9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, February 14, 2012

KATAKAN TIDAK PADA HARI KEKASIH

(REPOST 2011)

Salam y'ols..

Any couples are in love out there?? waiting for 14th February for celebrating?? Pasti ramai yang bercadang untuk menghadiahkan bunga dan coklat buat kekasih tercinta. Mungkin juga ada yang telah siap sedia dengan bait-bait cinta untuk diucapkan kepada si dia yang teristimewa.. Tetapi...

Mungkin ramai di luar sana yang masih belum tahu mengenai sejarah hari kekasih mahupun fatwa mengenai pengharamannya. yup.. as muslim, kita diharamkan meraikannya. Let me share beberapa versi sejarah berkaitan hari kekasih.....

(source: cintadearhaniey )

Versi 1

Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

(source : nurjeehan)

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

U see that? so.. berfikirlah. sekiranya anda menyambutnya.. samalah ibaratnya seperti anda memperingati hari kematian paderi st . Valentine, iaitu paderi kesayangan orang-orang kristian. Samalah seperti anda menyambut hari kejatuhan Islam dan menganggap Islam sebagai agama yang zalim walau hakikatnya anda adalah ISLAM...
Bagi mereka yang mungkin tidak mengetahuinya.. atau tahu tapi buat-buat tidak tahu kerana jahil ilmu agamanya.. mungkin akan tetap menyambutnya bersama kekasih-kekasih tercinta. Untuk tujuan itu mungkin ada di antara anda yang jahil itu merancang untuk keluar bersiar-siar dengan kekasih anda, menghadiahkan bunga.. menghadiahkan bait-bait cinta... dan akhirnya.... membawa kepada perkara yang tidak sihat... hasilnya?? I tak sanggup nak huraikan. anda lihatlah isu-isu kes pembuangan bayi luar nikah yang semakin 

menjadi-jadi dewasa ini... dan fikirlah apa yang I maksudkan...

Mungkin dulu anda tidak tahu, tapi nowadays rasanya dah terlalu banyak diperkatakan mengenai pengharaman sambut hari kekasih. Pandangan-pandangan Islam juga banyak membuktikan dan fatwa juga telah lama dikeluarkan di mana kita diharamkan menyambutnya. Jadi.. apa kata anda? don't you ever dare to get into it. DON'T CELEBRATE!!

Ye..tidak dinafikan, sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan kita suka dikasihi dan mengasihi. Lebih-lebih lagi kepada remaja. Masa kini, remaja yang sedang enak dilamun cinta terlalu taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat. Ketahuilah, Islam memang menggalakkan kita berkasih-kasihan cinta menyintai sayang menyayangi. Cumanya... untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat. Nau'zubillah...

Apa yang I kongsikan di sini, bukan untuk mengatakan yang I ni bagus sangat. I juga tak lepas daripada insan yang punya hati.. punya perasaan.. I juga ada rasa menyintai.. dicintai.. cumanya, perlu beringat.. lebih-lebih lagi I tinggal berjauhan dengan family.. Bila duduk jauh, kita hidup bebas.. tanpa kawalan.. boleh keluar balik rumah pukul berapa je kita suka.. Tapi, jangan mengambil kesempatan atas kebebasan yang kita peroleh. Ingatlah ibu ayah di kampung halaman.. Biar mereka bangga kerana kejayaan kita di perantauan.. bukannya malu, dan kecewa dengan tingkah laku sosial kita yang merosakkan masa depan.

Harus kita semua ingat.. mengikut dan mengamalkan budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui asal-usul sejarah perayaan tersebut, sebenarnya hanya akan menjerumuskan kita sebagai umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah kita...

Bear in mind.. hari-hari adalah hari untuk berkasih sayang dan bukanlah hanya sekali dalam setahun... kalau u'ols nak hadiahkan bunga ke coklat ke.. boleh bagi masa befday si dia kan? masa ulangtahun pun boleh right? heee~ hari-hari biasa pun boleh what... barulah orang kata romantik gitu...;P

Daripada kita sambut hari kekasih yang tah hape-hape tu adalah lebih baik kita sambut hari kelahiran kekasih kita Nabi Muhammad SAW 15 Februari bersamaan 12 Rabiulawal ini...(selasa)....right?? Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan dalam sejarah Tamadun Islam di dalam bulan Rabiul awal...so, ada baiknya juga kita ungkap balik sejarah-sejarah tersebut.... 

Renung-renungkan dan selamat beramal~ (untuk diri sendiri juga...T_T)

Till Then!^_^

5 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

no no no valentine's day!

Anum said...

no no no..

mas saari said...

tak nak ambil tahu pun pasal valentine ni...

Sunah Sakura said...

malam tadi mimpi my.... #eh

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
yeah! say no to mr valentine!!
lama gila pakcik tak masuk sini..
haha..erk.

pakcik baru balik. ni ada kat hsopital sungai buluh. nasib baik la dekat je dengan rumah. esok balik semula ke rusia

;)


selamat pegantin baru sekali lagi :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers