Setakat ni 40% je kot baru settle
untuk majlis akan datang ni. Itu pun part My… Bahagian emak dan abah baru beli
sedikit barang-barang sebagai persediaan awal. Bunga telur, tisu, doorgift mak
dah beli sedikit. Barang-barang dapur untuk memasak tu mungkin dah dekat nanti
baru beli. Langsir pun mak dah hantar untuk tempahan.. My part, nak settle kan on dokumen nikah,
hantaran, souvenir, mak andam, jemputan.. bla bla bla…
Okay last Sunday My pergi butik
mak andam bayar deposit untuk majlis nanti and hantar sample gambar untuk
pelamin and tudung yang My nak untuk hari bahagia nanti. Auuwww hari bahagia
gitewwww….
Plan asal My nak buat pelamin kat
luar rumah so semua boleh tengok tak payah nak berebut-rebut masuk rumah kan ..-.-’ 3 panel untuk
pelamin tersebut dengan dihiasi bunga-bunga. Tapi setelah difikir-fikirkan
macam tak besh lah pelamin kat luar rumah.. Tak surprise hehe.. Lagipun haritu
masa gi kursus kahwin ustaz yang bagi talk tu cakap teklok sebab kiri kanan tak
bertutup dalam rumah takpe. So, buat dalam rumah je lah. Cumanya kalau 3 panel
macam tak muat nak letak kat dinding hall rumah mak abah tu. Maklumlah rumah
tak berapa nak besau kan ..
so.. tukar plan. Awal-awal dah sms kat kak andam (panggil kak lah sebab muda
lagi hehe) nak tukar pelamin. So My pun buat sesi mencari design-design pelamin
yang My berkenan..
Banyak-banyak pelamin ciput ni je
yang suka itupun not fully interested but oklahhh… My print out then bawa gi
jumpa mak andam.. dia cadangkan gambar mana yang the latest design tapi nanti
ada lah benda-benda lain yang dia tambah bagi nampak cantik lagi pelamin tuh.
hurm oklahhhh janji not too simple n not too nampak macam serabut hehe… yang
sedang-sedang gitew… hehehe…
Untuk tudung nikah dan sanding plak.. My memang
cakap awal-awal kat kak andam tu My tanak jenis tudung sarung yang selalu My
pakai kalau malas nak belit shawl..:D Sebab muka ni dahlah bulat macam donat..
kalau pakai tudung sarung macam mak-mak gi pasar tu konpemlah akan nampak lebih
bolat! Auuwww tamo tamo…! Kata raja sehari kenalah nampak anggun lagi berseri..
uwwaaa tamolah orang tengok muke titew bulatttt..T_T
So, berikut adalah contoh-contoh
style tudung yang My berminat sangat hehe. Kalau boleh yang still ada awning
tapi tak nak tudung sarung pastu letak veil.. My akan nampak sangat buruk..-.-’
So, tudung tu biarlah ada aksesori yang menarik kalau shawl pun nampak
menarik.. ahh yang penting bukan tudung sarunglaaa…
Sebab tunang dulu dah pakai
tudung sarung tu… menci bila tengok gambar lepas tunang tu.. erkkkk~ Actually
tudung sarung ni akan nampak cantik dipakai kalau kena pada si pemakainya.. Ada orang My tengok pakai
tudung macam tu nampak ohsem sangat! Sebab muka dia sesuai dengan tudung macam
tu.. kalau My mintak mahaplah nak ohsem…-.-’
Hehe.. so demikianlah gambaran-gambaran pelamin dan tudung-tudung idaman di hari persandingan nanti.. hehe... I wish my dream will come true!!0_o
nota kaki: Apesal pipi makin tembam ni??!! Apa yang bahagia sangat tah! pakai tudung tak sesuai ke? Cermin yang menipu ke atau aku memang makin gemoks!!! Uuwwwaaaa! Stress!!

















