9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, August 5, 2014

Riang Ria Aidilfitri

Salam korang… Urghhh cuti seminggu raya rasa sekelip mata je kan. Tup tup dah kena naik keje semula… T__T

Anyway, Selamat Hari Raya korang!! How’s Raya? Is it fun?? Dan selamat kembali bekerja kepada yang dah mula bekerja.. J

Alhamdulillah, Raya aku this year quite meriah walaupun sederhana dan ada sedikit duka memandangkan ini raya pertama tanpa arwah abah…. Apakan daya, Allah lebih menyayangi abah.. Aku redha… Moga abah tenang di alam sana, Amin…

As planned, Raya pertama aku di rumah PIL di Kepong KL. 2 hari sebelum raya dah berkampung di Kepong. Raya kat KL ni tak macam raya kat kampung sebab suasana dia lain sikit hehe. So Raya tu rasa mase first day raya je hehe. Raya ke 2 aku dah gerak balik kampung aku pulak di Segamat Johor. Rindunya suasana raya dengan adik beradik. Masa aku balik ada family kakak and adik-adik je. Yang lain beraya di rumah mertua masing-masing.




Baju yang aku sediakan untuk diri sendiri raya ni je dalam 5 6 pasang hahahha… sakan tak sakan.. :P Balas dendam sebab masa preg 2 tahun lepas aku ala kadar je beli baju dah siap. Tahun ni 3 pasang aku tempah yang lain-lain aku beli baju pregnant je. Tapi lawo lawo la haha.. So dapatlah aku pakai baju lain-lain dalam masa 5 hari pertama raya tu wakakakka… Dhia pun banyak jugak aku beli baju die. Baju enchek hasben pun sama cuma kaler banyak tak match dengan aku n dhia.. x kesahlaaaa janji mak buyong pakai santek2 hahha. Ditambah pulak dengan shawl. Beriya aku bershawl tahun ni hehe… shawl paling mahal mak beli RM79 ko!!! Siap ade yang tanggal maniknya gara-gara si dhia… grrr…. Sabo je lah…




Raya ketiga seperti tiap-tiap tahun sebelumnya kami pulang ke kampung mak di Kluang Johor. Perjumpaan dengan semua adik-beradik mak. Kampung arwah abah di Taiping Perak. Abah dah takde ni susah sket nak balik ditambah plak mak dah bermenantu bercucu ni kan. InsyaAllah ada rezeki tahun depan aku nak bawa mak beraya kat sana. Balik Kluang haritu haruslah meriah.. mana taknya pakcik makcik sepupu sepapat cucu cicit semua berkumpul. Atok nenek dah takde tapi ukhwah antara kami tetap terjalin… Alhamdulillah… J





Petang raya ketiga tu aku dah balik semula ke Segamat. Abang2 kakak yang beraya kat rumah PIL masing-masing dah balik rumah mak so dapatlah berkumpul sekejap kami adik beradik kecuali kakak sorang dah balik ke Bt Pahat. Raya ke empat aku tak ke mana cuma ke open house kawan skolah je. Yang datang masa tu pun beberapa kerat je memandangkan ramai kawan-kawan yang dah berumahtangga dan ada komitmen lain hehe



Jumaat raya ke 5 tu aku dah gerak balik KL… sob sob tak puas beraya tapi dah kena balik sebab enchek hasben kena keje keesokannya, Sabtu. Apply cuti sampai Sabtu tak dapat plak hampeh btol bos dia ni. Balik sempat menyinggah PD menikmati pemandangan matahari terbenam and pekena Char Kuey Teaw kawan enchek hasben sebelum balik kL hehe.


Sabtu Ahad sebelum naik keje ke open house and beraya  rumah-rumah terdekat je lah. Raya sebulan. InsyaAllah walaupun dah naik keje nanti beraya lagi hikhikhik.


Sekian cerita Raya aku... Till then! :P

5 comments:

uncle gedek said...

baju sedondon biru.. sofa pon biru! hebat hebat!

salam aidilfitri!

Liyana said...

meriahnye raya uols :D

Aty_Fared said...

comel nya dhia...pakai tudung..muncung2... heheh..

Faizal Fredley said...

hamboi sakan raya tahun ni naaa

Rosmiza Ali said...

Wah! Boleh tahan meriah raya kat kampung My ye..😊
Rosmiza Ali Official Blog™

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers