Pagi ni agak segar sikit.. sikit jelaa... sebabnya malam tadi dapat tidur 8
jam! Mana taknya pukul 9 malam dah masuk tidur gara-gara diserang migrane
melampau. Tak lain tak bukan sebab petang semalam berjalan mencari barang
kahwin sampai ke Ampang.. dengan jammed nya.. hujannyaa… So terimalah akibat
daripada keletihan itu… migrane datang menyerang.. -.-’ Panadol dah habis.. ada
ubat klinik tapi dah makan pun tak jalan jugak… so, cepat-cepat masuk tidur
dengan harapan bangun pagi ni migrane hilang..
Pagi ni, rasa cukup tidur tapi
migrane masih ada saki-baki… adeh~
Ops. Mukadimah je dah lari dari
tajuk asal hehe.sorry eh. Ok, seperti yang My beritahu di entry INI, kad kahwin
My telah pun siap.. dan ianya siap lebih awal daripada yang dijangkakan..
weeehuuu~ Ni nak beritahu peta dalam kad kahwin tu My yang buat sendiri.. My
ingatkan orang kedai kad kahwin tu akan redesign yang baru tapi My rasa dia
guna attachment file yang My hantar saja thru email haritu. Dia cuma tacap-tacap
sikit mengikut kesesuaian saiz untuk kad jemputan My. Tapi takpelah, ok jugak
peta tu..
Untuk makluman korang, My draft
betul-betul peta tu sendiri.. Ambil masa beberapa hari jugalah.. Kalau korang
jenis yang suka DIY kad kahwin mungkin boleh juga buat sendiri peta tu beserta
isi-isi kad dan tinggal hantar untuk print sahaja.. atau mungkin korang nak
rasa puas hati nak lukis sendiri peta n menyenangkan kedai kad kahwin yang nak
buat kad kahwin korang tu. Lebih-lebih lagi kalau peta korang tersangatlah
complicated… Nanti kalau orang buat takut korang tak puas hati pulak kan hehe..
Oke, untuk DIY peta apa yang
korang perlukan adalah sekeping A4, pensel, pembaris, pemadam, paint application di
PC/laptop korang, Photoscape software dan talian internet untuk anda bekerjasama
dengan enchek google.
Kalau korang ada contoh peta kad
kahwin adik-beradik/jiran kiri kanan rumah korang yang pernah kahwin mungkin
lebih mudah ikut je lakaran peta tu.. kalau tak pun tengok kat google map… tak
pun pandai-pandai korang lah ikut memory ingatan korang untuk ingat semua
simpang, jalan, landmark ke rumah korang. Macam My, My ikut lakaran peta di map
kakak, abang dan ada juga peta jiran-jiran kampung yang My collect untuk
dijadikan reference. Cumanya peta-peta tersebut bagi My macam tak sempurna
jadinya My lakar balik mengikut citarasa sesedap rasa My.. heheh.. J
Mula-mula My ambil A4, pensel, pembaris dan pemadam… lukis satu persatu persimpangan untuk peta.. My lukiskan dengan penuh
teliti.. silap sikit My padam,lukis balik… padam, lukis.. dan akhirnya…
sempurna!!
| Taraaaa! |
Next step open file lakaran peta tu ke dalam 'paint' dan kemaskan lakaran dengan padam mana-mana yang terlebih, terkurang... centerkan lakaran dan save.
| kemaskan di 'paint' |
| klik pada "editor" |
| Open file lakaran peta |
Dan hasilnya nanti akan jadi seperti ini.... J
| Final Map~ |
Mudah je kan? Kemudian bolehlah korang hantar kepada kedai kad kahwin korang untuk dimuatkan dalam kad kahwin. Mana yang kurang kemas akan dikemaskan oleh mereka hehe. Kalau DIY peta ni memudahkan proses tempahan. Cepat pun cepat hehe. Macam My ni selepas hantar peta dalam masa seminggu dah siap semuanya! bravo bravo...
Nak DIY peta? selamat mencuba! J



8 comments:
rajinnya my lukis sendiri
senangnya
waahh !! menarik.. kakak sy dulu xbuat sndiri pun peta.. org kdai tu buat..tp buat sndiri best gak eh
wahh...hebatnye. akan di try cuti ni kot? ehehehe..my tempah kad kawin katne? wat review ek.
masa d dulu...designer mintak lukis pakai tgn jek..atas A4..lepas tu designer yg designer jadi cantik2... Senang kan? nak guna software segala D tak pandai
wahhh kreatip
rajin dan kreatif. nanti nak try la. hehe =)
My.. Nk tnye ni..
Scan peta tu mcm mane.? Kne ade printer sendiri ye??
Jom chat!
Cikmashi@gmail.com
Post a Comment