9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, February 9, 2012

Wedding Button Badge

Heee~ sori sori.. sepatutnya entry ini My dah post sebelum majlis perkahwinan haritu. Tapi dek kerana kekangan waktu makanya tidak mengizinkan untuk My share dengan yu ols…

Oke kita make it short eh. Yela entry kalau citer pasal benda dah basi orang malas nak bace sampai abes ye dak.. ye, macam korang tu laaaa macamlah My tatao..:D

As per my wedding dream checklist, My dah lama dok usha-usha button badge ni untuk majlis kahwin. Harga agak mahal around RM3-RM4.. My budget dalam RM1.50 below je per pcs..-.-’ yela macam tak berbaloi nak perabih duit banyak-banyak tuk menatang nih… Puaslah My duk hover around website cari the cheapest price. Ada jumpa satu website ni murah giler tapi mula-mula je dia respond to my email but then haram nak balas…kecewa My…

Lastly dok malas nak fikir My decide nak buat jugak walaupun dengan harga mahal. My nak just 25 pcs… untuk family members + photographer + pengapit & mak andam je. Last last dah pinar mata mencari My decide to take akamikagift for the wedding button badge. Dah balas-balas email My terus hantar info button badge macam mana yang My nak including the wording. RM3/pcs… okelah daripada takde kan. Seumur sekali je nak buat pun bila lagi miahahahahaha…
2/3 weeks lepas tu tuan kedai tu pos ke alamat My… Teruja betul bila dapat menda tuh. Tapi tau tak saat-saat majlis tinggal seminggu lebih je lagi boleh plak tertinggal satu nama. Nama anak buah My! Demmm… ni kalau tak cukup satu ni mahu merajuk 44 tahun anak buah den sorang tu kang.. silap silap ngan omak dia merangkap kakak den pun merajuk sama..-.-’ Ahhh tak boleh jadi. Cepat-cepat My contact balik dengan orang yang buat button badge tu mintak jasa baik dia buatkan lagi satu nama untuk anak buah My tu. Thanks Allah dia nak buatkan!!! Itupun betul-betul sehari dua je lagi nak majlis baru sampai… Feeewwwhhhhhh! Nasib baikkk… untuk button badge yang tertinggal tu akamikagift bagi My secara percuma… heeeee thanks enchek!!!
My order in Bahasa jek yela sebab dok kampung kanz letak in english kang tak paham plak. untuk pengapit dan pengantin je My buat in english hehe

Kalau berminat silalah ke akamikagift.blogspot.com dan berurusan dengan Encik Afdhal ye. Senang je. dah decide tu boleh hantar info dan bagitahu dia nak design macam mana. Then dia akan hantar sample dan kalau suka dengan design bolehlah proceed for order. Cuma perlu bersabar mungkin akan ambil masa sikit. Macam My kejenya dok tanya je bila boleh dapat…-.-’

Oke itu je! saje nak share hahaha.. lots of entries will coming up soon!! J

Ok bai!

Wednesday, February 8, 2012

Working Mood Searching...

Assalamualaikum everyone!! J

Heyyy heyyy wake up wake up!! Holiday was end!!! Haaa korang baru cuti 4 hari dah lemau semacam nak naik keje an an… cuba bayangkan how I am feeling after almost 1 month bercuti!!! Demmmm… L

Nak nak malam tadi susah sangat nak tidur… seyesly! Pukul 12 tengah malam My dah rebah kepala atas bantal sementara enchek hasben sempat lagi makan maggi akibat kelaparan padahal dah makan banyak kotttt sebelum tu.. (nampak benau bini tak masak ye banggg)… tapi sampai enchek hasben masuk tidur pun My tak boleh nak lelap mata. Puas guling sana sini.. suh hasben tepuk-tepuk, polok-polok dah boleh polok-polok jangan mare aaa...tettt...:D tapi tak jugak mahu tidur.. bila dia terlelap My kejut dia balik suh tidur kan My dulu… Sudahnya dia je tidur nyenyak sedangkan My tidur-tidur ayam.. tatao la nape tak boleh nak lelap! Tup tup alarm dah bunyik sedangkan kepala sangat berat akibat tak cukup lena! Uuwwwaaaaa gagahkan gak diri bangun walau tak rela… sob sob..

Alhamdulillah.. masih ingat jalan nak ke opis..:D Walaupun agak lemau tapi My semangatkan gak diri umpama baru fesday masuk kije hehe. Dek kerana tempat tinggal lebih jauh sekarang makanya pagi tadi My merempit dengan enchek hasben. Jam 7 pagi dah gerak dari rumah takut kelambatan. But then before 8 am dah sampai ofis erm so esok bolehlah gerak lambat sikit kot. Baru-baru lagi ni kena tune sikit time tu kan.. Nak travel naik komuter belum bersedia lagi.. drive?? Owh nooo awal-awal My surrender oke.. Dulu duk kepong pun layan jammed macam hape inikan dari serendah? Silap-silap dekat traffic lite dekat dekat rumah tu je makan jam baru lepas tau..-.-’

Masuk opis dapat almost 100 unread email! Erkkk~ banyak benda tak hapdet… satu-satu den baca… fuhhh… sebelum majlis tu ada gak bukak email pastu dah kawen langsung takde masa nak bukak email sampai failed lah bila nak login balik pastu. Rupanya password dah expired… yela cuti dekat sebulan kottt mau tak sampai due expired dia kannnzzz…-.-’ Hurm.. so what next? Konpem boss tak kasi chance lah pasni.. Tasks will come soon!!! fuuuhhhh harus bersedia jiwa dan ragaku….

Untuk permulaan, kena check on task yang pending… n… seperti yang dijadualkan.. weekend ni kena attend company teambuilding yang boss dah arrange kan! 3 hari 2 malam hoke…L so kenalah laki den tido rumah omak dio… sorry sayang… sayang laki tinggal-tinggalkan heheh…:D lokasi? Entah. Dengarnya macam kena pergi Janda Baik… will see…. yang penting… kehadiran compulsory hoke. Cuti dah lama kannnzzz… so no excuse…:D

Apa lagi apa lagi… hurm… owh ya! Big Day hapdet?? Hehe.. coming up soon!! kerja dulu oke.. ^___^

Till then!

Monday, February 6, 2012

Oh Belog, Aku Rindu!!!

Hey...! Good Day!!! Salam Maulidur Rasul dan selamat bercuti yu olsss!

Tuhan je tahu betapa My rindukan belog usang ni!!! Tuhan je tahu betapa My rindukan my blog readers!!! demmmm!!! Sorry korang.. My masih belum mempunyai masa terluang yang begitu banyak untuk berblog. Lebih-lebih lagi My masih dalam mode cuti kahwin!! weeeee~ I've another 2 days to huhahuhahuha... sebelum kembali bekerja! omg! bila dah lama cuti macam ni laaa... malas nya nak masuk kerja dahhhh!! tu workstation tu konfem dah bersawang tu...-.-'

FYI, sejak mula cuti kahwin haritu My belum betol-betol ada waktu yang sempurna untuk berehat sepenuhnya.. Mana tidaknya.. start je cuti kahwin sibuk dengan persiapan terakhir untuk majlis sebelah perempuan... Siap majlis di rumah My sibuk plak mengemas... Takkan nak biarkan semuanya mak yang buat kan. Bersyukurlah My ada ramai adik-beradik so pagi sehari selepas majlis tu kami gotong-royong bersihkan rumah.. basuh segala kelengkapan memasak.. periuk segala..-.-' letih woooooo.. lembik teruslah petang tu! 

2/3 hari selepas majlis kitorang dah pulang ke kL.. balik awal sebabnya nak kemas barang-barang kami untuk pindah masuk ke rumah yang My dan enchek somi akan duduk selepas kahwin... Alahai penatnyaaa jangan cakaplaaa... Penat sangat-sangat! Yela kemas barang dari rumah bujang.. pastu sampai rumah baru nak kemas balik barang-barang tu... sampai tengah malam pun tak siap-siap tau... T__T Lepas majlis tu sempat tido sehari je la pun kat rumah tu. Sebabnya lepas tu My dan enchek somi ke rumah mertua tolong-tolong apa yang patut coz rumah mertua pun masak sendiri tak pakai katering so banyak keje lah sikit kan...

Nasib tak baik 2 hari sebelum majlis kat rumah enchek somi, My diserang demam.. flat giler oke. Nak menjengah ke rumah mertua pun tak larat dah. My banyak duduk kat bekas rumah sewa je rehat dan tidur.. Korang bayangkanlah betapa penatnya badan My masa tu sampai kedemaman oke.. Kalau cakap kat orang My terlalu penat sapelah nak percaya hakikatnya Allah je tahu... T___T  Akibat tak tahan My ambil injection kat punggung.. nasib tak baik My kena allergy plak dengan injection tu! datang balik ke klinik dan ambil injection baru... T___T Alhamdulillah hari majlis tu My dah oke sikit badan dah rasa lega cumanya selesema dan batuk masih tak hilang... 

Selesai je majlis My tak tunggu lama.. terus tukar baju dan tolong berkemas.. giler kental kan.. -.-' Sampai malam tu lah buat kerja.. esok paginya dalam keadaan kepenatan teramat sangat pun My gagahkan diri gak bangun n tolong kemas apa yang patut... kami laki bini flat habes! ingat nak kawen ni senang ke wooooooo melayan tetamu pun penat tau...-.-'

Lepas tu sempat balik ke rumah kami dalam sehari je.. lepas tu My dan enchek somi terus pergi honeymoon!! Lokasi? Kalau korang pernah baca entry My sebelum ni bertajuk "Honeymoon Plan", pada awalnya enchek somi plan nak ke Cameron Highland je.. tapi My nak sangat ke Pulau Langkawi... n know what?? Kitorang ke Pulang Langkawi!!!! weeeehuuuuu~ Alhamdulillah.. rezeki kami terlebih plak... so setakat ke Langkawi masih boleh hidup lagi...:D untuk pengetahuan korang.. kitorang baru je balik honeymoon pagi semalam hehe.. pegi dalam 3/4 hari je.. bolehlah.. sempatlah pusing satu pulau.... Masa tu je lah kami laki bini dapat berehat sikit.. eventhough ada juga insiden-insiden yang tak sepatutnya berlaku... apa dia? tunggu lah entry-entry berikutnya oke? hehe

Dan... di saat My sedang menaip entry ini My sedang berada di rumah mak dan abah di Segamat.. Pagi semalam sampai je KL dari Langkawi balik rumah mertua, basuh baju.. siap-siap... gi kenduri kahwin kawan berdesup terus balik Segamat... Niat hati nak terus balik hujung bulan nanti je tapi sebab My nak pulangkan baju yang My pakai masa majlis bertandang kat Mak Andam so kenalah balik jugak... Petang ni dah balik kL balik... sebabnya? esok katil baru kami sampai!!! hehe... sebelum ni tak menyempat nak cari katil... baru je order minggu lepas before pi honeymoon tu... -.-'

So.. see see? walaupun cuti lama tapi tak banyak masa pun My dapat bersenang lenang tau! So janganlah ingat My cuti tak berisi oke! Fully used tau! kira bermanfaatlah cuti tu kan My gunakan sepenuhnya hehe... Baki cuti tinggal esok je! Rabu My dah naik kerja... alahaiiiii... macam baru nak masuk kerja baru je rasa...-.-' 

Fuhhhhhh! Selesai jugak semuanya... kenduri sudah honeymoon pun sudah... Terasa nak bersanding lagi sekali pun ado heheh. Eh know what... till today My masih tak percaya that... I am married!!!! My dengan enchek somi selalu berseloroh... sebab masing-masing tak percaya dah kawen hehe... Thanks Allah.... :)

ok korang.. got to go. Got time lagi nanti My stori mori lagi hoke! Banyak sangat citer pending ni!!!!! ^___^

See ya! ;*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers