9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, February 20, 2012

[INFO] BANTUAN ANDA DIPERLUKAN!

Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.

Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, sebelum menghubungi bapanya, Shamrulismawi Ismail, 38 tahun pagi tadi.

Baca entri pertama nukilan saya di sini.

Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.
Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.

Faris disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.
Surat ditandatangani oleh Dr. Chan Lee Lee di atas diemelkan Sham kepada saya.

Berikutan itu, beberapa pembaca blog ini telah menghubungi saya dan bermurah hati untuk menyumbang. Saya yakin semua tahu, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail).

Sebelum ini rakyat Malaysia berulang kali terbuka hati untuk membantu warga asing antara mereka di Gaza dan Somalia, Afrika, inikan pula anak kecil rakyat negara kita sendiri.

Sebaik wang didepositkan ke akaun terbabit, sila tinggalkan komen 'STM', bermaksud 'Saya Telah Menyumbang' untuk rekod saya.

Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.

Bersabar, berdoa dan berusahalah.

Saya juga bapa dan sentiasa memahami situasi genting dihadapi.

Terima kasih.

Semoga Allah membalas jasa kalian bermurah hati.

REPOST from Bersama Mazidul

**********************************************************************************************************************************
Nau'zubillah...... Sebak My baca cerita tentang adik Faris ni daripada page Mazidul. Sekelip mata seorang kanak-kanak cerdik yang mulanya sihat dan ceria ini jatuh sakit dan terlantar di hospital... kesiannya... T___T

Jom kawan-kawan! Kita hulurkan tangan... ringankan beban... Sekalipun RM1... sumbangkanlah.... 

Moga adik Faris sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa dan membesar dengan sihat seperti kanak-kanak lain... Amin....

1 comment:

mas saari said...

ada gak baca kat blog mazidul tadi...sedih sangat!

sama2lah kita membantu ringankan beban mereka dan berdoa agar adik Faris lekas sembuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers