9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, January 12, 2015

Pengalaman Bersalin Danish Harraz

Bismillah…

Haih~ susah tol nak cari masa nak hapdet belog. Untuk pastikan aku masih kekal aktif makanya ku cuba jugak luangkan beberapa minit waktu untuk ini. Hehe

Ok straight forward. Kalau refer kat previous post aku sebelum ni, akhirnya aku decide untuk bersalin di hospital swasta, Putra Medical Centre Sg Buloh setelah aku tidak menyerah diri di Hospital Selayang untuk induce pada 30 October 2014. Makanya aku ikut date PMC due pada 9 November 2014.

Meh nak citer pengalaman bersalin kan anak kedua

30th October – 5 Nov 2014

Sepanjang minggu tu aku dah mula MC dan duduk kat rumah je. Dengan sakit kat ari-ari.. tak selesa sana sini aku dah cuba buat macam2 pujuk baby keluar tapi dia buat dek je.. -.- 

Ikut kan sepatutnya kalau takde tanda2 nak melahirkan aku perlu serah diri di hospital Selayang pada 30th October 2014. Tapi dek pengalaman melahirkan Dhia yang kena induce (paksa bersalin) pada 2012 dan aku rasa aku masih boleh bertahan untuk bersalin di swasta makanya aku tak serah diri hari tu. 

perut makin terasa ke bawah tapi tiada sebarang tanda untuk bersalin. Namun aku dapat rasa perut seakan semakin menolak ke bawah. aku cuma berjaga2 je lah sambil tunggu masa penamat untuk bersalin di PMC.

6 Nov 2014

6hb aku ke PMC untuk last checkup sebelum bersalin. Masa checkup tu Doc buat VE sebab aku pun dah dekat sangat due kan. Doc kata dah 4cm huuuu… tapi aku tak rasa apa. No pain… no blood show. Doc kata boleh balik, kalau dah ada rasa sakit yang kerap datang anytime kalau tidak doc schedule untuk induce pada hari Sabtu, 8 Nov 2014. Ok noted.

Malam tu aku dah berkira-kira macam tak sempat je tunggu untuk induce sebab dah 4 cm ko! Haha. So sebelum terberanak aku pun sebok mengemas barang apa yang patut untuk cuti bersalin kang sebab for sure aku takkan jejak lagi rumah tu lepas bersalin kang. Sah2 Ben (laki aku) yang akan settle segala barang.

7 Nov 2014

Haaa kan dah habaq. Pagi tu dalam pukul 4 pagi aku dah rasa sakit semacam. Aku takleh tido dah… aku duduk bersandar sambil tengok jam. Yela nak pastikan sakit tu kerap ke idok. Dalam masa sejam tu sakit tu kejap2 datang makanya sah lah itu dah rasa contraction. Aku kejut Ben suruh get ready.. dia dah kelam kabut nak terus hantar pi hospital haha. Aku kata sakit ni tak kuat sangat boleh tahan lagi. So aku suruh mandi2 bersiap dulu lepas Subuh baru gerak gi hospital. Dhia aku hantar ke pengasuh pagi tu… sian dia menangis kena tinggal.


Aku ke PMC dengan Ben sambil melayan sakit. Around 7.30 am aku sampai PMC, register n nurse buat CTG apa semua. Sambil CTG sambil layan henpon heheh. Masa ni sakit dia tak kuat sangat tapi kerap. Tak sesakit yang aku rasa masa nak bersalin kan Dhia dulu seyes. Sebab tu aku boleh rilex2 lagi layan wassap. Ngeh3


Dalam 8.30 am aku dah naik wad. Request single ward tapi full so duduk dulu wad yang 4 5 orang. Sempat sarapan nasi lemak dan milo sambil layan contraction. Lepas tu nurse datang cek VE… dah 7cm katanya. Fuhhh… Alhamdulillah 3cm to go dan masa tu aku harap sangat progress aku cepat macam bersalin Dhia dulu. Around 9 am Doc Wan Ratna datang pecahkan air ketuban sebelum aku di tolak masuk ke Labor Room.



Masuk LR aku cakap kat Nurse “saya rasa contraction tapi rasa sakit tu tak kuat pun”… sebabnya dulu masa Dhia teruk aku sakit setiap masa aku tekan button panggil nurse/Doc sebab tak tahan haha. Kali ni sakit dia sikit je macam senggugut kot. Kalau tak rasa sakit macam mana aku nak meneran kang hehe. Masa tu nurse tengah buat something… dia cakap.. “haa ni nak bagi sakit la ni”… Aku pun tatao menatang apa dia buat tapi dia cucuk masukkan air kat tangan aku. Tak lama lepas tu…..


Sempat ko! :P
Uwwaaaaa! Dia datang dah… giler tak sakit… kali ni baru aku rasa apa yang aku rasa masa nak bersalinkan Dhia. Fuhhh… bezanya kali ni ada Ben kat sebelah aku huhu… bila sakit datang je aku peluk lengan dia kuat2.. Tarik nafas dalam2.. fuhhh… Masa tu mintak bukak cepat je…

7 Nov 2014 @ 9.29am

Alhamdulillah… kurang setengah jam sakit… nurse datang cek VE lagi, tak lama pastu doc Wan Ratna masuk dan get ready untuk sambut baby. Aku pun apa lagi bila dia suruh push… dengan bekalan pengalaman dan ilmu yang aku ada, sekuat tenaga aku push push dan push…. Sempat gak aku dengar doc kata baby bleh tahan besar ngeh3… sambil dengar jugak laki aku kat seblah duk bagi semangat suh push aku pun push dan push lagi….

akhirnya, tepat 9.29 am lahirlah anak kedua kami..... it's a boy! hehe...

Ni je gambar yang hasben sempat ambil sejurus lepas bersalin
Lepas tu aku tak sedar hape dah.. tau2 dah siap jahit dan ditolak ke wad.. :)

Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Allah permudahkan... tak serik nak bersalin lagi.. :P

hehe ok dah.. pendek je citer aku. Mesti korang bosan baca kan.. orang lain siap ada chapter by chapter pengalaman bersalin aku ciput je haha.. ni pun dah cuba sedaya upaya panjangkan citer.. :P

haha.

ok got to go. next post aku review pasal bersalin kat PMC ni ye.

oh sebelum terlupa. Perkenalkan..

Danish Harraz bin Beney Airie
3.5kg... :P

See ya! hehe.


5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

Assalamualaikum
singgah sebentar disini
sory sangat2 anum baru masuk kerja hari ini
bz day

juicy X said...

Saya plk taktau mcman nk bg pendek cita haha

alhamdulillah mudah je bersalin even bby besaq. comey baby

Mar Mansor said...

alhamdulillah dapat baby boy..dah sepasang ye

Chekgu Azrine said...

Assalamualaikum bb..
Comelnya awak..

*Vivilicious* said...

haii.msh ingat saya lagi tak. saya pun dh bersalin..baby girl 29 dis 2014. alhamdulilah kita dh dpat sepasang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers