9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, November 2, 2011

Makin Ramai Isteri tuntut Cerai!

Topik muka hadapan Harian Metro hari ini. Subhanallah… kes cerai berai, buang bayi memang tak lekang dari bibir-bibir media cetak dewasa ini. My mampu geleng kepala je… Baru-baru ini masa My pergi kursus kahwin ada seorang penceramah memberitahu statistik perceraian di Malaysia semakin meningkat hari demi hari… Senarai pasangan yang Q tunggu giliran untuk kes dibawa ke mahkamah dah macam orang Q tunggu giliran nak ke Mekah menunaikan Haji… korang bayangkanlah… itu kes yang dibawa ke mahkamah lum campur dengan kes-kes luar mahkamah… adeh~

Perkahwinan, cerai berai dah macam satu trend… Adakah pasangan-pasangan yang berkahwin dan bercerai itu tidak faham konsep perkahwinan? Tidak mengamalkan perkahwinan seperti dituntut oleh Islam? Kenapa sampai tahap bercerai? Kenapa berkahwin kalau mahu bercerai? Tiada langsung jalan penyelesaiankah? Tidak takut dosa kah terutama isteri-isteri yang meminta untuk bercerai? 

Macam-macam persoalan yang bermain kat kepala otak My ni… Mana pergi nilai-nilai kasih sayang, hormat-menghormati, faham-memahami di kalangan pasangan-pasangan ini? T_T

Risau… dahlah nak kawin ni…-.-’

Apabila semakin ramai isteri yang tuntut cerai siapakah yang harus dipersalahkan? My tak mahu menyalahkah lelaki mahupun wanita di dalam kes ini… seharusnya kedua-duanya harus dipersalahkan. Apakah puncanya? Harus dilihat dari pelbagai sudut. 
google~
Antara punca perceraian yang menjadi punca perceraian antaranya adalah faktor kewangan, tiada persefahaman, kurang pengetahuan agama, gagal memahami pasangan dan tidak memenuhi tanggungjawab sebagai suami mahupun isteri. Bila ada di antara permasalahan di atas berlaku, My percaya ramai yang kerap mengalami pergaduhan antara suami isteri, menyalahkan di antara satu sama lain, dan akhirnya apabila sampai di suatu tahap kedua-duanya tidak tahan dan menjadikan perceraian sebagai jalan singkat yang dianggap terbaik untuk mereka!
Firman Allah yang bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah melebihkan kaum lelaki dengan beberapa keistimewaan daripada kaum perempuan dan kerana kaum lelaki membelanjakan sebahagian dari hartanya.” (Surah An-nisa’, ayat 34)
Tapi bagi My, berlakunya perceraian adalah kerana kurangnya pengetahuan agama oleh pasangan. Apabila tiada penghayatan agama di dalam sesebuah institusi kekeluargaan jadinya pengurusan rumahtangga semakin tersasar. Si suami mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan dia yang sepatutnya menerapkan bimbingan agama kepada isteri dan anak-anak tidak berpengetahuan melakukannya malah tidak berusaha untuk mempelajarinya. Nah, sudahnya salah siapa kalau isteri tidak menghormati suami? Isteri meninggi suara dengan suami? Kalau isteri dididik, dibimbing dengan betul takkan ada isteri yang berani melepasi batas-batas sebagai isteri. 

Kalau solat 5 waktu tak dijaga … My tak rasa pasangan-pasangan ini mampu menggalas tanggungjawab sebagai suami dan isteri dengan betul… Bila penghayatan agama dianggap remeh dan tidak diserapkan makanya peranan dan tanggungjawab sebagai suami & isteri secara tak langsung akan terabai…

Biar apapun permasalahannya, setiap pasangan suami & isteri seharusnya sama-sama muhasabah diri, berusaha mencari jalan penyelesaian bukannya mengakhirinya dengan perceraian. Kalau masih gagal, harus rujuk kepada keluarga yang boleh menasihati atau badan-badan kaunseling. Jangan bertindak membuat keputusan melulu tanpa memikirkan masa depan keluarga dan anak-anak.

Kepada suami, jangan semudah-mudahnya melafazkan cerai lebih-lebih lagi ketika syaitan sedang menguasai emosi. Kepada isteri juga, jangan sewenang-wenangnya meminta cerai! Haram hukumnya apabila seorang isteri meminta cerai tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak! Fikirkanlah…
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sekiranya aku diperintahkan untuk menyuruh seseorang menyembah seorang yang lain, nescaya aku akan menyuruh seorang perempuan menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Hakim)
Sesebuah ikatan perkahwinan akan bahagia dan aman sekiranya suami dan isteri memahami agama dengan baik, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain, saling menghormati dan bertolak ansur. InsyaAllah dengan adanya sikap-sikap positif ini di setiap pasangan makanya perceraian tidak akan menjadi jalan paling singkat untuk lari dari masalah rumahtangga.

Moga-moga My boleh menggalas tanggungjawab sebagai isteri yang solehah dan taat pada suami di masa akan datang. Amin… 

Fobia untuk kahwin?? Owh tidakkkkkkk… :D 

Sekian~

17 comments:

CikPuan Fara said...

betul tu my. pokok pangkal pegangan agama sebenarnya. dan juga sifat tolak ansur. penting sgt dlm berkawen nih :)

aleen aiden said...

hopefuly alin nanti kawin skali je.biarlah yg dipilih tu menjadi teman hidup sampai akhir hayat.hu3.

Anum said...

insyaallah kalau kita saling percaya dan selalu berbincang dan komunikasi sgt penting dlm hubungan

fazrulnoor said...

good entry my

Mizz ErMa said...

itu la pasal..jangan kita pon terikut sama sudah..Insyaallah..

Cik Ecah said...

Nauzubillah minzalik.... ^___^

mas saari said...

kalau kita dah setkan apa matlamat perkahwinan kita, insyallah tak akan terjadi perkara sebegini! yang penting give and take dalam perhubungan... kalau ada masalah selesai cara baik, jangan cari jalan singkat!

jangan fobia utk kawin, insyallah my akan bahagia bersama pasangan!

Rai said...

biasanya masalah komunikasi.. bila ada masalah taknak bawak berbincang.. tak puas ati duk senyap je taknak bincang..lama2 bernanah la..

aimie amalina said...

aduhai
perkara kawen ni jgn la di remeh temeh kan

kenapa la mudah sgt jadi cm nikan
mmg dri sendiri x kawen lag
tapi kalau boleh nak elak jadi perkara yg menggegarkan tiang arash ni
aduhaii

cantekk said...

isteri mintak cerai mmg buruk beno ghupenye.. tp kita kna tgk pulak, kenapa dia mintak cerai. biasa nye bini mintak cerai ni, bukan pasal suke2 dia nk mintak cerai.. lebih2 lagi kalau dah ada anak semua kan.. lebih malang lagi dpt suami yg sntiasa rasa diri tu betul, mcm watak eman manan dlm tahajjud cinta,. buat salah tp bahas guna ayat Quran spt diri tu betul...

*hangin tul tgk ending citer tahajjud cinta tu.. simple sgt. we want more!

*sori, emo =D haha

SoLy SoLicious said...

artis ler byk sngguh cerai

Sunah Sakura said...

moga kita dijauhkan dari perkara yang mengundang gegar pada arasy Allah...

Teratak Hami said...

5 tahun pertama perkahwinan memang banyak dugaan. Masing2 masih muda, masih tidah faham antara satu sama lain. Tak boleh tolak ansur.

Selepas 5 tahun, insyaAllah kurang skit perbalahan. Apa-apa pun pegangan agama itu penting.

faiz said...

follow blog ni juga jomwayangku.blogspot.com

jihadku said...

Kaum wanita di Malaysia terlalu bebas dan terbuka. Berkahwin hanya untuk majlis dan pesta. Terutama bahagian nak menunjukkan cantik yg mana gambar akan di pos ke facebook. Soal kahwin yg sebenar. Hanya cerita dongeng bagi kaum wanita di Malaysia. Soal wang kalau lelaki boleh cari wanita pun nak cari. Wanita di Malaysia sekarang ini banyak yg sudah tidak berakhlak dan menghormati suami. Bagi mereka dosa hanya permainan. Kalau dibalas oleh Allah didunia nampak dan rasalah laknatnya. Kalau tidak menjadi-jadilah kurang ajar mereka sehingga suami sedarjat dengan mereka atau lebih atas dari mereka. Hakikat sebenarnya, wanita di. Malaysia telah terdedah banyak oleh sikap membangga diri atara kawan. Ingat, sekali anda menyakiti suami anda. Anda wanita akan dilaknat oleh Allah dan malaikat. Sedangkan Malaikat yg dikurniakan pelbagai kebolehan sendiri pun teramat takut dengan laknat Allah taala. Itulah sebabnya semasa ihraj mihraj. Nabi Muhammad melihat wanita yg paling banyak di dalam neraka.

Anonymous said...

Asik cerita buruk perempuan n isteri je..klu lelaki atau suami tu bagus sgt..x kn lah leh berlaku perceraian tp byk suami n lelaki yng ego tinggi...bodoh sombong..

Duda anak dua said...

Sebenarnya kedua - duanya ada silap dan egonya. Pihak keluarga perlu memainkan peranan penting dalam hal ini kerana anak lelaki akan mencontohi ayahnya bila menjadi suami & anak perempuan akan mencontohi ibunya bila menjadi isteri. Apapun hidup berpandukan Quran Dan hadis. Setiap langkah hidup kita hanya kepadaNya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers