Kad Kahwin merupakan antara perkara yang penting untuk
sesebuah majlis perkahwinan. Kad yang bagus adalah gambaran pertama terhadap majlis
yang bakal dilangsungkan. Pilihan kepada jenis kad kahwin juga kadang-kadang
mempengaruhi kedatangan para jemputan ke majlis perkahwinan kita. Seyesss???
hurmmm
Kad kahwin ada pelbagai jenis, daripada bentuk traditional
ke bentuk modern dan kontemporari… daripada yang ekonomi kepada yang bertaraf
vip atau elegan. Kurang designnya kuranglah harganya.. kurang kualitinya,
murahlah harganya.. begitulah juga sebaliknya.. J
Namun… perlukah
mengeluarkan kos yang tinggi hanya untuk sekeping kad kahwin?
Kalau ditanya bagaimana rupa bentuk kad kahwin yang menjadi
pilihan My mestilah My mahukan yang terbaik… baik di mata My mahupun di mata
para jemputan. Tapi, fikir-fikir balik, kalau nak yang terlalu perfect sangat
macamlah majlis kahwin tu gah sangat pun tak guna jugak..
Sebab… Betapa
cantik pun kad kahwin kita, akhirnya akan menjadi makanan kepada tong sampah
juga… betul tak betul tak? Siapa lah yang rajin nak simpan ataupun frame kan kad kahwin tu
kalau bukan korang sendiri yang kahwin tu yang simpan sebagai kenang-kenangan.. kan kan ?;D
kawan-kawan korang?
Memikirkan perihal kad kahwin ni berbulan jugaklah My dok
fikir dan survey sana
sini. Yela nak cari design yang mantop mantop tapi budget ciput je mana nak
jumpa.. -.-’.. Pada awalnya, My macam suka kad kahwin kinda like simple2… tapi
sedap mata memandang. Yang ngoknya My suka kad yang ada kartun-kartun gitu…
hehe… Entah. Macam suka plak. Ada
jumpa design kartun tapi a bit expensive la… Ada jumpa yang price within budget tapi ada
minimum order so ada sedikit keserabutan di situ… hurm…
My nak order about 900+300 keping kad. 900 adalah untuk
orang-orang di kampung halaman dan another 300 adalah untuk kawan-kawan dan
sedara-mara. Untuk cut cost My nak buat sendiri 900pcs kad tu.. Buat master
card lepas tu just photocopy je.. jimat.. Lagipun yang tu nak bagi kat orang
kampung je kalau bagi yang mahal-mahal pun bukannya pakcik-makcik kat kampung
tu nak simpan kan …
silap-silap diorang tak baca pun sebab dah sampaikan thru word mouth… -.-’..
![]() |
| google~ |
Untuk 900 pcs kad tu Mastercard nya dah pun My siapkan
tinggal nak print je. So, settle about 900pcs kad tu. Yang 300 pcs kad untuk
kawan-kawan dan sedara mara tu yang My nak order. Masalahnya susah nak jumpa
people yang jual kad murah-murah kalau setakat nak order 300pcs. Budget My
untuk kad kahwin 40 cent and below je. So, kalau dah 80 cent above harga
sekeping kad tu macam tak berbaloi lah kan …
ada sedikit ralat di situ kalau I spend almost RM1 for a card… hurmmmmm…
At last, fikir punya fikir… oleh kerana kebanyakan harga
rendah memerlukan minimum order sebanyak 1000pcs kad jadinya My berfikir nak
gabungkan 2 pihak in a card dengan enchek tunang. Enchek tunang nak order about
500pcs je… So, oklah kot kalau nak order 1000pcs… dia ambil 500pcs My ambil
500pcs but let say dia tak cukup kad takde masalah untuk My berikan lebihan kad
tu pada dia sebab 2 pihak kan. Yang tu dah okay cumanya risau pasal peta. Peta
ke rumah enchek tunang agak complicated size peta tu pun dah gedabak. Takut tak
muat je letak 2 peta in a page. Haih~ pasal kad kahwin je dah bape kali
kitorang bertekak tau… adeh…
![]() |
| google~ |
Sudahnya, berkat kesabaran kitorang… sabarlah sangatttt, survey punya survey at last jumpa satu kedai di Pertama
Complex yang menawarkan sekeping kad dengan harga serendah 30cent.. Kad tak lah
buruk sangat taklah hebat sangat seperti apa yang My impikan tapi oklahhhh… My
tengok contoh-contoh peta yang dia pernah buat n ada je peta yang lagi serabut
tapi cantik je terletak diorang buat. Malas nak fikir banyak kitorang order je.
Yang bestnya kad tu customize My boleh tulis apa yang My nak dalam kad dan envelope
dia pun boleh cetak nama… best best. Sekarang tengah tunggu artwork dari dorang
je sebelum confirm for printing. Hurm…
Apa yang penting, dalam menentukan kad kahwin untuk wedding
korang… persefahaman antara korang dengan pasangan perlu ada. Kalau sorang
suka, sorang tak suka… payah juga. Dah ada perasaan tak baik kat situ. Nanti
bermasam muka susahlah kan .
So, bincang dan decide baik-baik. Cara terbaik, korang pergi sendiri ke kedai
kad kahwin sebab kalau thru online agak terhad untuk korang berfikir dan cari
kedai yang tidak terlalu jauh dengan tempat tinggal… Nak gambar kartun? Terpulang. Hehe. Nak letak
gambar korang? Errr… yang ni My tak berapa berminat sangat. Sebabnya, kalau
letak muka bakal pengantin dalam tu tak surprise lah nanti orang dah tengok.
Biarlah tetamu tu tertanya-tanya macam mana rupa pengantin. Silap-silap
haribulan orang dah tengok muka pengantin dia malas dah nak ke kenduri kita
hehe. Kalau korang dah decide untuk order, sila pastikan wording dalam kad tu
pun seperti apa yang korang harapkan terutamanya susanan ayat, nama mak ayah
korang, nama pengantin, tarikh dan alamat. Sila pastikan tiada kesalahan dalam
mana-mana wording okay kalau tak buruklah kad kahwin tu ada kesan liquid plak
nanti kan
hehe.
Errr… okay… that’s all pasal kad kahwin. Pada korang yang
masih pening memikirkan kad kahwin, selamat memilih! Hehe..
My nak fikir pasal doorgift plak lepas nih… haih~





8 comments:
details dan simple
pilihan hati anum
jom join ga anum
http://satanicsoap.blogspot.com/2011/11/giveaway-nov-2011.html
Zyash pun teringin nak design kad kawin sendiri nanti...
akak dulu pilih kad yang paling murah dan simple... nak save bajet!
salam tuan rumah..
anda di jemput untuk event anjuran saya! sila klik SINI
nk skeping..heee
Nanti baca N3 akak ye :-)
http://teratakhami.blogspot.com/2011/11/bloggers-yang-seiras.html
datang dari blog teratak hami :)
ssh jgk kan nk pilih kad kahwin..tp skrg ni banyak dh kad kahwin..secara online nak tempah pn boleh..tinggal sediakan bajetnya je..huhuu
Wedding Card? Tq tag? Sticker?
Smua ada d utusanpengantin.com (^.^)Y
Post a Comment