9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, July 21, 2014

Dhia, Aku, & Raya

Assalamualaikum…

Pejam celik pejam celik tinggal seminggu je lagi nak habes Ramadhan. Dan hampir sebulan gak aku tak hapdet belog hahah. Aku puasa maka belog pun puasa kekdahnya.. :P
 
Dhia dah masuk minggu ke-4 di rumah babysitter baru. Tapi…. Sampai harini bila hantar,  sampai je kat depan rumah BS dia menangis semahu-mahunya. Alahai sayu btol hati.. Dia peluk My sekuat hati meronta-ronta mintak taknak dihantar ke rumah BS… :’(

Kenapa ek. Dah dekat sebulan pun dia menangis lagi. Menangis bukan sikit-sikit.. Dia punya air mata kuar boleh tadah penuh satu baldi.. aku pergi je pandang dia aduiii sebak sangat. Tak serasi kah Dhia dengan BS baru? Tapi bila tak lama aku pergi akak BS tu cakap dhia ok je main2 dengan abang kakaknya kat sana. BS siap hantar gambar thru wassap Dhia tgh ketawa2 main. Hurm…. Entahla… harap-harap Dhia dijaga dengan baik. Sorry Dhia.. Mommy terpaksa… L

Next week dah raya. InsyaAllah akan beraya di KL dulu then baru balik ke Johor. This year will be our first raya without ABAH… Sayunya lah hati bila dengar lagu-lagu raya di corong2 radio… sayu mengenangkan abah… teringat kenangan beraya dengan abah tahun lepas. Gambar family yang dah lama tak dapat kitorang rakamkan sejak anak-anak abah dah berumahtangga… Bila dapat berkumpul complete the whole family kitorang tak lepaskan peluang tu. Walaupun masa tu abah sedang kepenatan sebab baru balik dialisis buah pinggang. Kitorang suruh abah duduk je huuu. Ntahlah. Seolah-olah semua tahu Syawal yang lepas adalah Syawal terakhir kami bersama abah… :’(



Tahun ni, mak keseorangan dengan adik-adik. Raya pertama akak yang tinggal berdekatan je turn beraya kat rumah mak dengan adik-adik yang belum kawen tu. Kitorang yang lain beraya di rumah mertua dulu. Raya ke 2 atau ke 3 baru balik sana. Sian mak… :’( Semua orang pasti sangat2 rindukan abah… Abah, My harap abah baik-baik je di ‘sana’… Semoga abah tenang dan bahagia di alam sana… InsyaAllah My takkan lupa doakan abah… L

Persiapan raya tahun ni, boleh tahan. Mak buyong nak jugak bergaya di hari raya. Last minute masih sempat klik sana klik sini soping raya.. ish. Walaupun hati agak sayu sebab macam-macam jadi skrg ni… Dengan saudara-saudara Islam yang ditindas di Palestin… dengan kejadian pesawat MAS MH17 yang ditembak dan terhempas… MasyaAllah… apa nak jadi dengan dunia sekarang? Betullah, kita dah berada di penghujung dunia… Tunggu masa je… Allah… banyak dosa aku di duniaMu… Ampunkan aku ya Allah… :’(

Lets pray for Gaza... Pray for MH17... moga kita semua di bawah lindungan Allah SWT....








Pengedar Shaklee anda: 

Maizatul Akma ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife 
Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

happynya

uncle gedek said...

air mata sebaldi tu jangan buang gitu je tau... buat siram pokok sekali... jimat air..!

hehe

pray for #MR17

Liyana said...

selamat hari raya my :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers