Assalamualaikum!!! Hari Jumaat
kenalah ceria beb!!!! Sebabnyaaa esok kan
dah cuti haha.. ops! Yang bekerja weekend tu sorry lah ye kalau tersentappp…;D
Tak tahu nak post apa
sebenarnya.. semalam pun takde blogging sebabnyaaa… dok ulang alik masuk blog tapi
tak tahu nak tulih apa..-.-’.. nak cerita pasal isu-isu semasa – citer pasal
sukan sea, gosip artis, buang anak, mati kena bunuh, isteri derhaka, suami
dayus… rasanya tak payahlah den nak citer dah pasai pa sebab korang semua dok
pulun menulih dah kan kan… kang kalau masuk dalam search engine konfem entry My
paling bawah.. -.-’
So, ada baiknya dok diam je. hehe.
Okay tamo cakap banyak.. hari ni kan hari istimewa… yang istimewalah
pada korang yang berebut-rebut nak dapatkan date ni kannn.. sila hamek…
Jadinya, My nak ucapkan TAHNIAH
kepada:
·
Yang akan bernikah, sedang bernikah ataupun yang
telah bernikah pada hari ini, 11.11.11
· Yang akan bertunang, sedang bertunang, ataupun
yang telah bertunang pada hari ini,11.11.11
· Yang akan melahirkan, sedang melahirkan, ataupun
yang telah melahirkan anak pada hari ini, 11.11.11
· Yang menyambut ulangtahun kelahiran pada hari
ini, 11.11.11
· Yang menyambut ulangtahun perkahwinan pada hari
ini, 11.11.11… ulangbulan toksah nak sebok sambut
jugakkkk..-.-’
·
Yang sibuk nak declare dengan aweq sanggup
pospon sampai dapat pada hari ini, 11.11.11
Errr… TAKZIAH juga kepada:
·
Yang putus tunang pada hari ini, 11.11.11
·
Yang bercerai pada hari ini, 11.11.11
·
Yang tak dapat declare ngan aweq pada hari ini,
11.11.11 …kehkehkeh
·
Yang beriya nak beranak hari ni tapi air ketuban
tak pecah lagi heheh…
apalah sangat dengan date cantik tu kannnn... date tahun Hijrah takde yang nak ikut ke?;D Date cantik biarlah hubungan suami isteri tu pun cantik oke.. date cantik biarlah didik anak tu pun cantik-cantik oke.. J



8 comments:
memang cantik tarikh tu... moga kita diberikan kebaikan pada tarikh yang cantik ni!
ADA MANIS
ADA DUKANYA
cantik sungguh tarikh tu.tp ada apa sangat pada tarikh kan? =D
nasib baik tarikh nie takde kena mengena dengan hidup aku. haha
Tarikh memang cantik...Tapi tarikh tue bkn penjamin kebahagian dan juga kedukaan kite kan....
11.11.11...harap ditarikh nie ramai orang yang menemui kebahagian dari kedukaan...
hehehehee
baru dgr tadi..lebih 70 pasangan bukn islam la yg mendaftar kawin rini
hehehehe
Akak lagi best, date cantik tapi akak buat N3 pasal tin biskut ...:(
Post a Comment