9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, December 28, 2012

Pengalaman Melahirkan Dhia Batrisyia

Huuu.. sejak dah jadi mommy ni xde ruang masa nak menulis... menulis status di fesbuk je yang berkesempatan..:D nak memerah otak mengarang di belog perlu fikir 2,3 kali. Masakan tidak, kang tengah syiok otak ni penuh dengan idea nak menulis si comel plak terjaga mahukan susu... So kenalah utamakan yang lebih penting dulu kannzzz... Anyway sekarang puteri My sedang syiok beradu setelah puas mengempeng dengan mommy... So, cepat-cepat amik kesempatan ni berada di sini... fuhhhh tah apa jadi dengan belog naifku... 

As promised, sukacita sekali My nak kongsikan pengalaman ketika menempuh saat-saat ke labor room.. Tapi dari mana harus My mulakan? Wallah bahasa...-..- Oklah straight to the point je lah... Lagipun, pengalaman bersalin My tak lah panjang mana... hehe

30 November 2012

Seperti yang korang semua tahu, (errr tahu ke?-.-) EDD My adalah pada 30 November 2012. n sudah sedia maklum, pada hari tersebut tidaklah anak bertuah ini menunjukkan tanda mahu keluar.. tidak sama sekali.. si mommy dah risau tak tentu hala... puas sudah memujuk si kecil tapi dia masih syiok duduk di dalam perut mommy.. sabar je lah. 

Pagi 30 november tu, enchek hubby cuti menemankan My serah diri di hospital. Sudah sedia maklum kuasa dua, My ni kan ada GDM so kenalah serah diri pada tarikh EDD @ 40 minggu jugak. So, pagi tu selepas subuh terus bersiap untuk ke hospital. Segala kelengkapan untuk persalinan baby n mommy sudah tersedia malahan barang-barang yang nak dibawa pulang berpantang juga telah siap sedia dengan niat takkan balik rumah kami lagi.. kalau perlu stay lagi pun akan stay di rumah PIL di Kepong sebelum balik berpantang di Johor. 

Memang tiada perancangan kami untuk bersalin di mana-mana hospital swasta kerana bimbangkan risiko bersalin yang mungkin perlu My lalui dan cost yang perlu ditanggung kelak kalau ada kemungkinan komplikasi yang tak dijangka dan dikehendaki melakukan pembedahan. Makanya, kami serah saja semuanya pada Allah dan mengharapkan service yang terbaik di kerajaan, Hospital Selayang. 

Sampai di hospital pagi tu patient belum ramai, seperti biasa My ke reg. counter serah buku pink dan terangkan kenapa datang bla bla bla.. Lepas tu masuk di bilik saringan.. buang air kecil dan baring di katil. Nurse pasangkan CTG di perut My... Alhamdulillah jantung baby okay.. Tak lama lepas tu datang doktor untuk lihat keadaan my.. So My pun beritahu My datang serah diri sebab GDM, My takde rasa sakit bla bla bla... Masa tu first time doktor suruh kangkang sebab nak buat VE...a.k.a seluk vagina! Masa tu lah teringat pengalaman-pengalaman yang My baca di laman sesawang... arghhh kini dah sampai masa giliran diri sendiri! Doc suruh My bukak kaki luas-luas.. Masa dia seluk tu pergh.... memang sakit.. beberapa kali juga ditegur supaya jangan kemut..-..- My teringat masa tu pernah orang kata kalau doc buat VE tarik nafas dalam-dalam.. so My pun tarik nafas dalam-dalam... Belum ada bukaan. Tapi lepas doc seluk tu dah turun tanda darah... adeh... meleleh-leleh darah... Tak lama lepas tu datang doc senior... buat ujian scan pada perut.. dia cek baby okay bla bla bla.. 

Dalam kerisauan My kerana dah sampai EDD tapi tak bersalin lagi, yu ols tahu tak on that day doc suruh My balik.. dan datang semula 2 hari kemudian pada 2 Nov 2012. Alasan? tiada katil kosong dan keadaan My dan baby adalah sangat sihat. Mula-mula tu My persoalkan jugak pada nurse kat kaunter bila dia nak uruskan My discharge. My cakap My takleh tunggu katil kosong ke? Dia kata boleh tunggu tapi lama dan My kena minta pendapat doc. My jumpa balik doc yang handle kes My.. dia kata My better go home dan datang semula pada tarikh yang dinyatakan kecuali ada tanda-tanda mahu melahirkan saja datang segera. Fine.. Dah settle semua, sambil meleleh-leleh airmaya My tinggalkan labor room masa tu.. Rasa stress sangat masa tu n terus ajak enchek hubby balik rumah kami. Ye, kami pulang semula ke rumah... Seharian tu memang duduk di rumah je. Lama-lama baru perasaan tu rasa OK sket.. Malam tu My sempat lagi layan Maharaja Lawak Mega sambil makan dengan lahapnya dengan enchek hubby...-..-

1 Disember 2012

Pagi Sabtu tu My masih cergas dan sihat walaupun My harap sangat tanda bersalin tu datang segera.. Redha je lah. Disebabkan My tak rasa apa-apa so My suruh enchek hasben pegi keje haritu sementara My berehat-rehat di rumah PIL. Seharian mengadap tibi dan tido je lah keje My... Malam tu, sempat lagi menonton perlawanan bola sepak AFF Suzuki dengan enchek hasben. n malam tu jugak kami bermalam di rumah PIL sementara tunggu keesokan harinya untuk serah diri di hospital untuk kali kedua.


2 Disember 2012

Lepas Subuh pagi tu My sempat lagi habiskan surah Maryam.. dengan harapan urusan kelahiran bayi dalam kandungan dipermudahkan Allah... Pagi tu, sebelum ke hospital kami bersarapan di kedai mamak sebab kat situ je My boleh dapatkan air kelapa... :) Dengan kain batik je My keluar pagi tu, so lepak makan kedai mamak pun dengan kain batik je lah haha.. nasib baik tak terlucut.


Sampai hospital, seperti biasa.. masuk bilik saringan untuk cek CTG... doc datang buat VE.. dua kali hokay with 2 different docs. 2 cm katanya. Lepas tu, My n enchek hasben tunggu untuk kemasukan ke wad. 2nd class full so My kena masuk 3rd class dulu. Around 10am camtu kot My dah masuk wad dengan keadaan diri yang masih sihat dan cergas. Kami diberitahu kalau masih tiada tanda sehingga malam ini, esok paginya My akan di induce. Fuhhh... Orang kata induce lebih sakit.. My harap sangat masa tu My dipermudahkan...

Hari tu, asal waktu melawat je enchek hasben datang.. bawakan makanan.. bawakan majalah.. lepak-lepak dengan My dan pujuk-pujuk baby yang masih dalam perut... Malam tu, My masih takde rasa apa... Lepas solat, My baca lagi surah Maryam... moga-moga My dipermudahkan...

3 Disember 2012

Pagi tu, pukul 5 pagi nurse dah datang suruh My buang air kecil dia nak buat CTG n doc akan datang untuk induce. Lepas CTG, sempat My solat Subuh sebelum doc datang untuk induce around 6.45 pagi. Oooo induce tu masukkan pil je kat dalam vagina tu. Lepas masuk ubat tak dibenarkan bergerak selama sejam. Selepas induce pertama, My kena tunggu sehingga 6 jam kemudian.

Tengahari tu dah rasa bosan sungguh sebab tanda-tanda nak bersalin tak kunjung tiba.. takde sakit langsung. dek kerana bosan, Tak putus-putus My hapdet status di fesbuk, kawan-kawan pun naik boring tunggu baby My yang tak lahir-lahir hihi. Lunch tengahari tu teringin sangat nak makan kefsi.. so My sms enchek hasben suh belikan kefsi... yeay dapat gak makan...

Lepas je enchek hasben balik masa dah habis waktu melawat tengahari tu, nurse datang buat CTG n tak lama lepas tu doc datang untuk second induce. Wallah dah masuk 2 kali ni tak datang gak sakit tu tatao lah... huhu. Petang tu, My baru dapat tukar katil 2nd class.. tak banyak beza pun dengan 3rd class cuma lebih selesa 4 katil n ada aircond. Toilet pun lebih selesa.

6.30 petang

Petang tu, enchek hasben datang lagi waktu melawat... Kami borak-borak tunggu sampai habis waktu melawat. Sampailah tiba-tiba masa tu around 6.30pm tak silap My rasa sakit perut. macam mencucuk-cucuk. Masa tu rasa okay je.. masih boleh borak-borak gelak-gelak ngan enchek hasben. Ada jugak My cakap dengan dia.. 'eh ni ke rasa sakit contraction ek'... Almaklumlah first timer makanya memang My langsung tatao rasa sakit tu macam mana. Sampai satu tahap My rasa sakit tu sangat kerap.. My dah berkerut-kerut... enchek hasben suh panggil nurse My cakap tak payah sebab takut tu bukan contraction huhu.

Sakit tu My rasakan semakin sakit dan kerap. Sudahnya, enchek hasben panggil gak doc suh datang cek.. Dia risau sebab waktu melawat dah nak habis. Takkan nak dibiarkan My sakit sesorang katanya. Doc datang cek bukaan. Masih 2 cm katanya. My kecewa. Lepas tu enchek hasben balik n janji lepas solat maghrib n makan dia akan datang balik n standby kat luar wad. My kata tak payah mungkin lom nak bersalin. kesian plak nak biarkan dia tunggu kat luar wad.

7.00 pm

Lepas enchek hasben balik.. My layan sakit sorang2. Dalam hati My rasa sahlah ini adalah contraction yang selalu orang sebut-sebutkan.. sakit yang paling sakit ketika bersalin.. Subhanallah masa tu rasanya nyawa di hujung-hujung tanduk je.. My gagahkan diri tunaikan solat maghrib dalam kesakitan yang teramat... Seusai solat My cuba tenangkan diri.. My baring.. Niat awal nak baca Quran tapi memang tak mampu sangat dah so My cuma pasangkan mp3 surah Maryam di tab milik My sambil mulut terkumat-kamit baca zikir dan doa nabi yunos.. Masa tu dah tak fikir apa dah.. dah tak peduli apa orang katil kiri depan nak cakap pe.. memang sakit sangat..

Dalam melawan kesakitan tu beberapa kali My tekan button panggil nurse tak tahan sangat.. Doc datang cek, Dia kata dah 3 cm.. Ya Allah lambatnya. Masa tu doc dah book bilik di LR... Doc pergi, My layan lagi sakit.. Masa tu My dah sms enchek hasben suruh datang gak memandangkan doc dah booking bilik kat LR.. Enchek hasben datang dia tunggu kat luar wad tapi tak keluar pintu keluar gi tempat tibi tu je. Kebetulan katil My second class betul-betul sebelah bilik tibi tu memang enchek hasben dengar My mengerang tapi nurse suh enchek hasben tunggu luar takleh tunggu dengan My.. huuu sedey.... My mengerang kesakitan lagi sambil berzikir...

9.00 pm

Tak lama lepas tu My tekan lagi button bgtau nurse My betul-betul dah tak tahan.. rasa macam dah nak meneran sangat-sangat. Masa tu darah dah mencurah-curah keluar.. abis katil basah dengan darah... Doc datang lagi.. My cakap ngan doc tu nak ubat tahan sakit huhu... Doc check bukaan... Dia kata dah 5 cm!! "ya Allah cepatnya progress puan... dah pecah ketuban lum?"... My jawab belum... lepas tu doc tu keluar bilik, bape saat lepas tu My rasa macam ada air memancut keluar.. My cepat-cepat jerit.. 'doctor! doctor!'... 'air ketuban pecah...'... My nangis... entah ye kot ketuban pecah sebab rasa plop! ada sesuatu keluar dari bawah... Giler kau My jerit panggil doc masa tu lantak pi la orang nak kata pe... haha. Lepas tu cepat-cepat doc tu suruh nurse bagi ubat berak, siap sedia untuk ke LR... Nurse datang cucuk ubat berak... :Lepas tu My terus ke toilet... Seyesly, sakit contraction tu terlampaulah sakit 3/4 minit sekali sampai My tak boleh nak membuang dengan sempurna.. rasanya sikit je My 'membuang' masa tu.. selebihnya tawakkal je lah nak keluar bila-bila haha...

Tak lama lepas tu, nurse datang bawa wilcha n bawa My ke LR.. enchek hasben ikut sekali bawa baju baby untuk persalinan nanti.. Fuhhh masa kena tolak gi LR tu pun My dah macam apa.. Tak habis-habis cakap kat nurse.. 'sakit sakit... macam nak teran dahhh...'... Teringat My pengalaman-pengalaman orang lain yang bgtau jangan teran selagi belum 10cm.. dengan gagah nya My kepit-kepit masa tu walaupun memang rasa dah nak meneran sangat dah...-.-...

Sampai LR... My naik katil... Nurse tukarkan baju semua.. Masa tu My layan lagi contraction... My mengerang n beritahu kat nurse dah nak meneran sangat-sangat.. T__T... masa layan contraction tu u ols tau tak... najis yang tak sempat nak keluar semua sebelumnya tu... terkeluar masa dok atas katil dalam LR tu... demmm... My pun dengan nada manjanya gi cakap kat nurse tu... 'nurse.... saya terberakk...'... T___T... Walaupun sakit My masih sempat rasa malu masa tu...-.-... Nurse tu cakap.. 'takpe..'... hoho... My pun layan je lah sakit n selamber je lah berak atas katil tu kan haha.. Tak lama je pastu nurse seluk bawah... n gtau yang lain-lain siap-siap.. Tiba-tiba dia suruh My kangkang betul-betul n push.. uik.. My pun pelik.. dah boleh push ke? dah 10 cm ke? rasanya tak sampau 10 minit masuk LR tadi... Masa tu enchek hasben dah ada kat sebelah.. My pun apa lagi.. dengan ilmu yang My peroleh dari kawan-kawan n kelas antenatal.. My pun tarik nafas n push.. terlupa plak tak boleh keluar suara.. huhu.. nurse tu bgtau tutup mulut n push betul-betul sambil pegang buku lali... (tapi My tak sampai nak pegang buku lali so My pegang atas dari buku lali je laa...-.-.... Enchek hasben kat seblah yang sebelum tu sempat suruh My mengucap (-..-) pun sempat lagi ajar.. 'tutup mulut jangan kuar suara tarik nafas dalam-dalam n push'... My siap cakap lagi.. 'okay-okay... jap jap saya tunggu contraction datang' haha... 

Setiap kali contraction My tarik nafas n push... My tarik nafas n push... rasanya adalah 2/3 kali kot lepas tu dah rasa lega... lega macam My berak sebelum tu hahahaha... My nampak baby keluar masa tu... baby menangis sekejap.. nurse tunjuk kat My n tanya jantina... Masa nak potong tali pusat, enchek hasben sempat mintak izin nak potong.. nasib nurse bagi huhu... Lepas tu sesi menjahit perinium... uih.. My rasa itulah sakit kedua selepas contraction... giler kau... sampai My menggigit baju menahan kesakitan... sebab ada bahagian kulit yang tak boleh dibius.. -.-

Lepas tu lebih sejam jugaklah kami 3 beranak dalam bilik tu.. My bf kan baby walaupun susu belum nak keluar... Kitorang macam tak sangka je dah jadi daddy n mummy masa tuh hihi.. My sempat lagi post kat forum yang My dah bersalin masa tu hihi.. Nak hapdet fesbuk tapi enchek hasben tak bagi tak menyempat-nyempat katanya hahahaha... Masa tu dah tak macam orang baru lepas bersalin plak My sihat je.. tapi bawah tu masih sakit la hihi... Lepas doc dah cek jahitan, cek rahim pe semua dah settle kitorang balik ke wad semula... masa tu dah dekat 2/3 pagi tak silap.

Sampai wad, baby dah berak.. erkkk... bayangkanlah first timer macam kitorang ni. Terkial-kial kau membersihkan najis anak masa tu...-..- Dah settle semua, My dah rasa selesa.. baru enchek hasben balik... Nasib baik baby tak banyak menangis malam tu.. risau gak My yela first time kan... Nak tido tapi My takleh nak tido.. so My sms kat semua kawan-kawan My masa tu n bgtau yang My dah selamat lahirkan baby... :)


*****************************************

Heee tu je lah pengalaman bersalin My. Tak panjang pun. Alhamdulillah... syukur sangat-sangat contraction My tak sampai 5 jam... Allah permudahkan My dari mengandung sampailah saat nak bersalin.. Rupanya masa My sampai atas katil kat LR tu dah 10cm dah pun bukaan.. MasyaAllah cepat sungguh. Ada orang sampai 15 jam dalam LR tak bukak-bukak jalannya. Syukur Alhamdulillah.. lain orang, lain pengamalan ye tak? Tepat pukul 10.41pm My selamat lahirkan baby gurl... syukur padaMu ya Allah atas kurniaan yang tal terhingga ini... :)

Pengalaman bersalin di hospital kerajaan? Alhamdulillah... baby My dikeluarkan oleh tangan seorang wanita... Mungkin sebab masa tu dah malam kan so doktor pelatih pun takde.. Yang ada masa tu sister kot yang pakai baju biru tu.. Diorang lah yang sambut baby Dhia.. Ada doc perempuan India sebelum tu, tapi sebab doktor tu baru lagi n macam tak confident nak handle case, so sister tu ambil alih... Alhamdulillah.. sister-sister tu lebih expert dari doktor-doktor kot... even layanan yang My dapat daripada nurse masa kat wad pun Alhamdulillah... :) Thanks to all staff from Hospital Selayang.... :)

What next? Pengalaman menjaga anak plak... Orang kata setiap wanita ni lain-lain bahagiannya. Ada yang senang mengandung susah bersalin.. atau senang mengandung, senang bersalin tapi susah bab menjaga anak... hurm... My macam mana ye? Tunggulah lain masa ye... Nak habiskan entri ni pun berhari-hari tau.. Masakan tidak dah ada anak... huuuuuu

Till then!



8 comments:

Mrs. Abi said...

tahniah kak my...waaaaaaa takut le pulak huhuhuhuhu.... hope sy nanti dipermudahkan juga huhuhu....

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...seronoknya baca pengalaman my...rasa macam berada dalam diri my lak...rasa semua ketakutan, kesakitan, kelegaan..fuhh...takutnya nak bersalinnnnn...huhuhuhhhuhu..

tahniah my...moga dipermudahkan urusan menjaga anak...moga dhia batrisyia jadi anak solehah ikut cakap mak ayah, dan jadi pejuang agama...ameen...

juicy X said...

takut setiap kali baca pengalaman org lain bersalin...wuuuuuuuu risau sgt!
apa pon tahniah yer

*Vivilicious* said...

tggu turn vi lak nak share nnti.. hehe seronok baca wp sndr dh bsalin jugak

tahniah my..alhamdulillah kita selamat melahirkan baby..

With Julia said...

seronok bca pengalaman bersalin my tau...sampai kena induce 2x...pastu terus bukaan 10cm msa kt LR...terbaik lah mommy...arituh julia bersalin induce cucuk cecair air ditangan...x masuk plak melalui vagina...myb induce pun ada mcm2 cara kan...mmg pengalaman bersalin x kan dilupakan sampai bila2....sedap nama bb gurl....Dhiaaaa :D

noradzlina.kamdani said...

wah..tahniah dh selamat bersalin..bb dhia sihat? nk le tgk gambonye...my terberak kt katil LR ye? xpe..kak lin pun sama he he he..nnt ada ms br nk update lg kt blog..kak lin blm share citer bersalinkan bb azhar.

noradzlina.kamdani said...

wah..tahniah dh selamat bersalin..bb dhia sihat? nk le tgk gambonye...my terberak kt katil LR ye? xpe..kak lin pun sama he he he..nnt ada ms br nk update lg kt blog..kak lin blm share citer bersalinkan bb azhar.

Liyana said...

tahniah my.. comel sgt bby dhia.. :)
btuah my contraction 5 jam je.. yana dulu 12 jam 1/2 contraction..nk tcabut nyawa..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers