9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, March 6, 2013

Back to work!


Hey.. I’m back to work afta 2 weeks on medical leave! OMG… kena refresh balik minda… tenangkan fikiran moga Allah permudahkan kerja… Amin… Alhamdulillah chicken pox dah beransur pulih tapi parutnya masih ada… nasib baik kat bahagian muka tak banyak n tak begitu ketara pfffftt~

Sekarang kena tune balik masa kepada asal. 5.30 pagi dah kena bangun persiapkan diri dan anak. Kalau tak sepanjang MC bangun sebelum 6.30 pagi huhu. Itupun kalau Dhia masih membuta taknak bukak mata la hihi. Fuhhh… dah ada anak ni 24jam seakan 24 saat. Mana nak jaga rumah, jaga suami, jaga anak. Nak maintain susu badan lagi… Memang sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental sama sekali. Sabar My.. alah bisa tegal biasa… InsyaAllah lama-lama nanti biasa dengan kehidupan berkeluarga ni… =)

K Lah… later sambung lagi… blur senanya tatao nak tulis apa…-..-

Till then!



Pengedar Sah Shaklee anda:
Maizatul Akma
Member ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife 

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

Monday, March 4, 2013

Dhia @3 months old

Err... masih di rumah menghabiskan mc yang masih berbaki 2 hari ngee~ chicken pox Alhamdulillah dah kering dan mula terkopek-kopek. Kadang-kadang tu sengaja gatal tangan kopek sendiri...-..- ye, tau nanti berbekas tapi yang dikopek kat badan je kat muka memang tak berusik dia tanggal sendiri huhu. Geram tau dok raba-raba badan kejenye nak kopek je.. takpela kalau parut pun laki den je yang nampak...:D 

Alahai rindunya nak keje. ceh rindu ke? hihi awal-awal tahun dah berderet mc baru ingat nak save mc tahun ni...-.-' Ni kang sok lusa naik keje konpem blur balik. bila blur performance down laaa... arghh... mahap boss... :( come on My... bangun balik... start balik... u know u can do it.. InsyaAllah...


owh ye. Dhia turned 3 months yesterday! perkembangan setakat ini? entah. hihi. selain dah pandai borak dan gelak-gelak.. badan dia pun dah makin mantap dan kuat sekarang. Kalau baring pun kemain nak diangkat-angkat kepala. Meniarap? coming soon kot. Semalam macam nampak dia nak mengiring ke kiri. Tapi dia macam marah bila tak reti nak pusing kadang-kadang sengaja My tiarap kan dia sketika hihi. Sabar ye sayang... sket hari lagi anak mummy akan belajar banyak benda! mummy can't wait!!! :)


Anyway, sekarang ni kitorang (somi istri) bercadang nak tukar babysitter. Mungkin enchek hasben pun dah realize.. dia kesiankan putri sulong dia tu yela selalu kena ikut BS ke sana sini. jenis BS aktif tak reti duk diam kat rumah... jap gi amik anak sekolahlah, jap gi pasar lah, jap gi rumah sedara la... jadinya, terganggulah waktu tidur Dhia... so bila balik rumah petang tu kami nampaklah muka letih dia macam tak cukup rehat n tidur. hurm... kadang-kadang mungkin sebab dah biasa berjaga dia pun lambat je nak tidur malam walaupun dia memang dah mengantuk.  dah konfius gaknya bila waktu yang betul untuk tidur... :( Lagipun kitorang tak nak take risk.. baby under 5months ni banyak sangat terdedah dengan environment luar tak elok gak... Recently, kawan My anak dia masuk wad seminggu sebab kahak teruk and ada infection kat lungs if i'm not mistaken. Sebabnya? Banyak sangat terdedah dengan keadaan luar rumah. So, segala menda yang tak bersih kat luar tu masuk kat peparu dia.. maunye tak tidur kat spital. meraung lah mama dia. kesian sangat. Tak dapatlah bayangkan kalau berada di tempat mereka... :(


Tapi, masalahnya kitorang bukan kenal orang sangat kat area perumahan ni...-..- Ada gak tanya kat akak jiran sebelah kot lah dia kenal mana-mana orang yang boleh jaga Dhia, dia pun tak kenal banyak orang sebab dia suri rumah jaga anak sendiri huhu. Hurm... kat mana My bleh publish nak cari BS ek? nak memusing cari manually memang idaklah kan... Kalau nak cari BS kena cari segera sebelum Dhia betul-betul kenal orang. Kang dah kenal susah plak nak serasi dengan BS baru kan... 


Plus, My nak cari BS yang sanggup n RAJIN handle ebm. Yela, ibu mana yang taknak berikan yang terbaik untuk anak dia kan. So, selagi mampu dan ada rezeki Dhia My nak terus berikan susu badan untuk Dhia. Ini hak Dhia yang harus My pertahankan. Pedulilah orang nak kata apa pun. My ibu kolot fully bf? kedekut taknak beli fm? This people is not into bf.. this people takde knowledge pasal susu ibu n kebaikan2 nya. My dah invest riban-riban untuk keperluan penyusuan badan ni, i;m so excited to give the best for Dhia so My kena pertahankan niat suci murni ni. mesti! hurm.. will see macam mana pasal BS ni. Current BS My tengok takde problem nak uruskan ebm walaupun dia tak banyak ilmu pasal bf. Tapi i know she knows that susu ibu adalah yang terbaik. InsyaAllah. 

Menyusu badan? Ye, My dah back to normal bekalkan Dhia susu badan. Seminggu lebih ni terpaksa bagi fm sebab Cik B berjangkit Chicken Pox. Stok ebm dah habis. Kesian Dhia berak keras + selalu sangat tak habis bila menyusu. Bila dah start balik bf seronok sangat-sangat tengok dia minum laju n licin... :) Cumanya sekarang production agak low balik.. Sekali sesi nak dapat 3 oz pun tercungap-cungap. Ni gara-gara jadual pump dah banyak lari sepanjang MC. Hurm... Takpe, My akan usaha dan usaha lagi. Moga Allah perbanyakkan susu badan My untuk Dhia.. Amin...

Eh oklah. time to pump. hehe. till then!

Friday, March 1, 2013

Recovery

Cuti seminggu yang doktor bagi haritu tak cukup untuk proses penyembuhan chicken pox. Jadinya, sambung lagi MC sehingga 5 Mac ini. Haih~ Kalau cuti lama-lama boleh keluar berjimba takpe gak kan. Ini dah macam suri rumah dah duduk rumah je.. -.- 

Dhia? Alhamdulillah, setakat hari ini belum berjangkit. Haritu cuma ruam yang tumbuh di belakang kepalanya yang botak. Biasalah dak kecit sorang ni kuat berpeluh. Memang stanby krim econozine yang berkesan tu kalau badan dia naik ruam. Breastfeeding pula belum dapat lagi diteruskan sebab cik N belum sepenuhnya pulih. Kalau di pump pun susu akan bertukar jadi air bandung gara-gara berdarah... :( Sian Dhia, selalu minum fm tak habis. Yela, dah biasa susu badan mana mahunya tekak dia terima fm.. nak tak nak terpaksa dia telan... sorry anak mummy... tunggu sket hari lagi okay... 


Chicken pox beransur pulih walaupun macam sebenarnya tak keluar habis kat bahagian kaki. Bergelen-gelen dah minum air kelapa tapi macam tu jugaklah sampai bintik-bintik lain yang ada dah mula mengering. Hurm, kata orang time-time dia nak mengering ni lah lagi senang berjangkit. Risau gak ni. Moga Allah pelihara kesihatan anak mummy... Biarlah semua sakit Dhia pergi kat Mummy, mummy rela.. bila Dhia sakit nanti mummy yang susah hati... dah kena tambah cuti lagi jaga Dhia plak. Lagipun Dhia kecit lagi tak sampai hati Mummy nak tengok Dhia tanggung sakit... Moga anak mummy sihat-sihat je oke... :)

2 minggu cuti rasa 2 bulan lamanya. Dengan tak pergi keje nya.. Alahai Apalah kata kawan-kawan opis ni kang... dahlah kau cuti bersalin 60 hari.. baru naik keje 2 minggu sambung lagi cuti. adeh... mahaplah ye tak ku pinta sakit begini... :( Dahlah baru masuk haritu terkial-kial nak mula kerja semula.. la ni tambah plak cuti sakit adoiii lagi blur lah My masuk keje ni kang... Ya Allah kau permudahkanlah hambamu ini Amin....


2 minggu cuti macam rasa lama sangat. Yela sebab jarang dapat pegang erat Dhia. Macam banyak sangat My ketinggalan pasal perkembangan Dhia... Anak mummy dah nak masuk 3 bulan dah... :) Ya Allah izinkanlah aku menyusukan anakku kembali sehingga umurnya 2 tahun seperti mana yang kau syariatkan... Mummy nak berikan yang terbaik untuk Dhia!!! 


tak sabar nak tunggu anak mummy besar. at least dah kenal mummy n daddy dia.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers