9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Monday, April 2, 2012

Dulu pasal persiapan perkahwinan... sekarang pasal kehamilan plak hehe...

Beberapa bulan lalu, selain entry berbentuk personal mahupun general, belog naif ini dipenuhi dengan info-info berkenaan persiapan perkahwinan... Persiapan My sebelum bergelar isteri My catatkan di sini sebagai simpanan peribadi kerana sedia maklum akal ni tak boleh simpan memory lama-lama hehe. Di samping itu, ianya sebagai panduan buat mereka di luar sana yang sedang melalui fasa pre-perkahwinan sepertimana yang My pernah lalui...:) Ramai jugak yang jejak ke sini kerana mencari info-info berkenaan persiapan perkahwinan mereka tak kurang ramainya yang email ke inbox bertanyakan mengenai Bottle Jar yang My buat untuk VIP doorgift masa hari Majlis. Harapnya respon yang berikan sedikit sebanyak dapat membantu...:)

Tapi itu dulu... sekarang... fasa tersebut telah selamat My tempuhi. Alhamdulillah... Setelah macam-macam dugaan yang My dan enchek hasben lalui, setelah berhempas pulas My bercinta, bertunang, sibuk dengan persiapan akhirnya kami kahwin juga... :) Kalau nak citer pasal sebelum kahwin, jangan cakap lah. Dulu sebelum bertunang 3 tahun kami bercinta... Bila family dah tahu semua bising "bila nak tunang.. bila nak tunang"... bila dah bertunang... lama-lama pun susah gak... mulalah sana sini bertanya..."ni bila nak makan nasik minyak ni"... Kawan-kawan yang dulunya sudah bertunang sorang-sorang dah naik pelamin.. adeh~ gusar jugak di hati sebab belum ada ikatan sah ni. 

Tengok orang bertunang kami nak bertunang... tengok orang kawen.. kami pun teringin nak kawen. Muda lagi? Rasanya 25 tahun umur yang sesuai untuk My bertukar status. Enchek hasben pun dah masuk 27 tahun...:) Lagipun lama sangat bercinta bila orang tua dah tahu pasal hubungan cinta ni rasa tak sedap hati tu selalu je datang hehe. Bila kami dah selamat bertunang, rasa lega jangan cakaplah. Walaupun belum halal sekurang-kurangnya kami dapat puaskan hati keluarga, sekurang-kurang kami gerak selangkah lagi kehadapan... sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Bukan apa, bila dah bertunang tu rasa tanggungjawab tu lebih tinggi... maksud My rasa tanggungjawab untuk menghalalkan yang belum halal... Susah gak kami masa tu. Cadang pada awalnya nak kawen pertengahan tahun tapi memandangkan ekonomi kami belum berapa nak stabil kami terpaksa lupakan niat asal. Enchek hasben pun tak berapa kukuh so My taknaklah letakkan beban 100% pada dia sorang. My plak baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan sah-sahlah belum kukuh. Akhirnya kami diamkan saja... dengan niat, ada rezeki InsyaAllah kita akan kawen jugak... 

Lepas pertengahan tahun tak jadi nak majlis.. kami plan nak buat hujung tahun. Tapi My fikir nak buat hujung tahun takut bertindih majlis dengan orang lain memandangkan musim cuti sekolah banyak kenduri. Plus, takut musim hujan plak nanti. Sudahnya kami tinggalkan tarikh menjadi tanda tanya yang pastinya someday pada 2012. Sepanjang setahun tu macam-macam kami gaduhkan. Dengan kewangan... persiapan... Rasa macam.. kenapa la susah sangat nak kawen? Kenapa orang lain senang-senang je bleh kawen? Ikutkan nakmintak sponsor orang tua boleh je tapi jenis enchek suami ni tak suka mengharapkan orang lain. Dia nak dari titik peluh dia sendiri. So, sepanjang setahun tu kami berusaha menyimpan... Barang-barang hantaran pun kami dah start beli awal. Awal tak awal sangat la... asal teringat n ada duit lebih kami beli. Persiapan nak kahwin pun 3/4 bulan sebelum majlis baru My sibuk fikir... survey sana sini... 

Akhirnya, kami sebulat suara memutuskan untuk berkahwin pada 22 Januari 2012. Mula-mula macam tak percaya kami buat je seperti dirancang. Sampai lah kad kahwin dah siap dicetak baru berpijak di bumi yang nyata. "ye... kami nak kawen!..."... Syukur sangat-sangat sepanjang persiapan tak pernah rasa duit tu tak cukup. Tak pernah lagi ikat perut semata-mata nak simpan duit untuk kawen. Malah sehingga selepas majlis tu pun ekonomi kami masih kukuh, sebab tu boleh pergi honeymoon ke Langkawi hehe. 

Dan sekarang apa yang My dan enchek hasben risaukan dah selamat... Kami dah sah sebagai suami isteri... Dan sampai hari ini kami belum rasa miskin dan terdesak lagi dengan kehidupan selepas berkahwin... Yang penting, kena saling memberi dan menerima... InsyaAllah... rezeki sentiasa ada di mana-mana...:)

Dan lebih menggembirakan lagi dengan bakal kehadiran orang 'baru' dalam hidup kami.... Semoga anak yang bakal lahir ini akan menjadi anak kami yang soleh dan solehah... eh macam twin plak hehe. Kalau twin pun apa salahnya.. jimat... keluar 2 sekaligus kan hehe.. Aminnnn...:D

So, lepas ni belog naif ni akan dipenuhi plak dengan info-info pasal kehamilan, baby dan yang sewaktu dengannya...:) Those mommy to be yang sudi berkongsi pengalaman dengan My feel free to drop by oke...:)

Sampai bertemu kembali....:)

Monday, February 13, 2012

Wedding Review | Hantaran Koboi

Kenapa hantaran koboi? kikikiki~ Untuk pengetahuan korang, hantaran kawen My buat sehari sebelum majlis! Giler kauuu kelam kabuttt... Awalnya kakak ipar yang duduk di perlis volunteer nak tolong buatkan tapi dek kerana tak sempat gara-gara dah bersalin anak ke 2 makanya dia hanya sempat buatkan bunga perhiasan untuk bekas hantaran dan bahan-bahan hiasan lain. So... Dia bawa balik ke rumah mak dengan bekas hantaran yang masih belum complete laaaa.... Sudahnya My dengan kakak-kakak bertungkus lumus menyiapkan pagi sehari sebelum majlis tu... -.-'

My dahlah kepenatan... dengan hantaran tak siap lagi.. tangan ni dahlah tak kretip.. den main bedal jek buat.. selebihnya serah kat kakak dan kakak ipar ngee~ Hantaran sekarang ni gubah-gubah isi dalam tak bape glemer dah yang penting decoration bekas hantaran tu... kalau decorate dah oke isi dalam tayah nak gubah sangat pun dah nampak oke.. kikiki... 

Hantaran semua ni main letak-letak je nih... gam sana sini sikit pap! siap... haha.. barang-barangnya pun simple jek sebab laki den ni memang simple sangat! -.-'

silalah menjamu mata dengan hantaran koboi ku...kekekekekeke~
wallet & belt... hias bekas hantaran n kotak je sudeyyyyy~
Kek hantaran sponsored by Abang sulung My...:)

ikat reben... letak bunga... siap! :D
sikit beno barang nye punnnn... letak2 je la... ni  Kak ngah My yang decorate haha
Quran dah banyak sangat so My gantikan dengan ensiklopedia solat... Quran dah banyak sangat...
Sejadah as usual... lipat2 jek haha
laki den tak suka baju melayu so bagi t-shirt with jeans...
Letak coklat dalam balang, hias sudeyyyy~ inspired by ex B2B, Ekin.. :)
haha malas punya pasallll beli limau sudeyyyy~ kena plak dengan theme color & sempena CNY....:D
Amacam? simple je kan? nak bagi gadget? heh tak mampu lah den woiiii... buat takat mampu jekkkk....-.-'
yang ni hantaran enchek suami bagi kat My. pun simple2 je. kakak2 dia buatkan My tak reti  hehe.
Bakul tu reuse balik bakul yang My bagi masa bertunang hehe... :)

Till then!

Friday, February 10, 2012

Ingat kawen ni senang ke??


Salam Jumaat yu ols…

Biasanya kalau hari Jumaat My gumbira sebabnya penghujung hari dalam 5 hari bekerja. Tapi Jumaat kali ini agak tidak bermakna. Mana taknya, lepas kerja nanti around 5pm My akan terus ke Janda Baik, Pahang kerana perlu mengikuti teambuilding yang boss dah arrangekan selama 3 hari 2 malam. Semua staff kena pergi. Sob sob… Musnah weekend pertamaku sebagai isteri di rumah… Nak buek camno… demi tanggungjawab…T__T

Kalau dulu belum kawen bila nak ke mana-mana tinggalkan boipren a.k.a enchek tunang rasa sedih jugak… tapi tak lah rasa sesuram selepas kawen ni.. sehari rasanya macam 100 tahun lamanya… Camne makan pakai dia.. tidur dia.. uwwwaaaa… takde bantal polok la My tidur 2 malam akan datang ni…T__T Baru nak biasakan diri hidup sebagai suami isteri dah plak kena berpisah… adeh~

Citer pasal kawen.. nak tau tak, sampai la ni My rasa tak percaya yang My dah kawen. Even pergi kerja ni pun tak rasa pergi sebagai isteri.. rasa macam masih bujang…rasa macam masih budak-budak even hakikatnya My dah besar panjang… fizikal je tak panjang-panjang mengembang ado…-.-’ Masa mula-mula kawen haritu adik badik My siap cakap lagi ‘btol ke adik kita ni dah kawen.. rasa macam dia kecit lagi’ hehe… Entahlah…

Sape cakap kawen ni benda senang… Masa bercinta.. bertunang memang fikir nak kawen cepat je… Bila dah kawen.. nah! Rasakan… Lebih hebat daripada bercinta mahupun bertunang… My tak menyesal tapi adakalanya tertanya-tanya… ‘kahwin secepat ini.. betulkan tindakan aku? Bersediakah aku?’… Nak kata cepat idaklah cepat… kami bercinta dah bertahun… bertunang dah setahun… so… memang tiba masanya kami dirikan masjid kan?
‘Kahwin bukan benda senang’ maksud My… perbezaan dari segi tanggungjawab.. peranan… dulu time bercinta, bertunang.. gasak kaulah nak jadi lagu mana pun… dah kahwin.. dah jadi isteri… banyak perkara kita perlu jaga… tanggungjawab yang perlu kita pikul… setiap perbuatan dan tingkah laku yang kita lakukan… ke nerakah kah.. ke syurgakah seorang perempuan terletak pada kewajipannya sebagai seorang isteri… (sekiranya telah berkahwin)… Nak dapat dosa senang-senang je Allah bagi… kau tinggikan suara kat laki kau… nah! Dosa kau dapat. Kau buat muka dengan suami kau.. nah! Dosa kau dapat… MasyaAllah…
Lepas selesai majlis kahwin kat rumah enchek suami haritu… My ada sms mak.. ucap terima kasih dan minta dia doakan kami… Mak balas… dia pesan pada My.. jaga diri.. buang sifat cepat melenting.. cepat marah… Sayunya My baca sms mak masa tu… Ye, My tak nafikan My jenis mudah marah bila sakit hati tentang sesuatu. Atau kata kasarnya mungkin My ni jenis panas baran… Entah sejak bila My ada penyakit tu My pun tak sedar…

Dan My akui… masa bercinta, bertunang… kadang-kadang perkara remeh pun My mudah terasa hati.. lepas tu marah, melenting tak tentu pasal. Enchek tunang banyak sangat mengalah dengan My… dia banyak bersabar dengan My… Ego My tinggi…. Bayangkanlah sekarang sebagai isteri.. kalau My tak buang sifat syaitan ni bape banyak dosa yang My akan kumpul? Nau’zubillah…. Sepanjang lebih 2 minggu bergelar isteri ada juga My buat perangai dengan enchek suami… Ada juga My merajuk, marah kerana perkara kecil. Bila perasaan tu dah reda My menyesal tak sudah… My sedar My dah jadi isteri orang… My kena buang sikap macam tu. Bila sedar, My mintak maaf pada enchek suami… My mintak kat dia supaya faham My.. dan bagi My masa untuk biasakan diri… bagi My masa ubah diri untuk dia… Bagi My masa untuk My tempatkan diri My sebagai ISTERI… InsyaAllah…

Apa jua yang fikirkan sekarang… My dah pun jadi isteri yang sah kepada suami My… My redha… dan My bersyukur atas hubungan yang Allah takdirkan ini… Thanks Allah… My harap, My mampu jadi seorang isteri yang baik, yang solehah.. yang mampu menjaga dan membawa nama suami dengan baik… Amin…..

Haaaa… korang ingat kawen ni sonang???? Persiapkan diri lahiriah, batiniah dulu sebelum kawen oke! J InsyaAllah perkahwinan yang dibina akan bahagia… aman makmur sampai akhir hayat… alaaa gado-gado sayang kadang-kadang tu takpelahhhh… mematangkan kita… kan kanzz… eceh cakap macam dah lama kawen jekkk… tetttttttt

Till then! J

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers