9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, August 22, 2016

Hujung Minggu ke Kuala Lumpur Bird Park

Al kisah bersuamikan lelaki yang bekerja sendiri ni sebenarnya bukanlah seindah yang disangka. kalau kau orang fikir kami sekeluarga lebih banyak masa untuk dihabiskan bersama, kau orang salah huhu. Hakikatnya bila dah bekerja sendiri ni lagi tiada masa. seriously i tell u hukhuk. Laki aku kerja isnin-sabtu. Ahad sahaja hari dia tak bekerja. So satu hari tu je lah ada masa untuk hiburkan hati anak-anak sobs.

Nampak sedih kan hahahahah. takpelah. aku dah biasa. inilah pengorbanan yang perlu dibayar bila dah aku dah duduk rumah, suami pula berpenat lelah mencari rezeki. yelah, kalau kau bekerja makan gaji kau cuti ke tak cuti ke gaji jalan. Kerja sendiri? Tak kerja tak berduitlah poket kau hehe.

Oh anyway, aku bukan nak cerita pasal tips-tips kerja sendiri haha. aku nak cerita weekend semalam ke mana laki aku bawa untuk mengubati lara isteri dan anak-anaknya haha. Dah satu-satunya hari dia ada bersama kami kan, memang nak kena merajuk lah kalau duduk rumah je haha.

Semalam kami ke KL Bird Park. Aku dulu tak silap pernah pergi sekali je. Itupun masa kecik-kecik dengan family aku. Arwah abah dulu rajin bawa kami turun KL hehe. So sesekali turun tu dia bawalah berjalan sana sini kan. Now aku kembali lagi dengan family kecil aku pulak hehe.


kami pergi sebelum tengahari. so agak kepenatan juga sampai tengahari tu hehe. Dengan anak-anak tak reti diam. mujur bawa stroller sebab dua-dua pakat malas nak jalan nak berdukung memang kirim salam lah haha.

kalau kau orang bosan-bosan hujung minggu ke, waktu cuti-cuti umum ke tak tahu nak ke mana boleh je ke KL Bird Park ni. Macam-macam burung ado. Kau jalan je lah satu Park tu hehe.

Aku tak banyak ambil gambar. Biasalah dengan budak 2 ketul ni lagi huhu. kau layan je lah mana gambar yang ada ye.. :P







Balik KL Bird Park tu kami sempat singgah ke Tugu Negara. Haa ni pun last aku pergi masa rombongan sekolah dulu hahahaha.. masa tu darjah 4 kotttttt! :P




Ok dapat bergambar dengan Tugu sudah. cukup. Panas terik. Jom balik haha

Jadilah daripada duk rumah tak buat apa pun kan. Mekasih daddy.. :P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers