Alhamdulillah… dapat BE lagi minggu ini… J Dalam masa 2 minggu ni
$$$ naik mendadak dengan adanya BE. Thanks nuffy… J
Maaflah,
sekarang ni hapdet belog pun dah jarang… paling koman pun dapat satu entry per
week pun jadilah. Biasalah, mood masih
ke laut dengan loya-loya dan muntah yang berlarutan… Allahuakhbar… Sabar je lah….
Moga Allah berikan kekuatan… J
Recently, ada baca belog rakan-rakan m2b yang lain…
Alhamdulillah… kandungan mereka sangat baik malah ada yang sedang menanti
saat-saat kelahiran pada bila-bila masa sahaja. My tumpang gembira dan tak
sabar nak melalui hari-hari terakhir kehamilan seperti mereka…. Tak sabar nak
tunggu kandungan membesar… tak sabar nak rasa baby bergerak, tak sabar nak rasa
baby tendang perut… J
dan yang paling penting, perkara pertama yang My tak sabar sangat adalah
melepasi saat-saat loya dan muntah ni! My harap sangat bila habis je trimester
pertama nanti loya dan muntah ni dah takde lagi… Sebabnya, ada juga kawan yang
hamil tapi loya dan muntah masih tak hilang walaupun kandungan dah masuk 4-5
bulan… Harap-harapnya My tak macam tu….
My tak sabar nak kembali cergas… Nak rasa semangat
setiap kali buat kerja-kerja rumah… nak rasa semangat setiap kali bekerja… dan
nak rasa berselera setiap kali menjamah makanan! L
Kalau dulu My mampu habiskan makanan yang sedap-sedap depan mata tapi sekarang
nak habiskan sesuap makanan pun sangat susah! Alahai…. Sudahnya makanan dibiar
membazir tak habis bila enchek suami pun tak larat nak tolong jadi dustbin
habiskan makanan…-.-‘
![]() |
| pinjam bamboorestaurantandcafe punya gambar |
Sekarang ni, perkara yang dah jadi habit My hari
hari adalah… minum minuman berais dan manis terutamanya… air epal asam boi. Sudah
sedia maklum, tekak ni tak boleh langsung minum air putih. Setiap kali minum
confirm muntah balik. Makanya, air manis je lah yang mampu masuk ke
rongga-rongga tekak ni… Setiap kali makan mesti mintak air epal asam boi.. even
nak balik rumah pun sanggup mintak bungkus lagi satu epal asam boi buat bekalan
kat rumah plak… haih~…-.-’
Sekarang ni agak selalu gak My terskip makan ubat
(vitamins) sebabnya… tak minum air putih… so kadang-kadang jadi lupa. Or bila
teringat pun susah sangat nak telan… walaupun ubat tu tersangatlah kecik… So
enchek suami paksa jugak makan… dan My lebih rela telan ubat tu dengan air epal
asam boi… -.-’ teruk kan? entahlah…. Tak sedap sangat tekak ni. Sekarang ni
hari-hari waktu petang or malam mesti akan muntah seteruk-teruknya. Dahlah
makan sikit, pastu bila muntah.. muntah habes. Camne tu? Sian baby dalam perut
ni… L
Weekend semalam kami suami isteri lepak si rumah
sepanjang hari… 2 hari tu sepatutnya ada kenduri yang patut kami hadiri tapi
dek kerana keadaan diri yang memaksa, terpaksa kami batalkan niat suci
tersebut. Enchek suami diserang demam sabtu haritu. Sepanjang hari kami tidur. Dengan
dia demam… My tak bermaya… sapa nak jaga kami? Adeh. Petang tu badan enchek somi
makin panas. Panas sangat. My dah risau… My kuatkan diri… drive kete bawa
enchek somi pi klinik sebelum maghrib tu… belikan makanan dan balik rumah.
Nasiblah esoknya hari Ahad masih dapat berehat.. Kami dah macam hape je berdua
kat rumah tu…. Nak menangis pun ada… nak tergelak pun ade… hihi.
Macam ni lah My hari-hari sekarang ni…. Masih
menunggu kekuatan dan semangat datang kembali. Dengan epal asam boi yang setia
untuk dihirup hari demi hari… Ke mana air putih? Alahai…. My risau gak ni… Kalau
badan tak cukup air putih senang kena darah tinggi/kencing manis tak korang?
Dahlah family history ada semua tu… yang My ni plak selamba badak bedal itu ini…
-..-
Apa pun tak boleh….. grrrrr



