9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Saturday, December 1, 2012

EDD + 2 days postdate... ='(

Baaachak!
Mommy to be still in da house yaw! hurm.... apa nak buek... baby suka sangat dok dalam tummy mommy lame2.. :'(

Okay dipendekkan cerita as mentioned kat entri sebelum ni, semalam My kena serah diri kat spital sebab due date adalah semalam 30hb Nov... Yes, pagi semalam My dengan ditemani enchek hubby ke spital seperti yang dijadualkan... register... then nurse suh masuk bilik nak cek semua.. (bilik menunggu/pemeriksaan sebelum ke real Labor Room)... Masa datang tu pakai seluar je, memang dah standby kain batik untuk disarungkan... n nurse memang dah pesan suh tukar kain batik before naik katil. n without panty...-..-

Ok untuk makluman, at last My serah diri di hospital gomen sahaja. Sebab My ada GDM so macam tak berani tanggung risiko ke mana-mana hospital private walaupun masih mampu. Lagipun first timer kan.. atas kepercayaan, My akan dapatkan perkhidmatan daripada mereka-mereka ini (gomen). So, back to the main story masa turn My naik katil tu nurse pasang CTG untuk cek jantung baby. Then datanglah female doc tanya bla bla bla bla. My cuma cakapla tujuan datang sebab dah due date+My ada GDM. lepas tu doc buat VE... adus. bese My baca pengalaman orang je... this time, my turn! amekaw... kemut-kemut aku kena seluk.. bape kali doc tegur suh bukak peha tu besar sikit n jangan kemut... erk... terus My tarik nafas dalam-dalam menahan sakit. Perghhhh... 

Lepas dok buat VE, dia kata dah kuar tanda.. tah apa dia buat sampai keluar darah... terasa-rasa My kuar darah tu uwwaaaaaa.... Sebelum tu doc ada cek perut dia estimate berat baby less than 3.5kg tak besar katanya. Lepas tu buat scan plak.. kepala kat bawah n baby normal bla bla bla...

n know what... sudahnya, doc suh balik dulu n postdate 2 days. Meaning that esok(ahad) datang balik... Nak admit semalam? Doc kata katil penuh... Arghhh itulah kelemahan bila pergi gomen. Lagipun, skrg musim mommies bersalin. Memang ye, lepas My datang semalam mak aih berderet-deret mommies lain datang. Yang dtg sebab dah due macam My pun tak kurang ramainya.. sabo je lah...  Walaupun dah mintak doc nak tunggu wad dia kata datang lagi 2 hari jugak. fine. So, malas nak cakap byk.. My discharge dengan air mata yang tak benti mengalir keluar dewan bersalin tu pergi ke kete n balik rumah! korang nampak tak tekanan yang My rasa masa tu? :'(

My bukan apa, sebab My ni takde pengalaman.. yela anak first kan. Lepas tu ada GDM plak.. bleh plak dia pospon. sape yang tak risau? Tambahan plak, bila dapat tau ramai sangat-sangat kawan-kawan yang due lebih kurang My dah selamat bersalin... tapi My? Nak kata kira LMP salah... My confirm sangat dengan tarikh tu, sedikit pun tak ragu-ragu... My balik rumah n sentiasa pastikan ada pergerakan baby je.. Takut sangat bila dengar macam-macam risiko yang boleh ditanggung kalau postdate lebih-lebih lagi ada GDM ni. Dah la anak first kan... penat My kandung 9 bulan... Ya Allah.. selamatkanlah kandungan ini sehingga selamat dilahirkan... :'(

Fuhhh... n daripada balik hospital semalam My masih takde rasa apa-apa. darah dah stop kuar.. perut masih tak rasa sakit apa-apa. My sekarang in the mood cuba bertenang n think positif... Dah puas gak pujuk baby suh kuar tapi.... em takpelah, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang! Mungkin baby dalam ni masih nak bermanja-manja dok dalam perut... My pun mungkin akan merindui saat-saat ada janin dalam perut ni.. so biarlah kami enjoy this moment untuk beberapa jam/hari lagi... Fuhh... sabar My sabar...

Esok My akan ke hospital semula.. Harap-harapnya, sebelum tempoh itu adalah tanda-tanda yang menunjukkan baby bersedia untuk keluar... Bukan apa, kalau esok takde apa-apa perubahan mungkin My kena bersalin paksa kan? n sudah tentunya ia lebih menyakitkan daripada cara yang biasa. Ya Allah... permudahkanlah aku ya Allah....

My harap sangat dapat bersalin normal... Kalau pun kena induce, harapnya adalah bukaan nanti. Ada sorang kawan tu dah 3 kali induce pun takde bukaan. last-last kena ceaser alahai sayangnya... :( korang doakanlah My ye...

Kalau ada tips camne nak permudahkan bersalin... camne nak cepatkan rasa sakit ke, anything! pls.... share with me ya... :')

n wish me luck... really can't wait to see My newborn... :'(

Till then!

2 comments:

Liyana said...

mcm sy dulu minum air akar fatimah... huhu mmg bukaan cepat tp ya Allah sakit die... x tertanggung....

nt dh nk masuk LR minum air kopi + marjerin eh.. bby sng kua...

kuatkan smgt tau :)

Mrs. Abi said...

sabar ye kak my....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers