9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, May 7, 2012

Epal Asam Boi


Alhamdulillah… dapat BE lagi minggu ini… J Dalam masa 2 minggu ni $$$ naik mendadak dengan adanya BE. Thanks nuffy… J
                                                             
 Maaflah, sekarang ni hapdet belog pun dah jarang… paling koman pun dapat satu entry per week pun jadilah.  Biasalah, mood masih ke laut dengan loya-loya dan muntah yang berlarutan… Allahuakhbar… Sabar je lah…. Moga Allah berikan kekuatan… J

Recently, ada baca belog rakan-rakan m2b yang lain… Alhamdulillah… kandungan mereka sangat baik malah ada yang sedang menanti saat-saat kelahiran pada bila-bila masa sahaja. My tumpang gembira dan tak sabar nak melalui hari-hari terakhir kehamilan seperti mereka…. Tak sabar nak tunggu kandungan membesar… tak sabar nak rasa baby bergerak, tak sabar nak rasa baby tendang perut… J dan yang paling penting, perkara pertama yang My tak sabar sangat adalah melepasi saat-saat loya dan muntah ni! My harap sangat bila habis je trimester pertama nanti loya dan muntah ni dah takde lagi… Sebabnya, ada juga kawan yang hamil tapi loya dan muntah masih tak hilang walaupun kandungan dah masuk 4-5 bulan… Harap-harapnya My tak macam tu….

My tak sabar nak kembali cergas… Nak rasa semangat setiap kali buat kerja-kerja rumah… nak rasa semangat setiap kali bekerja… dan nak rasa berselera setiap kali menjamah makanan! L Kalau dulu My mampu habiskan makanan yang sedap-sedap depan mata tapi sekarang nak habiskan sesuap makanan pun sangat susah! Alahai…. Sudahnya makanan dibiar membazir tak habis bila enchek suami pun tak larat nak tolong jadi dustbin habiskan makanan…-.-‘
pinjam bamboorestaurantandcafe punya gambar
Sekarang ni, perkara yang dah jadi habit My hari hari adalah… minum minuman berais dan manis terutamanya… air epal asam boi. Sudah sedia maklum, tekak ni tak boleh langsung minum air putih. Setiap kali minum confirm muntah balik. Makanya, air manis je lah yang mampu masuk ke rongga-rongga tekak ni… Setiap kali makan mesti mintak air epal asam boi.. even nak balik rumah pun sanggup mintak bungkus lagi satu epal asam boi buat bekalan kat rumah plak… haih~…-.-’

Sekarang ni agak selalu gak My terskip makan ubat (vitamins) sebabnya… tak minum air putih… so kadang-kadang jadi lupa. Or bila teringat pun susah sangat nak telan… walaupun ubat tu tersangatlah kecik… So enchek suami paksa jugak makan… dan My lebih rela telan ubat tu dengan air epal asam boi… -.-’ teruk kan? entahlah…. Tak sedap sangat tekak ni. Sekarang ni hari-hari waktu petang or malam mesti akan muntah seteruk-teruknya. Dahlah makan sikit, pastu bila muntah.. muntah habes. Camne tu? Sian baby dalam perut ni… L

Weekend semalam kami suami isteri lepak si rumah sepanjang hari… 2 hari tu sepatutnya ada kenduri yang patut kami hadiri tapi dek kerana keadaan diri yang memaksa, terpaksa kami batalkan niat suci tersebut. Enchek suami diserang demam sabtu haritu. Sepanjang hari kami tidur. Dengan dia demam… My tak bermaya… sapa nak jaga kami? Adeh. Petang tu badan enchek somi makin panas. Panas sangat. My dah risau… My kuatkan diri… drive kete bawa enchek somi pi klinik sebelum maghrib tu… belikan makanan dan balik rumah. Nasiblah esoknya hari Ahad masih dapat berehat.. Kami dah macam hape je berdua kat rumah tu…. Nak menangis pun ada… nak tergelak pun ade… hihi.

Macam ni lah My hari-hari sekarang ni…. Masih menunggu kekuatan dan semangat datang kembali. Dengan epal asam boi yang setia untuk dihirup hari demi hari… Ke mana air putih? Alahai…. My risau gak ni… Kalau badan tak cukup air putih senang kena darah tinggi/kencing manis tak korang? Dahlah family history ada semua tu… yang My ni plak selamba badak bedal itu ini… -..-

Apa pun tak boleh….. grrrrr


5 comments:

Anum said...

wow menu baru nie

:: Riri-Fatieha ::~ said...

apple asam boi memang sedap...

saharinasaharudin said...

try mnum air putih mix dgn sehiris lime. mnum dlm gelas kaca.mybe it works :)

With Julia said...

wauuu byk betul pengalaman dik ye miggu lepas...husband dh lah demam...adik pula yg masih muntah2...dugaaan...ujiann kena dilalui dgn tenang...kuatkan semangat ye new mummy to be...:)

Liyana said...

kesian my...lain org lain pengalaman nye kan..xpe sbr jela k..dugaan nk jd ibu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers