9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, July 25, 2014

SELAMAT HARI RAYA

Makin dekat nak raya, makin kuat ingatanku pada arwah abah.. :') Raya pastinya agak suram tanpanya di sisi lagi.... Abah... moga abah tenang di sana... Amin...


Di kesempatan yang ada ni, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua readers.. :) Ampunkanlah sekiranya ada tersalah taip sepanjang aku berblogging.. Maklumlah, aku insan biasa yang tak lepas daripada melakukan khilaf... :)

Pada yang pulang berhari raya di kampung, bandar, pekan dan mana-mana yang melibatkan perjalanan yang jauh diharap korang pulang dengan selamat... Pastikan jarak kereta yang selamat, pastikan sedia mental dan fizikal sebelum memulakan perjalanan.. Biar lambat asalkan selamat ok. Sedih dengar berita-berita kemalangan jalanraya lebih-lebih yang dah dekat2 nak raya ni.. :( So, ingatlah orang yang tersayang.. pandu cermat jiwa selamat... :)

Aku? Raya pertama di rumah mertua dulu di Kepong hehe. Perjalanan InsyaAllah makan masa 40minit sahaja.. :P Itupun kena berhati-hati ye.. :P

oklah. SELAMAT HARI RAYA semua... semoga gembira dapat bersama keluarga2 tersayang.... Makan ketupat rendang berpada-pada ya... hehe.

Saat2 yang takkan aku dapat lagi...... miss u abah... :'(

1 comment:

uncle gedek said...

Salam Aidilfitri!

Alfatihah untuk arwah abah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers