9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label mh370 hilang. Show all posts
Showing posts with label mh370 hilang. Show all posts

Tuesday, March 11, 2014

Misteri MH370 yang hilang

Dah masuk hari ke 4 sejak kehilangan Pesawat Boieng 777-200 MH370 sejak hari Sabtu lalu, 8 Mac 2014. Pesawat itu membawa 239 penumpang dan anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warganegara berbeza. 

Allahuakbar.... 

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Walaupun tiada sedara mara kita mahupun kawan-kawan kita yang berada di dalam pesawat tersebut, tipulah kalau tak terasa dengan kehilangan ini. 

Ya Allah... hanya kau mengetahui kejadian isi langit dan bumi.. hanya Kau tahu ke mana halanya MH370. Apa tandanya ini ya Allah? :'(

Sejak hari pertama kehilangan pesawat ni, macam-macam spekulasi yang timbul. Masing-masing cuba untuk jadi pakar craft.. pakar rescue.. pakar itu pakar ini sehingga menimbulkan rasa tak senang dengan oleh kebanyakan orang. Entahlah. Wallahua'alam... Alam ini kepunyaan Allah... Allah saja tahu hikmah dan rahsia di sebalik semua ini... 

Dalam banyak-banyak hujah.. aku lebih tertarik dengan hujah Bekas Juruterbang Pesawat Boeing 777 ini... Kapten Noruddin Abd Majid, moga dengan hujah beliau... ramai orang bukak mata dan sedar... secanggih-canggih mana teknologi sains... mampukah melawan kecanggihan kuasa Allah? berbaliklah pada pencipta.... sedarlah kita bahawa Alam ini adalah hakNya yang mutlak. 

Jom kita muhasabah diri.

Mereka perlukan DOA daripada kita.. DOA adalah senjata bagi orang-orang mukmin. berDOAlah... moga pihak berwajib dipermudahkan dan diberi petunjuk untuk dipertemukan semula dengan MH370 beserta isi penumpangnya... tak kira, hidup atau sudah tak bernyawa....


Moga Allah jauhkan kita daripada bencana dan anasir-anasir jahat. Moga penumpang2 pesawat MH370 pulang dengan selamat. Amin... Ya Rab...


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers