. Nak bayar banyak gaji tak beso... camne tu? Bab Simpanan tu, Saya sokong!

kurangkan berhutang.. berhutang adalah faktor utama kita tak dapat menyimpan. walau gaji sebanyak mana pun kalau hutang melebihi bajet. fikir2 dan renung2 lah. selamat menyimpan untuk masa depan dan hari tua nanti. Tawu takpe!!! lagi byk hutang lagi byk kuar duit.. lagi serabot la kapla hotak... adehh
sumber : Facebook MHI TV3
Haaa...itulah antara komen-komen yang sempat My rakamkan. Ada banyak lagi senanya tapi korang jengahlah sendiri ke page MHI tu ye. Kalau dilihat banyak juga komen-komen positif yang memberikan pendapat mengenai cara terbaik untuk menguruskan kewangan bulanan kita. Tak kurang hebatnya yang memberikan komen di mana gaji beliau hanya cukup-cukup makan. Nak menyimpan? hampeh... 

Bagi My, ikutkan peredaran taraf kehidupan masa kini kita semua tak layak memperoleh gaji minima RM1000/sebulan. seyes kauuu... note RM100 sekarang pun dah rasa macam RM10 tau! Lebih-lebih lagi bagi mereka-mereka termasuk My yang tinggal dan bekerja di kota metropolitan nih. Duit keluar macam air. Dah naik gaji pun sama jugakkk apa kess???

Tapi, jangan jadikan alasan kau tinggal kat bandar besar kau tak boleh menyimpan! dush! Boleh.. itupun kalau kau betul-betul bijak uruskan kewangan kau!!

Kalau My, gaji yang My peroleh setiap bulan My akan allocate kan kepada beberapa pecahan. My akan pastikan mesti kena ada checklist almaklumlah diri ini lalai dan pelupa orangnya so kena catatkan! Catatkan senarai-senarai hutang-piutang yang ada... allocate kan duit itu kepada hutang, saving, dan sebagainya. Harus diingatkan! Bila gaji je perkara yang harus diutamakan adalah HUTANG dan SIMPANAN! Pendek kata utamakan yang lebih penting terlebih dahulu! Supaya kita tak serabut di kemudian hari...

Apa yang My buat adalah selesaikan dahulu allocation untuk 1)hutang: bil telefon, bil api+air, credit card, pinjaman pelajaran MARA, Insurans, sewa rumah, Zakat pendapatan. Yang ini semua mesti diutamakan! Rela atau tidak kita tetap kena bayar kan? Kalau bulan ni kita tangguh bayar hutang, bulan depan dah tertunggak.. lagi pening betul tak? Hapa kau hengat ada dato' nak datang tolong bayau? kirim salam!  2)Pemberian pada Mak & Abah. Yang ini wajib ada! Wahai korang... harus diingat... gaji setiap bulan tu tolonglah allocate kan sedikit untuk mak bapak korang. Nak duit gaji berkat bagilah sedikit kepada mereka selain membalas jasa diorang jaga kita dari kecik macam lidi sampai sebeso gajah. Tak dapat banyak sikit pun jadilah... Seyes korang even sedikit konfem mak bapak kita akan terharu dan gembira... Dan InsyaAllah kita takkan rasa 'kering' dengan rezeki yang Allah kurniakan. 

Seterusnya yang ke 3)Simpanan : Tak kiralah bagaimana bentuk simpanan pun yang korang lakukan yang penting mesti kena ada. Bukan untuk orang lain tapi untuk kegunaan korang jugak di masa akan datang. Kalau My, My akan simpan dalam Bank Islam. My ada 3/4 account bank. Tapi Bank Islam memang My jarang gunakan. So apa yang My buat adalah simpan di Bank Islam tu. Nak keluarkan? memang malas. Dan My memang didik diri ni takkan sewenang-wenangnya keluarkan duit dari situ kalau tidak betul-betul terdesak. Simpanan lain? Tabung. My letak tabung kat workstation.. sehari My akan masukkan dalam 50sen - RM1... Alah ni saje-saje je. Tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit ye dak? Lain-lain? setakat ini takde lagi. ASB ada tapi My tak berapa nak aktif. lebih-lebih lagi sejak ada beberapa sumber mengatakan ianya haram... so daripada rasa ragu-ragu lebih baik katakan tidak.

Perancangan lain, My nak beli Emas/Dinar. Sekarang ni banyak dah orang buat simpanan emas ni. Sebabnya emas ni takkan turun nak dibandingkan dengan nilai mata wang yang kian merudum sekrang ni. So, ia sangat berguna untuk simpanan kita akan datang. Tapi tu lah.. mungkin tahun depan My nak mula sekarang pun My baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan ni so, pelan-pelan kayuhhhh... hehe...

Kalau nak diikutkan zaman sekarang ni memang payah nak menyimpan.. Lebih-lebih lagi bagi mereka-mereka yang bergaji rendah.. Duit banyak habis untuk bayar hutang+keperluan. Nak saving fikir 24juta kali... -.-' Barang-barang pulak makin naik harganya... Harga barang-barang naik setiap tahun.. Gaji 5/6 tahun pun lum tentu naik... adehhh... -.-' 

Lagi satu, nak elakkan pembaziran... jangan berbelanja keterlaluan. Seperti terdapat komen di atas, "Ukur Baju di Badan Sendiri"... Kalau dah tau gaji tu tak seberapa, hutang melambak... nak jugak beli barang-barang di luar kemampuan apa kes? Nak beli barang fikir dulu ianya keperluan atau kehendak... Kalau rasa tak perlu,jangan membazir duit nak beli jugak. Tu yang nanti akhirnya boleh buat orang tambah hutang lagi dengan mengambil pinjaman peribadi dan sebagainya... Ah sudahhh tambah hutang lagi kannn....

So, fikir-fikirkanlah. Peringatan tidak berbayar ini untuk diri sendiri jugakkk hehe...korang macam mana? Berjaya tak manage kewangan bulan-bulan tu?? Alahhhh... korang gaji besar... ape ade halllll... ;D

Till then!

8 comments:

Anum said...

anum suka buat potongan gaji

Ieja said...

dapat gaji simpan ASB, lebih baru menabung kt shopping complex..hehe

PTPTN skip2..blh? hihi

CikPuan Fara said...

fara masuk duit dlm bank yg xbuat atm kad. susah nak kuarkan hihihi.

mas saari said...

akak buat simpanan pinjaman ASB tu je... senang! tak perlu pening2 kepala..

アヌムちゃん said...

sekarang takde gaji..heheee..tapi rasanya dkt mesia barang mahal sangat kan..gaji pulak ciput je..kena naikkan gaji baru boleh menyimpan dengan jayanya :)

Rai said...

mlm..wakaka..

aneezjaafar said...

good info. TQ.
ok. hari ni hari gaji. masa untuk belanja wang. huhuhu.. semoga rezeki yang ada ni dicukupkan oleh Allah swt. Aamiin. :)

MISS CHEERIO said...

hai kwn2 semua.. pada zaman skg,, muda2 da berhutang kn? sy pun begitu juga.. tp sy dh set on mind dr skg.. sy tk nk ank2 sy nt ikut spt sy juga.. syukur alhamdullilah, sy dpt twrn kerja dlm allianz bank dan mengetahui byk faedah, kebaikkan dan kelebihan menyimpan dalam plan simpanan IPP plan.. kalo kwn2 buntu nk cari tmpt menyimpan wang utk masa dpn kwn2.. saya selaku business development executive allianz bole bantu membuat simpanan dgn nilai dividen setinggi 24% dan meningkat mengikut thun simpanan anda.. saya tipu? buat pa la sy nak susa2 sharing benda penting spt ni dan last2 terperuk dlm penjara kn? sila layari laman blog sy:http://allianzsavingsplan.blogspot.com/ utk ketahui lbh lanjut mengenai plan simpanan bank kami :) buat la pilihan bijak dr sekarang :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers