9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, December 15, 2017

54 hari

Apa yang 54 hari? Haha.

Dah 54 hari aku selamat melahirkan cahaya mata ke 3. Hehe 😂 aduhaiiii lama sangat tak hapdet belog. Fuhhh tiup habuk :P Ingatkan sebelum ni insof dah rupanya karam juga dilautan sepi.

Bukan karam apa. Lagi lah bila dah sah pregnant awal tahun haritu hah. Memang karam terus. Kau tau je lah aku ni kalau dah membunting... tak rupa orang dah haha.

Mabuk sepanjang 3-5 bulan pertama. As expected lah. Dah pesan dekat laki aku 'yunk.. kalau ai preg nanti ai akan mabuk2 teruk tau.. sanggup?' Hehe.. dah dia pun okay kata dah ready makanya kun faya kun.. Alhamdulillah rezeki Allah.

Alhamdulillah jugak dapat suami yang tak merungut banyak bila aku mula mabuk haha. Perubahan hormon katanya. Dari Feb sampai nak puasa May kot ek? Aku mabuk memang macam hape. Masak tidak.. kemas rumah tidak.. basuh baju tidak.. lipat baju apatah lagi. Anak2 pun aku hantar upah jiran sebelah jaga oiii haha.

Seyes. Memang teruk. FB aku pun krik krk dalam tempoh jangka masa yang lama jugaklah. Bisnes on off kejap. Wasap customer tak berbalas. Mengadap screen lama lama pun alah hahadoiii..

Ngam2 nak puasa baru aku betul2 okay. Fuhhh nasib baiklah kalau tak aku rasa mau tak puasa aku sebulan huhu. Mabuk dah habis selera pun kemahen lah heeee.

Pejam celik pejam celik nah harini dah 54 hari baby no 3 ni tengok dunia. Ya Allah kejap nya masa berjalan kan korang. Seriously. See.. rasa macam baru masuk tahun baru tup tup dah nak penghujung tahun. Apa je aku buat sepanjang tahun ni selain membuyong huhuhu. Haih..

Anak anak pun dah semakin membesar. Dhia dah 5 tahun. Danish dah 3 tahun.. MasyaAllah so fast! Tahun depan dah masuk tadika 6 tahun dah kakak? Omg... adik? Masih pampers lagi tu camne nak hantar taska? Haha.

Hurm dah2. Esok2 plak sambung. Nak citer pasal bersalin pulak haha. Tak aci lah umi dengan mimi dah update belog pasal bersalin. Opkos aku tak nak kalah hahahahaha.

Kau tunggu kau tunggu... :P

Okbai! :-*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers