lain macam je nak sebut tajuk tu.. ahhh lantok la.
Hi! Dhia dah seminggu awal start
solid hehe itupun dia mam sikit je. Setakat ni My dah bagi dia apple puree n
broccoli puree. Homaigod.. Dah bagi broccoli baru perasan yang broccoli is for
8month above hokayyy! Alahai sian dhia.. maap syg mommy baru belajar… :P Anyway
sekarang dhia sedang belajar menikmati pear puree.. esok-esok nak bagi carrot
plak asyik buah je kan bagi dia belajar makan sayur sikit hihi. 6 bulan ni
ikutkan elok bagi puree je dulu but then My rasa nak start bubur nasi la next
week. Ok tak?
Ok sila kembali ke pangkal
jalan.. mainpoint harini adalah mengenai barang-barang yang diperlukan sebelum
memulakan solid food. There are the
lists!
1)
Ilmu pengetahuan/ Knowledge
As
usual, nak memulakan sesuatu benda harus mempunyai ilmu. Tanpa ilmu macam mana
nak bagi anak makan kan? Mana nak cari? Sekarang dunia moden internet
berlambak.. kalau xde internet pun boleh ke kedai buku cari bahan rujukan.
Untuk
Dhia My dapatkan buku ini sebagai rujukan. Tapi, tak pernah bukak lagi sejak
dhia dah start makan. Sebab lupa ada beli buku tu.. beli dah lama haha. Ok
minggu depan start bukak.. :P
Selain
itu, My banyak google di internet dan ada join club di facebook yang bagi
banyak info pasal persediaan solid food. From A-Z semua ada. Kalau tak faham
anytime boleh bertanya for sure mommies in there yang dah banyak experience
boleh jawab… =) Nak join sila ke FB fanpage HSFFYB
So
kalau boleh few months sebelum baby anda boleh mula makan silalah cari ilmu
dulu, survey-survey cara pemakanan yang betul, makanan apa yang boleh/tak
boleh.. rules, etc… jangan dah bagi makan baru nak cari ilmu okay! =)
2)
Food processor/blender
Owh ini
penting. Rasanya bukan kehendak tapi keperluan dalam menyediakan solid food
hehe. Yela kan, takde blender camne nak buat puree? Takde blender camne nak
blend nasi tu bagi anak makan? Huhu. So, penting. Terpulanglah yu ols nak pakai
food processor apa janji sama fungsinya. My pada awalnya sangat-sangat berminat
dengan baby bullet ni… uuuuu comel giler kan. Complete all in one! Hehe.
At the end,
baru teringat hadiah blender masa kawen dulu tersimpan rapi dalam kotak. Pernah
guna sekali je hokay lepas tu xde langsung dah. Takde apa yang nak di blend kot
masak pun semua guna yang dah sedia ada contohnya tayah susah payah nak blend
cili kering sebab dah ada jual cili boh haha. So, guna je lah apa yang ada.
Lagipun dapur kecik mana plak My nak campak baby bullet segala bagai kalau beli
nanti huuuu
Owh anyway,
kalau yu ols ada dapur yang agak luas or memang takde hadiah blender yang belum
digunakan masa kawen bolehlah dapatkan baby bullet ni daripada My… daku kan
macam poket doraemon segala benda ade jual haha… roger-roger je untuk dapatkan
harga Baby Bullet. (email: mythegreat87@yahoo.com or sms/whatsapp:
019 336 4122)
3)
Feeding set
| google~ |
Owh yang ni
perlu ada juga. Janganlah jimat sangat sampai bagi anak makan pakai sudu besi yang
kat dapur rumah tuuuu… Kalau tak mampu beli mintak kawan-kawan hadiahkan
kikiki. My ada 2 set hadiah newborn. So dah jimat di situ. Tapi My tak guna
sangat pun sebab lebih mudah gunakan bottle weaning…
![]() |
| model~ hahaha |
Banyak orang
jual online ada brand nuby, munchkin… tapi mahal-mahal huuu. So My beli yang
brand pigeon sahaja. Kecik 4oz RM12.50, yang besar 8oz RM16. Pengasuh pun lebih
suka pakai bottle ni dari sudu dan mangkuk ngee~ Ada lagi murah member sorang
ni jumpa. Kat Giant. Cubalah korang cari.. =)
4)
Food Storage Containers
For those
mommies yang bekerja. Takde banyak masa untuk masak makanan anak hari-hari?
Jangan risau.. boleh blend banyak-banyak buat stok simpan dalam freezer. Boleh
tahan sehingga 3 bulan.. Tapi kalau boleh janganlah malas sangat sampai 3 bulan
ko simpan stok kan haha. Seeloknya buat stok untuk seminggu dua sahaja. Buat
stok ni bukan bermakna kita as mommies ni malas.. idok… tapi jimat masa,
tenaga.. n boleh jimat electricity jugak. Almaklumlah kalau tido doploh ampat
jam pasang aircond.. hamekau dulu bil about RM50+ sahaja tapi sekarang RM100++
kauuuuu…
So, kalau
boleh jimatkan peralatan elektrik lain kenalah jimat sebab dhia dah biasa tidur
dengan aircond ngee~ makanya, jom kita jimatkan penggunaan blender dengan blend
terus stok makanan anak untuk 2 minggu hihi. Lagipun kan takkan lah kita nak
beli barang-barang makanan tu untuk stok sehari je. Sebagai contoh beli sayur
of kos kita beli banyak kan takkan nak beli sehelai dua semata-mata masak untuk
sehari hihi. So, bolehlah beli amount untuk stok 2 minggu dan simpan dalam
freezer.. Cara nak panaskan dia sama je konsep macam ebm.. J
Food storage
ikut yu ols nak beli macam mana. Macam My, beli ice cube yang bertutup.. dekat
giant.. murah je RM3++ tak silap untuk 2 bekas (8cube each). Pastu ada ade beli
baby cube dekat onebabyworld haritu. Senang gak. My selalu bagi bekas ni untuk
bekal puree Dhia kat pengasuh. Sekarang ni die baru 6 bulan cukupla banyak tu
je (2oz) nanti dah besar sikit kena pakai bekas lain plak hihi. My ada jugak
beli bekas Tupperware khas untuk kegunaan freezer. Brand alienware pun ada yang
jenis multipurpose boleh msuk microwave n freezer. Murah pun murah hihi. Eksaited
yu ols.. belum guna pun lagi yang tu hahaha…
5)
Warmer
![]() |
| pinjam google! |
Yang ni tak
payah beli pun takpe kot. Kalau yu ols memang ada warmer untuk botol susu tu
boleh guna sekali rasanya ada provide bowl jugak kan macam My pakai warmer
autumnz ada untuk panaskan makanan sekali. Warmer ni untuk My sangat berguna
sebab pengasuh fully utilize warmer. Susu dhia dia panaskan pakai warmer je..
biasanya kalau keluar mana-mana pun memang My guna warmer dalam kereta kalau
dhia tak nak df. So, untuk solid food dhia pun macam tu My suruh BS panaskan
guna warmer je. memudahkan keje dia.. =)
6)
Steamer
Yang ni perlu ada kalau nak kukus bahan untuk puree
anak. Kalau takde steamer korang rebus je pun boleh.. =) Cuma makanan yang dikukus
ni lebih elok berbanding rebus. My tak beli pun kebetulan beli rice cooker
memang ada penapis untuk kukus tu haaaa buat solid anak baru guna yu ols… so,
dah jimat lagi di situ kukus saja di rice cooker hehe. Alamak! Tapi tinggi
balikla bil elektrik yang kunun nak jimat tadi ahhahaha.
7)
Bip
Nak elakkan
dari baju anak comot dek solid food hihi. Dhia punya My belikan yang jenis plastic
je senang cuci hehe. Itupun jarang pakai sebab dia suka tarik-tarik grrrr…
nasib baik pakai bottle weaning tu senang sikit huuuu
8)
Food feeder
Yang ni
terpulang nak beli ke tidak. Its act as snack untuk anak kita. How? Masukkan
buah/sayur/ikan/ayam untuk anak makan bila-bila dia suka hehe… My dah beli satu
untuk dhia hehe… Kalau korang nak jugak boleh cari brands kidsme, munchkin n apa tah lagi google la haha.
Hurm… apa lagi erk? Tu je lah kot
yang paling penting. Barang keperluan lain yang boleh juga dipertimbangkan adalah grinder,
penapis, pisau pengupas kulit, baby seater. Kalau ada lain-lain yang korang
rasa perlu ada boleh add di ruangan komen ye… =)
Till then!











