9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, January 15, 2015

Pengalaman Bersalin di Putra Medical Centre Sg Buloh dengan Dr Wan Ratna

Sakit bersalin kat hospital kerajaan ke hospital swasta ke.. sakit tetap sakit ye dak.. kos pun opkos jauh beza.. tapi apa yang membezakan? Masa.. Layanan… Perkhidmatan… standing lah dengan bayarannya kennnnnzzz hehe. Ok meh nak citer pengalaman bersalin kat hospital swasta, Putra Medical Centre Sg Buloh. Ni konpem ramai yang akan gugel nih. So hope this help hehe…

Kalau tahu senang nak bersalin n service pun superb masa bersalin Dhia dulu ku dah pergi private haha. Tapi yela anak pertama kan takde pengalaman.. takut ada risiko apa2 so bulat2 serah diri ke klinik dan hosp gomen sahaja. Bukan lah aku ni kerek beno kang orang kata banyak duit takpelah boleh gi private.. Bukan masalah byk duit ke tak ke.. ikut kan idoklah aku ni terlalu berkemampuan tapi memandangkan dah ada benefit yang disediakan oleh company tempat aku bekerja makanya? Rugilah kalau aku tak gunakan ye dak.

Tujuan UTAMA aku ke hosp private bukanlah semata-mata nak dapatkan service yang tiptop tapi aku mahukan doctor yg mahram untuk sambut anak aku.. Alhamdulillah nasib aku baik dulu masa bersalin Dhia pun disambut oleh bidan perempuan. Tapi tak semua orang bernasib baik kan.. Walaupun sesetengah org cakap boleh request doc perempuan tapi kalau kena time tu memang takde doc perempuan makanya terpaksalah doc lelaki yang sambut anak ye dak? Terkangkanglah kau nampak tuuttt tu depan lelaki bukan mahram… adeh… kesian kat laki kite bayar riban2 nak dapatkan kita secara halal sedangkan doc tak perlu bayar sesen pun boleh pegang2 dan tengok.. erk… just my lima puluh sennnn… hehe

Anyway, to be safe walaupun berbelah bahagi pada awalnya at last aku decide ke PMC jugak. Alhamdulillah keputusan aku untuk tidak serah diri di hosp gomen adalah tepat… So selamatlah aku bersalin di PMC akhirnya…..

Ok bebel panjang pulak. Berbalik kepada pengalaman bersalin di PMC… ok kalau korang nak bersalin di PMC Sg Buloh ni sila pastikan korang ada history maternity checkup kat situ at least 3 times. Macam aku, tak silap masa usia kandungan 7 bulan aku baru mula checkup kat situ. Sebelum pergi sila pastikan dengan doctor siapa yang korang nak bersalin nanti.. ada dua doc O&G kat PMC iaitu Dr Wan Ratna yang lemah lembut dan Dato’ Dr Zarul yang boleh tahan hensem hehe. Sila pastikan jadual waktu bekerja doctor berkenaan. Then untuk first timer silalah datang walk in. Macam aku, aku call dulu tanya bila waktu klinik doc Wan Ratna.. So hari dia bertugas aku datang walk in untuk pertama kali checkup. Next checkup baru dia akan berikan tarikh untuk korang datang.

Aku checkup kat situ sampai aku nak bersalin. Dalam pada masa sama aku masih berulang ke Klinik Kesihatan. So kiranya aku buat dua2 checkup di gov and pvt. Senang. Kos maternity checkup adalah anggaran RM100 ke bawah setiap pertemuan. murah kan? huhu

Kos bersalin di PMC Sg Buloh? Ok korang boleh tengok bawah ni:


Tak perlu bayar dulu apa-apa untuk booking. Korang kena bayar deposit tu masa hari korang nak masuk wad untuk bersalin. Macam aku, pagi tu dah rasa contraction and pergi hosp.. nak masuk wad tu baru hasben aku bayar deposit. RM1500. Selebihnya bayar sebelum korang discaj dari wad.


Wad ada yang satu katil, 3 atau 4 katil dan suite. Awalnya aku nak request bilik single senang laki aku nak teman tapi masa warded tu bilik single full so aku masuk dulu bilik yang ada 4 5 katil tak silap. Ok la tapi still tak selesa sebab ruang yang agak kecil dan tak berapa nak privacy huhu.

Labor room dia pun ok je. Yang penting laki aku boleh teman aku dari aku nak melayan contraction sampai bersalin hehe..

Aku duduk kat wad 4 katil tu sampai tengahari macm tu. Lepas tu aku transfer bilik Suite. Bilik single masih belum kosong makanya aku mintak masuk suite tak kisahlah mahal janji aku selesa. and and yang penting aku boleh angkut ben dengan Dhia sekali tidur situ hahaha.. ohsem! giler ko nasib baik aku bersalin pagi2.. rindu giler aku kat Dhia. Tengahari tu lepas hasben aku gi solat Jumaat dia balik rumah angkut barang2 and amik Dhia kat rumah pengasuh. Kak Ipar aku offer nak tolong jaga kan Dhia tapi kitorg taknak kang rindu huhu so bawa skali dia tidur dalam wad.

Bilik Suite tu bilik paling selesa kat PMC. Katil turun naik pakai remote je tayah susah2 nak putar2 macam roda impian haha.






So dapatlah aku tido satu malam kat suite tu... yang penting laki aku anak2 aku ada kat sisi hehe..



Makanan dia pun ok lah just nice. tapi aku tatao la menu diorang bagi ni boleh ke aku makan memandangkan aku baru lepas bersalin. haha tapi aku bedal je.. :P


Aku discaj keesokan harinya. Sebelum discaj haruslah 'wefie' dulu haha..


sila jangan muntah hahaha

Buah tangan daripada pihak PMC
Jom balik!!!
So ini adalah jumlah bil rawatan bersalin sepanjang aku berada di PMC Sg Buloh satu malam, RM2,748


hehe... bagi aku tak mahal kot kalau nak compare dengan hospital private yang lain hehe. Yang paling penting RM2,500 daripada jumlah bayaran ni ditanggung oleh company tempat aku bekerja. So, aku cuma perlu tanggung RM248 sahaja, lebih kurang sama kos kalau bersalin di hospital gomen wad kelas kedua hehe.

Nak bersalin di PMC? recommended!!! 

till then!!!

10 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagusnya entry nie

Liyana said...

pitam tengok harga dia. hehe
iols iz x mampu.. huwaa gomen je la :D

eh toto munge2 tu sama la.. sep sikit :D

Rai OurKizuna said...

tahniah~!.. bestnya company cover sampai rm1500..

Chekgu Azrine said...

yelar..bagi akk berbaloi..dulu akk bersalin ke4-4 anak akk kt pusrawi..last sekali masa tahun 2012..servis dia mcm dh kurang sikitla..sbb nurses dia banyak keluar untuk further study...tp bayaran mahal la bg akk..tak padan dengan servis..rm3100 akk kena...kalau dulu2..tak sampai pun 2500...huhuhu

Junaidah Azley said...

Tq for the info... realy excited...!!

rusmawati ibrahim said...

Memang rate dia murah berbanding hospital Private yg lain. Tapi bab katil tu, semua Private MCM tu. Tawakal ke Ampang puteri ke glenegles ke tekan aje dh gerak.tapi Pusrawi sangat menyenangkan hati sebab semua nurse dia baca bismillah setiap kali nk cucuk ke apa . Sblm masuk nk ambik sampah Pn Cleaner akan bagi salam. Pagi3 baca doa.Islamik la pendek kata .masa sakit tu Service dia puashati. Tekan bell tak penah muka masam walau asyik kene ulang byk kali. Kat sini MCM mana ye. Dh pindah area sini kene cari area sini jgk hosp ni.

Siti Nuraini Ahmad said...

nak tnye sis..company pkai insuran ape haa? n pay n claim or mmg pkai GL?

mynameismy said...

Pay n claim

mynameismy said...

Pay n claim

Unknown said...

Good review .sangat membantu.thanks mummy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers