9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, November 29, 2011

Persiapan Perkahwinan:Pelamin & Style Tudung Nikah,Sanding

Setakat ni 40% je kot baru settle untuk majlis akan datang ni. Itu pun part My… Bahagian emak dan abah baru beli sedikit barang-barang sebagai persediaan awal. Bunga telur, tisu, doorgift mak dah beli sedikit. Barang-barang dapur untuk memasak tu mungkin dah dekat nanti baru beli. Langsir pun mak dah hantar untuk tempahan.. My part, nak settle kan on dokumen nikah, hantaran, souvenir, mak andam, jemputan.. bla bla bla…

Okay last Sunday My pergi butik mak andam bayar deposit untuk majlis nanti and hantar sample gambar untuk pelamin and tudung yang My nak untuk hari bahagia nanti. Auuwww hari bahagia gitewwww….

Plan asal My nak buat pelamin kat luar rumah so semua boleh tengok tak payah nak berebut-rebut masuk rumah kan..-.-’ 3 panel untuk pelamin tersebut dengan dihiasi bunga-bunga. Tapi setelah difikir-fikirkan macam tak besh lah pelamin kat luar rumah.. Tak surprise hehe.. Lagipun haritu masa gi kursus kahwin ustaz yang bagi talk tu cakap teklok sebab kiri kanan tak bertutup dalam rumah takpe. So, buat dalam rumah je lah. Cumanya kalau 3 panel macam tak muat nak letak kat dinding hall rumah mak abah tu. Maklumlah rumah tak berapa nak besau kan.. so.. tukar plan. Awal-awal dah sms kat kak andam (panggil kak lah sebab muda lagi hehe) nak tukar pelamin. So My pun buat sesi mencari design-design pelamin yang My berkenan..





 gambar sume pinjam google~

Banyak-banyak pelamin ciput ni je yang suka itupun not fully interested but oklahhh… My print out then bawa gi jumpa mak andam.. dia cadangkan gambar mana yang the latest design tapi nanti ada lah benda-benda lain yang dia tambah bagi nampak cantik lagi pelamin tuh. hurm oklahhhh janji not too simple n not too nampak macam serabut hehe… yang sedang-sedang gitew… hehehe…

Untuk tudung nikah dan sanding plak.. My memang cakap awal-awal kat kak andam tu My tanak jenis tudung sarung yang selalu My pakai kalau malas nak belit shawl..:D Sebab muka ni dahlah bulat macam donat.. kalau pakai tudung sarung macam mak-mak gi pasar tu konpemlah akan nampak lebih bolat! Auuwww tamo tamo…! Kata raja sehari kenalah nampak anggun lagi berseri.. uwwaaa tamolah orang tengok muke titew bulatttt..T_T
bulat! -.-'
So, berikut adalah contoh-contoh style tudung yang My berminat sangat hehe. Kalau boleh yang still ada awning tapi tak nak tudung sarung pastu letak veil.. My akan nampak sangat buruk..-.-’ So, tudung tu biarlah ada aksesori yang menarik kalau shawl pun nampak menarik.. ahh yang penting bukan tudung sarunglaaa…























gambar dipinjam dari google~

Sebab tunang dulu dah pakai tudung sarung tu… menci bila tengok gambar lepas tunang tu.. erkkkk~ Actually tudung sarung ni akan nampak cantik dipakai kalau kena pada si pemakainya.. Ada orang My tengok pakai tudung macam tu nampak ohsem sangat! Sebab muka dia sesuai dengan tudung macam tu.. kalau My mintak mahaplah nak ohsem…-.-’

Hehe.. so demikianlah gambaran-gambaran pelamin dan tudung-tudung idaman di hari persandingan nanti.. hehe... I wish my dream will come true!!0_o

nota kaki: Apesal pipi makin tembam ni??!! Apa yang bahagia sangat tah! pakai tudung tak sesuai ke? Cermin yang menipu ke atau aku memang makin gemoks!!! Uuwwwaaaa! Stress!!

4 comments:

mas saari said...

untungnya pengantin zaman sekarang, macam style tudung ada... akak dulu pakai tudung bawal je! heheheeee

Addin said...

wahh cantek cantek :D tapi memang betul la, tudung sarung tu memang nampak awesome bila kena dengan si pemakai nya. if addin, nanti muka nampak bulattt ! haha

cantekk said...

puyyoo....
style gak tdung jenis camni kan..
nmpk elegan gitu,,retis kau.. =D

shark said...

wow..
tertarik btul ngan pelamin tu..
ni yg nk naik pelamin gak nie:p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers