9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, February 10, 2012

Ingat kawen ni senang ke??


Salam Jumaat yu ols…

Biasanya kalau hari Jumaat My gumbira sebabnya penghujung hari dalam 5 hari bekerja. Tapi Jumaat kali ini agak tidak bermakna. Mana taknya, lepas kerja nanti around 5pm My akan terus ke Janda Baik, Pahang kerana perlu mengikuti teambuilding yang boss dah arrangekan selama 3 hari 2 malam. Semua staff kena pergi. Sob sob… Musnah weekend pertamaku sebagai isteri di rumah… Nak buek camno… demi tanggungjawab…T__T

Kalau dulu belum kawen bila nak ke mana-mana tinggalkan boipren a.k.a enchek tunang rasa sedih jugak… tapi tak lah rasa sesuram selepas kawen ni.. sehari rasanya macam 100 tahun lamanya… Camne makan pakai dia.. tidur dia.. uwwwaaaa… takde bantal polok la My tidur 2 malam akan datang ni…T__T Baru nak biasakan diri hidup sebagai suami isteri dah plak kena berpisah… adeh~

Citer pasal kawen.. nak tau tak, sampai la ni My rasa tak percaya yang My dah kawen. Even pergi kerja ni pun tak rasa pergi sebagai isteri.. rasa macam masih bujang…rasa macam masih budak-budak even hakikatnya My dah besar panjang… fizikal je tak panjang-panjang mengembang ado…-.-’ Masa mula-mula kawen haritu adik badik My siap cakap lagi ‘btol ke adik kita ni dah kawen.. rasa macam dia kecit lagi’ hehe… Entahlah…

Sape cakap kawen ni benda senang… Masa bercinta.. bertunang memang fikir nak kawen cepat je… Bila dah kawen.. nah! Rasakan… Lebih hebat daripada bercinta mahupun bertunang… My tak menyesal tapi adakalanya tertanya-tanya… ‘kahwin secepat ini.. betulkan tindakan aku? Bersediakah aku?’… Nak kata cepat idaklah cepat… kami bercinta dah bertahun… bertunang dah setahun… so… memang tiba masanya kami dirikan masjid kan?
‘Kahwin bukan benda senang’ maksud My… perbezaan dari segi tanggungjawab.. peranan… dulu time bercinta, bertunang.. gasak kaulah nak jadi lagu mana pun… dah kahwin.. dah jadi isteri… banyak perkara kita perlu jaga… tanggungjawab yang perlu kita pikul… setiap perbuatan dan tingkah laku yang kita lakukan… ke nerakah kah.. ke syurgakah seorang perempuan terletak pada kewajipannya sebagai seorang isteri… (sekiranya telah berkahwin)… Nak dapat dosa senang-senang je Allah bagi… kau tinggikan suara kat laki kau… nah! Dosa kau dapat. Kau buat muka dengan suami kau.. nah! Dosa kau dapat… MasyaAllah…
Lepas selesai majlis kahwin kat rumah enchek suami haritu… My ada sms mak.. ucap terima kasih dan minta dia doakan kami… Mak balas… dia pesan pada My.. jaga diri.. buang sifat cepat melenting.. cepat marah… Sayunya My baca sms mak masa tu… Ye, My tak nafikan My jenis mudah marah bila sakit hati tentang sesuatu. Atau kata kasarnya mungkin My ni jenis panas baran… Entah sejak bila My ada penyakit tu My pun tak sedar…

Dan My akui… masa bercinta, bertunang… kadang-kadang perkara remeh pun My mudah terasa hati.. lepas tu marah, melenting tak tentu pasal. Enchek tunang banyak sangat mengalah dengan My… dia banyak bersabar dengan My… Ego My tinggi…. Bayangkanlah sekarang sebagai isteri.. kalau My tak buang sifat syaitan ni bape banyak dosa yang My akan kumpul? Nau’zubillah…. Sepanjang lebih 2 minggu bergelar isteri ada juga My buat perangai dengan enchek suami… Ada juga My merajuk, marah kerana perkara kecil. Bila perasaan tu dah reda My menyesal tak sudah… My sedar My dah jadi isteri orang… My kena buang sikap macam tu. Bila sedar, My mintak maaf pada enchek suami… My mintak kat dia supaya faham My.. dan bagi My masa untuk biasakan diri… bagi My masa ubah diri untuk dia… Bagi My masa untuk My tempatkan diri My sebagai ISTERI… InsyaAllah…

Apa jua yang fikirkan sekarang… My dah pun jadi isteri yang sah kepada suami My… My redha… dan My bersyukur atas hubungan yang Allah takdirkan ini… Thanks Allah… My harap, My mampu jadi seorang isteri yang baik, yang solehah.. yang mampu menjaga dan membawa nama suami dengan baik… Amin…..

Haaaa… korang ingat kawen ni sonang???? Persiapkan diri lahiriah, batiniah dulu sebelum kawen oke! J InsyaAllah perkahwinan yang dibina akan bahagia… aman makmur sampai akhir hayat… alaaa gado-gado sayang kadang-kadang tu takpelahhhh… mematangkan kita… kan kanzz… eceh cakap macam dah lama kawen jekkk… tetttttttt

Till then! J

9 comments:

Cik RoSs said...

betui tu.sangat setuju.bukan senang kahwin ni.banyak tanggungjawab...dan kena fikir semua orang!!

Liyana said...

bkn sng nk hidup berkongsi ni... byk benda kena tolak ansur.. byk hati perlu dijaga. ape pun lg best sbnr nye bila dh kawen.. lg tenang bila dh bersuami, jgn perbesarkan benda2 yg remeh :)

mas saari said...

memang tak senang, banyak tanggungjawab! nanti dah ada anak lagi susah, nak didik anak2 pulak...

mOoN said...

yes!! kawen ni bukan benda main2.. banyak benda nak fikir pas kawen.. dah ada tanggungjawab sendiri.. masa bujang,, lantak la ko nak makan apa sekalipun but if dah kawen,, kena jaga selera suami.. tu baru satu.. banyak lagi nak kena amik kira.. :)

KAMIHIDUP said...

betul tu, kahwin ni bukan macam makan donut.

nur chahaya abadiey said...

salam..btoll..kawen bkn seng.. even nur x kawen lg..ble tgok n bce dr pglaman org.. kdg2 tkut jgk nk kawen..apa2 pon nur doakan akak smoga bjaya mnjdi isteri yg solehah.Amin ...InsyaALLAH... :)

YanaMIB said...

langkah pelan pelan..ms kursus kawen lg ustzh ada pesan, nk kenal org, hati budi segala bkn amek ms setahun 2..5 thn pertama tu sesi terkejut je..masing2 akan sentap dgn perangai psgn..5 thn lps tu br sesi suai kenal..so mkn ms 10 thn hanya utk suai kenal..lama kn? tp bg org pompuan kawen ni best..haha org laki lg byk tanggungjawab kena pk..=)

Mira Amirudin said...

wahhh banyak tips mira dapat dari kak my :) thx!!!

cik chinta said...

(: semoga bahagia my. mmg wajib ke time baca tu letak tangan kat kepala pompuan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers