Minggu lepas 25hb April telah berlangsung majlis ‘Soft
Launching’ Dolceryna Cafe Boutique di Prima Sri Gombak.
Dolceryna Cafe Boutique merupakan kepunyaan rakan
blogger, Eira Zainal yang baru sahaja mula beroperasi pada 16 May yang lalu. Alhamdulillah, tahniah
untuk Eira selangkah lagi ke depan, semoga usaha ini berterusan dan Eira
dimurahkan rezeki.
Haa rasanya kedai yang berkonsepkan butik vendor ni dah tak asing lagi bagi korang betul tak? Kalau ada yang tatao, butik vendor
adalah sebuah kedai yang meletakkan pelbagai barangan daripada pelbagai vendor.
Pemilik butik akan mewar-warkan pembukaan butik mereka dan memberi peluang
kepada vendor a.k.a peniaga-peniaga yang berminat untuk menyewa tapak dan
meletakkan produk mereka.
Sebagai contoh, aku juga merupakan salah seorang vendor
di butik Eira. Hehe saja suka-suka. Jual apa? Jual Jubah.. :) Upon persetujuan
perjanjian contract dengan Eira makanya aku dah pun meletakkan Koleksi Jubah di
sana.. :)
jom layan gambar2 kat bawah ni:
Ohsem kan? hehe kalau korang yang ada biz teringin nak jadi vendor macam aku bolehlah berurusan terus dengan owner okay ---> Eira Zainal
![]() |
| Dengan rakan blogger yang hadir, Kayrul |
![]() |
| Owner butik, Eira Zainal |
![]() |
| bersama Allene dan Kayrul |
![]() |
| Sempat singgah menjemah kat rumah Kak Amy hahaha |
Haaa korang yang berminat nak cari baju raya ke, baju bertunang ke, baju nak jadi pengapit ke pengepit ke sudi-sudikanlah singgah ke Dolceryna Cafe Boutique okay. InsyaAllah baju-baju yang aku bawa masuk adalah ekslusip dan setanding harga.. :)













