9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, May 31, 2009

:::movie:::



Sepanjang bulan mei ni jew ak da tgk 3 buah filem...



Awal bulan hrtu ak tgk citer x-men..hurm,not bad..filem ni basicly ceritakan asal-usul Wolverine dan abang tirinya Victor a.k.a Sabretooth. Intro filem ni menarik sebab ia menunjukkan Wolverine dan Sabretooth jadi tentera Amerika dari Perang Sivil hinggalah ke Perang Vietnam. Diorang ni susah nak mati dan tak makan dek umur sebab diorang ada healing factor. So, kalau kena tembak pun luka boleh pulih dengan pantas.
Selepas join tentera, Wolverine dan Sabretooth join Team X yang diketuai William Stryker. Tapi sebab team ni jahat kejam, Wolverine terus blah dan jadi pemotong kayu balak di Kanada.Kalau korang nak tahu, claw Wolverine sebenarnya adalah tulang yang keluar dari tangan. Lepas tu beliau ditipu Stryker untuk join program Weapon X. Kat sini la dia dapat tulang adamantium dan nama Wolverine.
Selepas Wolverine tahu dia ditipu, beliau terus larikan diri dan berazam mencari dan bunuh Stryker dan Sabretooth.
Sekarang aku akan ceritakan ending filem ni. Wolverine lawan Weapon XI. Ketika Weapon XI nak pancung Wolverine, Sabretooth selamatkan keadaan. Pastu diorang berdua join lawan Weapon XI. Last-last Weapon XI mati dipancung Wolverine.
Wolverine kemudian putuskan hubungan dengan Sabretooth sebab hala tuju yang berbeza. Selepas Sabretooth blah, tetiba Stryker keluar. Wolverine ditembak peluru adamantium yang sebabkan beliau hilang ingatan.part y da nk abes ni xbape nk besh nie...dah la hlg ingatan...aweq pn mati...last2 xde pew y die igt...moment2 sume xigt...hampeh...
Lepas terjaga, Wolverine pun larikan diri sebab polis datang. Habiss..
Ada juga banyak mutant yang muncul. Kalau korang peminat komik X-Men sure kenal mutant-mutant ni. Yang bestnye mutant ni masih kecil remaja. Ada Cyclops, Pyro, Deadpool, Blob, Emma Frost. Prof. X yang belum lumpuh pun ada!

seminggu intersesi..mase anniversary hrtu ak g tgk night at the museum 2 plak..besh la...lawak..watak2 pn xbyk berubah dr filem pertama. Larry Daley (Ben Stiller) seorang lelaki yang berjaya, mempunyai syarikat alat peralatan canggih untuk kegunaan rumah selepas 2 tahun meninggalkan kerjayanya sebagai Pengawal Keselamatan Muzium. Namun memiliki syarikat yang besar dan berharta bukanlah sesuatu yang Larry impikan kerana hidupnya telah berubah daripada seorang pengawal kepada hartawan. 2 tahun tidak berkunjung ke muzium yang dulunya adalah empat kegembiraannya berubah apabila suatu hari Larry singgah ke muzium, semua patung² didalam muzium tersebut akan dipindah ke Washington pusat pameran terbesar di dunia. Melalui tajuknya Battle of the Smithsonian, Larry terpaksa pergi ke Smithsonian untuk menyelamatkan rakan² patungnya apabila Kahmunrah iaitu abang kepada Ahkmenrah raja firaun ingin menakluki bumi dengan memanggil bala tenteranya daripada zaman silam melalui jongkong emas yang menghidupkan kesemua replika didalam muzium tersebut. besh!




haaaa....filem 'syurga cinta' ni ak br jew tgk beberape hr y lepas...tu pn tgk ngn ieka..klu ajak ben tgk citer ni mawunyee die nk layan...haha...tp ok what citer ni... cume ak rase watak heliza dlm citer ni...mcm...slow sgt...then byk ckp..dialog2 die tu mmg sumenye membina cume ak rase....tah...byk ckp la...klu jenis lelaki mcm irham dlm citer tu mgkin nk dgr kowt...klu owg len tatao la ak...lgpn, mungkin heliza br pertame kali berlakon kn...kire ok la tue...well donw heliza!
Syurga cinta memaparkan kisah
rham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.
Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.
Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.
Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan tetapi dia gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah.
Bagaimana Irham menangani perasaan tersebut? Berjayakah Irham memenangi kembali hati Syuhadah yang begitu kecewa dengan apa yang berlaku? Segalanya bakal terjawab dalam SYURGA CINTA. so...meh lew serbu wyg tgk syurga cinta...especially sape y ade pakwe y xbape btol sket tu kan...kot smpai seru...tobat tewus....Alhamdulillah....huhu.....
p/s:pasni nk layan transformer n jgn pndang blakang congkak lak...;p

2 comments:

faizoul said...

banyak duit layan wayang nampakkkk

mynameismy said...

biase laaaa...;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers