9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, April 3, 2012

Selamat Datang ke Dunia Ben Ashaari Junior

Dalam dunia blogger, pastinya nama Ben Ashaari tidak asing lagi. dan pastinya korang semua tahu semalam adalah detik-detik cemas beliau menanti kelahiran cahaya mata pertamanya bersama isteri tersayang....

Alhamdulillah.... dengan berat 4.02kg isterinya selamat melahirkan baby comel ini... Jantina? Rasanya lelaki.... :) Tahniah diucapkan buat Ben Ashaari dan isteri...

Semoga dengan kehadiran cahaya mata comel ini akan lebih mengeratkan hubungan ibu dan ayah ini dan memperoleh kehidupan yang bahagia dunia akhirat...:) Semoga anak ini menjadi anak yang soleh dan taat pada Allah, agama, ibu ayah, bangsa dan negara...:)

Comel sangat!! *sambil usap perut.... tak sabarnya nak tunggu baby dalam ni kuar plak.... :)

sumber: Ben Ashaari Junior
Tengah tengok, tang mana yang sama dengan Ben Ashaari hehe...


Monday, April 2, 2012

Dulu pasal persiapan perkahwinan... sekarang pasal kehamilan plak hehe...

Beberapa bulan lalu, selain entry berbentuk personal mahupun general, belog naif ini dipenuhi dengan info-info berkenaan persiapan perkahwinan... Persiapan My sebelum bergelar isteri My catatkan di sini sebagai simpanan peribadi kerana sedia maklum akal ni tak boleh simpan memory lama-lama hehe. Di samping itu, ianya sebagai panduan buat mereka di luar sana yang sedang melalui fasa pre-perkahwinan sepertimana yang My pernah lalui...:) Ramai jugak yang jejak ke sini kerana mencari info-info berkenaan persiapan perkahwinan mereka tak kurang ramainya yang email ke inbox bertanyakan mengenai Bottle Jar yang My buat untuk VIP doorgift masa hari Majlis. Harapnya respon yang berikan sedikit sebanyak dapat membantu...:)

Tapi itu dulu... sekarang... fasa tersebut telah selamat My tempuhi. Alhamdulillah... Setelah macam-macam dugaan yang My dan enchek hasben lalui, setelah berhempas pulas My bercinta, bertunang, sibuk dengan persiapan akhirnya kami kahwin juga... :) Kalau nak citer pasal sebelum kahwin, jangan cakap lah. Dulu sebelum bertunang 3 tahun kami bercinta... Bila family dah tahu semua bising "bila nak tunang.. bila nak tunang"... bila dah bertunang... lama-lama pun susah gak... mulalah sana sini bertanya..."ni bila nak makan nasik minyak ni"... Kawan-kawan yang dulunya sudah bertunang sorang-sorang dah naik pelamin.. adeh~ gusar jugak di hati sebab belum ada ikatan sah ni. 

Tengok orang bertunang kami nak bertunang... tengok orang kawen.. kami pun teringin nak kawen. Muda lagi? Rasanya 25 tahun umur yang sesuai untuk My bertukar status. Enchek hasben pun dah masuk 27 tahun...:) Lagipun lama sangat bercinta bila orang tua dah tahu pasal hubungan cinta ni rasa tak sedap hati tu selalu je datang hehe. Bila kami dah selamat bertunang, rasa lega jangan cakaplah. Walaupun belum halal sekurang-kurangnya kami dapat puaskan hati keluarga, sekurang-kurang kami gerak selangkah lagi kehadapan... sebelum menuju ke gerbang perkahwinan.

Bukan apa, bila dah bertunang tu rasa tanggungjawab tu lebih tinggi... maksud My rasa tanggungjawab untuk menghalalkan yang belum halal... Susah gak kami masa tu. Cadang pada awalnya nak kawen pertengahan tahun tapi memandangkan ekonomi kami belum berapa nak stabil kami terpaksa lupakan niat asal. Enchek hasben pun tak berapa kukuh so My taknaklah letakkan beban 100% pada dia sorang. My plak baru setahun jagung dalam dunia pekerjaan sah-sahlah belum kukuh. Akhirnya kami diamkan saja... dengan niat, ada rezeki InsyaAllah kita akan kawen jugak... 

Lepas pertengahan tahun tak jadi nak majlis.. kami plan nak buat hujung tahun. Tapi My fikir nak buat hujung tahun takut bertindih majlis dengan orang lain memandangkan musim cuti sekolah banyak kenduri. Plus, takut musim hujan plak nanti. Sudahnya kami tinggalkan tarikh menjadi tanda tanya yang pastinya someday pada 2012. Sepanjang setahun tu macam-macam kami gaduhkan. Dengan kewangan... persiapan... Rasa macam.. kenapa la susah sangat nak kawen? Kenapa orang lain senang-senang je bleh kawen? Ikutkan nakmintak sponsor orang tua boleh je tapi jenis enchek suami ni tak suka mengharapkan orang lain. Dia nak dari titik peluh dia sendiri. So, sepanjang setahun tu kami berusaha menyimpan... Barang-barang hantaran pun kami dah start beli awal. Awal tak awal sangat la... asal teringat n ada duit lebih kami beli. Persiapan nak kahwin pun 3/4 bulan sebelum majlis baru My sibuk fikir... survey sana sini... 

Akhirnya, kami sebulat suara memutuskan untuk berkahwin pada 22 Januari 2012. Mula-mula macam tak percaya kami buat je seperti dirancang. Sampai lah kad kahwin dah siap dicetak baru berpijak di bumi yang nyata. "ye... kami nak kawen!..."... Syukur sangat-sangat sepanjang persiapan tak pernah rasa duit tu tak cukup. Tak pernah lagi ikat perut semata-mata nak simpan duit untuk kawen. Malah sehingga selepas majlis tu pun ekonomi kami masih kukuh, sebab tu boleh pergi honeymoon ke Langkawi hehe. 

Dan sekarang apa yang My dan enchek hasben risaukan dah selamat... Kami dah sah sebagai suami isteri... Dan sampai hari ini kami belum rasa miskin dan terdesak lagi dengan kehidupan selepas berkahwin... Yang penting, kena saling memberi dan menerima... InsyaAllah... rezeki sentiasa ada di mana-mana...:)

Dan lebih menggembirakan lagi dengan bakal kehadiran orang 'baru' dalam hidup kami.... Semoga anak yang bakal lahir ini akan menjadi anak kami yang soleh dan solehah... eh macam twin plak hehe. Kalau twin pun apa salahnya.. jimat... keluar 2 sekaligus kan hehe.. Aminnnn...:D

So, lepas ni belog naif ni akan dipenuhi plak dengan info-info pasal kehamilan, baby dan yang sewaktu dengannya...:) Those mommy to be yang sudi berkongsi pengalaman dengan My feel free to drop by oke...:)

Sampai bertemu kembali....:)

TERUJA

Hai readers... pejam celik pejam celik.. dah masuk bulan April kan? Permulaan yang baik untuk fasa kedua 2012 dengan berita gembira apabila disahkan ada nyawa baru di rahim My... Allah je tahu bagaimana gembiranya My rasa sekarang... gembira tetap gembira walaupun terselit sedikit kegusaran dan kerisauan bagaimana My akan lalui sepanjang 9 bulan ini sehingga saat melahirkannya... Allahuakbar.....

Moga Allah permudahkan perjalanan bayi comel dan ibu bertuah ini.... Amin.....

Anyway, sudah sedia maklum... inikan pengalaman pertama My mengandung... pengalaman pertama jadi isteri dan bakal ibu... makanya untuk melalui detik-detik ini macam-macam yang My buat hahaha...

Sejak tahu dalam perut ni ada baby... My selalu browse internet... baca pasal kehamilan. Apa yang perlu My makan.. apa yang perlu My elak... Yela, kalau tak banyak pembacaan macam ni alamatnya semuanya My telan laaa. Macam haritu My tatao pun awal-awal kehamilan ni tak boleh minum air kelapa. My tak pernah-pernah lunch minum air kelapa bleh pi bedal air kelapa. Nasib baik masa tengah lunch tu tergerak nak sms kawan yang tengah pregnant gak bleh ke tidak. Dia kata tak boleh! sebab boleh menyebabkan turun darah! alamak! My dah minum beberapa sedut. Terus berhenti minum. Balik tu dah risau dah tapi nasib baik takde pape. 

Lepas tu My ada browse internet memang betul pun masa trimester pertama tak elok minum air kelapa. Nak minum masa 7 bulan ke atas. My tanya pada member nurse sorang ni dia pun cakap jangan minum. So memang takkan minum dah laaa hehe. 

Haish~ banyak benda kot My tatao. Setiap kali nak makan sesuatu My mesti sms kawan nurse tu dulu hahah... nenas, kafein, air tebu, itu semua My tak boleh makan/minum. So kenalah jaga-jaga hehe... Harap-harapnya My dan baby kuat! :)

Dan kerana kehamilan ini juga, My telah dapatkan 'Diari Hamil' untuk panduan dan catatan My sepanjang mengandung ni... Buku ni sangat-sangat berguna... terdapat nota-nota mengenai setiap trimester di dalamnya... dan My boleh catatkan setiap perkembangan semasa My mengandung...:)
Kalau korang nak boleh bgtau My oke...:)
Plus, last week i got this sweet present from My lovely officemate, Putri Bongsu.... Buku "All about My 1st Year".... :) Thanks darl~~ Terharu sangat!

Ahhh teruja nya My! Tak sabar nak tunggu perut ni membolat...:D Camne lah rupenye nanti kan kannzz hehehe~

Alhamdulillah... buat masa ni My takde pun mengalami alahan-alahan teruk, cuma sesekali terasa loya tapi tak muntah. Entah. mungkin tak lama lagi ada la kot. kalau takde lagi bagus kan hehe...

Apa2 pun moga My kuat hadapi hari2 mendatang sebagai ibu mengandung... hehe...:)

Till then!!!
Pregnancy calculator. dpt free mase beli pregnancy test hrtu hehe. sgt2 berguna...:)

Till then!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers