9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, August 15, 2010

::Tazkirah Ramadhan::


Ramadan antara ibadah dan adat


Umat Islam seluruh negara telah melangkah masuk ke bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Rentetan daripada ketibaan Ramadan, suasana baru yang tidak dapat dilihat pada bulan-bulan lain akan mengambil tempat.

Di antaranya menggambarkan ciri ibadah puasa yang sebenar serta tidak kurang juga puasa sebagai adat atau pesta tahunan.

Oleh itu, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai adat tahunan sahaja.

Di antara ciri-ciri tingkah laku yang perlu dihindarkan kerana telah menjatuhkan martabat puasa kepada tahap adat semasa ialah:

* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya. (riwayat Al-Bukhari)

* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.

* Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa sehingga melakukan pembaziran. Allah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara kepada syaitan. (al-Isra':27)

* Berlebih makan ketika berbuka sehingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadah di malamnya. Sikap bersederhana Rasulullah s.a.w di dalam berbuka puasa perlu dicontohi sebagaimana maksud hadis: Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)

* Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadah sunat seperti melakukan solat tarawih, solat malam dan sebagainya.

* Terdorong untuk bersolat tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat tarawih pada setiap malam. Untuk itu, pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis inidaripada berleluasa seperti tahun-tahun terdahulu.

* Mengabaikan ibadah malam bermula dengan solat berjemaah maghrib, isyak dan tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan-urusan lain.

* Malas bekerja dan tidak produktif semasa berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana nabi s.a.w dan para sahabat berperang Badar dengan nisbah 300 melawan 1,000 orang.

* Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaanpada surah Yasin sahaja. Sedangkan baginda s.a.w senantiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali di dalam bulan Ramadan dengan Jibril a.s.

* Malas berdoa sedangkan doa orang yang puasa akan dimakbul oleh Allah berdasarkan sabda nabi s.a.w : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak. (riwayat Ibn Majah).

* Mengabai serta meninggalkan peluang beribadat pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.

* Tidak bersedih dengan berakhirnya bulan Ramadan. Juga tidak bimbang sekiranya tidak dapat bertemu Ramadan yang akan datang.

* Memiliki kepercayaan-kepercayaan karut tentang kepulangan roh orang yang telah mati pada bulan Ramadan. Sedangkan kepercayaan tersebut adalah bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mukminun: 99-100)

* Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam 7 likur. Akibat kepercayaan ini Islam telah terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh sebab itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada para malaikat yang turun membawa berkat. (Rujuk- http://youtube.com/watch?v=RgT-_Uf62rk)

* Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan sahaja. Sabda nabi s.a.w : Beza di antar seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat. (riwayat Muslim). Menurut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima oleh Allah.

* Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya yang melampau sehingga melakukan maksiat.

Ini adalah di antara beberapa kesalahan yang biasa dilakukan oleh umat Islam semasa menjalankan ibadat puasa yang telah merendahkan martabat bulan Ramadan. Oleh itu, kita perlu menghindarkan perkara-perkara tersebut demi menjamin pahala yang berganda di bulan ini.

Ini berdasarkan sabda baginda s.a.w yang bermaksud: Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lepas. (riwayat al-Bukhari)


*kredit to Mr. Tazkirah

Thursday, August 12, 2010

::1 Ramadhan::

ah huhhhh! dah puase laaaaaaa....hihi.. pagi tadi belum sempat jam aku berbunyi kak nor dah ketuk pintu kejut sahur aiyakk terganggu mimpi indahku. apepun tenkiu ye kak nor. wah... diorang sahur lauk shedap woooo.. tapi aku sanggup menahan nafsu dan sekadar makan oat sahaja tanak mkn nasik puna psal hehe. (tp berazam esok nk makan nasik plak lah). mkn oat pun kenyang gak beb... jam di tangan menunjukkan ianya masih muda itu bermakna aku boleh la sambung tidur kan kan...ngee~ apelagi......dapat bantal terus ZZzzzzZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...

terjaga dari tidur.... tak dengar pun bunyi jam? segera mencapai telefon.... WHAT????????? 7.12am????!!!

OH MY GUCCI!!!!!!

aku pun tanpa berlengah lagi bangun dari pembaringan.. switch off lampu.. capai tuala... keceborrrrrrrrrrrr mandi!!!! subuh pun belum!!! ya Allah.....! semua aktiviti aku buat dalam kadar 120km/jam... tapi solat tu tidakla... kang tajuid entah kemana.. rukun solat entah ke mana... cuma.. aku tertinggal doa Qunut...haih~ entah apa yang aku fikir agaknya.. apa lagi.. sujud shahwi la...

moral: jangan tidur lepas sahur!! My..My... kan dah dapat balasan...baru 1st Ramadhan... aiyak~

tidak cukup dengan itu.. aku terima lagi cobaan2 hati apabila train seterusnya untuk ke tempat keje dibatalkan.. xpasal2 kena tunggu next train. omg.. orang dah semakin ramai berbaris... confirm macam sardin kang nih. kan betul... adoiii xbernafas aku...! hamikk ko sebijikkkk..membuta lagi lepas sahur.. dush! dush!

sudahnya.... sampai office pun dah lewat. tp nasib baik big boss xmasuk lagi.. (kalau dah masuk pun ape ade hal kan heheh). tercungap2 aku sampai office... haih~ nasib badannnnnn... *jangan buat lagi wahai my!!

baru 1st Ramadhan.. badan dah lemau semacam.. asal leka sikit confirm mengantuk.. kepala pun tersenggup2 dpn pc...adoiyaii... sudahnya, ke surau buat Dhuha.. Alhamdulillah segar sikit... bukak laptop on ayat2 Quran bagi bukak sikit mata... tenang sikit hati... tenang hati.. tp mata kuyu jugak ape kes? my my......

4.30pm!!!! balik!!!! heheh. sepanjang bulan puasa ni kitorg memang dapat kelepasan keluar 4.30pm. tapi tak ada break la. kiranya kul 1.00pm time lunch tuh kitorang bekerja juga. huuu xkisahla janji keluar awal..;P Kak Sue and Kak Nuwul pun balik awal hari ini.. ape lagi? kami singgah la bazaar Sooka tuh. nampak macam gah jek... sesudah sampai... alaaaa...ini je ke??? aku cume beli tepung pelita+ikan bakar. (nasib baik sempat kejar train huhu)

Sesampai di rumah.. budget lepas solat Asar nak gi bazAar.. konon nak cari bihun goreng ke kuey teaw goreng ke.. tak mahu la makan nasikkkk iskkk.. tapi... aku mendapati bahawa..... alamak!!!!! it's 5.30pm already!!! tapi... aku dah boleh berbuka!!!... omg...! sgt frust!... betol2 balasan nih..isk... maafkan aku Tuhan..;( pasrah..redha... aku pun memanfaatkan kelebihan yang Allah beri tu dengan mengambil minuman yakult dalam ice box ngeh3.... (order kat kak hada belikan kuey teaw goreng huuuu)

Apapun.. kepada yang berpuasa selamat berbuka!!.. beli juadah ape untuk berbuka? jangan berlebih-lebihan sudeh... yelaaa nafsu puase biaselah. time kat bazaar itu nak ini nak... sudahnye?? xabes makan kn kn. aku tawu lah sebab dah berpengalaman. tapi since last year aku dah berhenti buat kerja-kerja macam tuh hihi. gi bazaar aku ikut keperluan perut je. biasanya aku akan beli makanan satu (kuey teaw ke bihun sup ke, ape2 la) and kalau rajin beli kuih sikit. itu dah cukup untuk buat aku kenyang... ye....jangan pandang makanan2 lain kalau tangan anda dah ada makanan yang dua tersebut ok! hurm... ok lah.... nak makan kuey teaw huuuu...

selamat menjamu selera ya!! sape yang tatao bace doa berbuka tuh sila2 lah:


Maksudnya: "Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang"




**esok nak bekpes ape ye? ngee~


Wednesday, August 11, 2010

::Marhaban ya Ramadhan::



Pejam celik pejam celik kejap je dah Ramadhan kn? rs mcm br smlm kite berpuase dan beraye tup2 dah dtg lg Ramadhan..;) Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kite masih berpeluang utk mghirup udara di bumiNya ini dan dapat lagi menyambut kedatangan Ramadhan...

Hurm.. tahun ni tahun pertame ak berpuase di alam pkerjaan. beberapa thn lepas ak berpuase sbagai pelajar..;P... hurm teringat berpuase dgn kwn2 mase zaman2 Diploma n Degree.. 3 thn bpuase kat Bangi... 2thn berpuase kt Shah Alam.. mcm2 kenangan ade... n ak rindukan saat2 itu... rindu kat kgkwn... rindu pd Intan, Nazz, Juliea, Ainor, Nad, Ieqa....n xlupe jugak pd Elin... dowank sume kwn ak mse Diploma... n dowank gk kwn sbumbung slame 3 thn tu...('=.. mase degree yg ad lg kt sisi ak cume nazz... Juliea da bw haluan sndri (xsmbg study), Ainor plak mse tu extend sem sbb injured, Intan, Nad n Ieqa menyewa rumah laen kt s.alam. Elin?? hurm.. no comment... mse degree plak slalu berbuke ngn Nazz, abby, lely, n dija.... xsmpt merasa puase dgn miera n azie sbb dowank lmbt masuk hihi.... apepun.... kenangan2 ngn kamu sume xkn ak lupe...!!! mkn same2 smbil gelak tawe...haih~ kejap nye la mse berlalu kn kn...

Esok da nk pose... dlm pd kite sume umat Islam nk smbut Ramadhan.. ak teringat pd arwah k.endot y pergi tgglkn kami beberapi hr lalu... Ya Allah... temptknla k.endot d kalangan hambaMu y terpilih... dia sahabat kami y baik... nape bile die dah takde br ak nk realize kebaikan die? Ya Allah... rindunye pd die...;( Namun...kite y masih hdup kena redha..n relakn pmergian dia... Allah lebih menyayangimu kak....Moga kamu aman di sana.....Aminnnnn

Hurm.. selamat berpuasa ye semua.. tgkatkn iman dan amal...;) ak da mulakan puase thn ni dgn bertadarus, n terawikh td..Alhamdulillah..... moga dpt berterawikh lg smpai akhir Ramadhan..;)

jom niat pose!!!!

LAFAZ NIAT PUASA

nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis

sanati lillahi ta’aalaa

LAFAZ NIAT PUASA UNTUK SEBULAN
sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan bagi tahun ini

kerana Allah Taala

DOA BERBUKA PUASA
allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu
birahmatika ya arhamarrohimin


* esok nk berbuka ape ye... hihihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers