9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 1, 2010

Owh Baju Raya~

Cerita pasal baju raya... haih~ berapa kali dah mengeluh ni sebab aku belum dapat baju raya lagi..isk sob..sob.. minggu lepas balik segamat ada juga pergi berjalan bandar dengan mak, akak. niat hati nak la cari baju raya, dapat sepasang dulu pun jadilah sebelum shopping di kL. Tapi, hampeh. dahlah kepenatan sebab masa shopping tu kepanasan keterikan, aku dahlah puasa kan. Puteri lilin gitu bila kena panas mulalah rasa tidak selesa. pening kepala nya lagi...(kena panas je confirm sakit kepala). berjalan punya berjalan, pusing punya pusing, berapa banyak kedai+butik+booth aku dah masuk daaa... tapi alangkah kecewanya hati bila satu baju pun aku tidak berkenan. adalah satu dua berkenan. Tapi biasalah bila berkenan, saiz pula tiada. at last, balik je la. kitorang keluar beriya-iya hari tu cuma dapat ape tau? baju raya yana (my niece).. hahah.. itu pun bukan baju untuk raya pertama la. hampeh jek. nasib baik aku tak berbuka sebab memang flat giler lah, smpai je rumah nahhhhh..tido tak hengattttt...

Itu baru pre-raya 1... tak dapat apa2 lagi. Malam semalam pre-raya 2 pulak. destination tak ke mana pun pegi uptown Damansara je. (tak banyak pilihan tapi apa buleh buat nak pegi danau takut bersesak2). and pegi uptown tu confirm lah bukan cari baju raya kan. sebab kalau ada pun.. xchantek... design entah apa-apa je. bukanlah memilih. tapi kualiti tu penting juga kan kan. sebab aku ni kalau baju tak berkenan, xsedap pakai memang tempatnya kang dalam almari je lah. silap2 aku bungkus tak pakai terus. Plus, harga dia ada yang xboleh blah. baik aku beli kat kedai2 baju, sama harga tapi berkualiti dan puas hati, tak gitu? lagipun kalau baju sedap pakai, chantek.. bolehlah aku pakai untuk pergi kenduri kawen ke pergi keje ke lepas ni kan kan hihi. hurm, malam semalam carikan t-shirt je untuk adik2 lelaki aku. baju melayu diorang nantilah aku cari kat jalan TAR/Masjid India. saje je belikan adik2. yela, tahun pertama aku merasa pegang duit hasil titik peluh sendiri, plus tinggal aku je yang belum berkeluarga (kakak2 abg2 sume dah kawen), so sementara aku masih belum ada tanggungjawab ni why not aku ringankan sikit beban mak abah kan. hari tu pun sebelum balik ada juga hulur2 duit sikit untuk mak so bolehlah tambah2 sikit untuk beli apa2 untuk raya ni. Lapang dada, senang hati bila dapat hulur duit pada mak abah... nak dibandingkan dengan jasa diorang selama aku hidup sampai hari ni.. seumur hidup pun tak dapat aku balas... isk... so, untuk korang2 di luar sana, hargailah ibu ayah kita sementara mereka masih hidup...oke..(=

So.. what next?? masa tak banyak lagi. so, tinggal hujung minggu ni je la kot nak shopping huhu. Plan nak pegi KL hujung minggu ni. haih~ confirm sesak giler kang. jalan mesti macam penguin silap2 ketam hahaha... Mission lepas ni mesti cari baju raya oke! that's final shopping! Plan nak carikan adik2 jeans juga. n tak lupa baju raya diorang. Untuk mak abah aku dah hulur duit suruh diorang beli ape2 yang patut yela sebab nak belikan kang takut tak berkenan plak kan. huhu.. ape lagi ek~ haaa kasut jangan lupa! hihi. apela aku ni cuti raya berapa hari je pun.. shopping macam lah dapat cuti raya sebulan isk. tak kisahlahhhh janji shopping! sekurang2nya dapat gakla aku baju baru. dah lama tak beli baju kurung baru wooo... teringat masa kat Shah Alam. nak cari baju raya boleh pegi PKNS. shopping raya sana pun syiok juga. Tapi macam jauh la plak nak pegi kan isk. Hurm... dah2 jangan bernafsu setan boleh tak my.. kang hape pun ko xdapat tawu lah....

Cakap pasal baju ni terpikir pasal konvo... haaa konvo kang nak kena cari baju baru jugak. aiyooo... huhu... xpe2 lepas raya boleh shoppong konvo lak hihi...

okaylah... smpai bertemu lagi....(",)


**sempat gak mencari baju raya online heheh...

Friday, August 27, 2010

Budget Raya 2010


Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita dah berpuasa 16 hari kan? waaahh sangat cepat masa berlalu. rasanya macam baru semalam mula Ramadhan.. mula bangun sahur.. mula ke bazaar... tup2.. what? 16 days already?

Hurm, setakat ini berpuasa Alhamdulillah.. takdela rasa tak tahan sangat macam puasa ganti huhu. Lagipun mungkin sebab kerja pun balik awal.. break pun takde so takdela terasa sangat kan. kalau bulan-bulan tak puasa biasa puasa macam ni kan bagus kan? boleh jugak kurang-kurangkan lemak di perut ni heheh. (tapi time puasa ni macam lagi banyak je aku makan!!!)

haih... bila puasa sudah nak bertemu penghujungnya, sudah tentulah orang semua sibuk memikirkan hari raya kan? baju raya nak beli berapa pasang.. kasut raya nak heel berapa inci.. kuih raya nak tunjuk-tunjuk berapa macam.. duit raya nak bagi berapa RM...(errr...bagi???)

ok fine... this year is my first time rasa macam ni. rasa seram ada..(takut kopak kena pow).. rasa teruja pun ada, sebab... raya kali ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang yang berkerjaya.. hihi... yela, sebelum ni berapa tahun daa aku beraya sebagai seorang pelajar... 3tahun Diploma dekat Bangi.. tiap-tiap kali raya aku tidak perlu pikir sangat cost perbelanjaan raya. ada duit loan cukup makan pakai sendiri untuk hari raya sudeh... kadang2 dulu mak la tolong tempahkan baju (dah lama tak tempah baju sejak masuk degree sebab tak sempat+malas so baik beli siap jek), bab2 lain aku tak pikir pun.. nak bagi anak2 buah duit raya? lagi la tak pernah fikir sebab aku belum bekerja (so no money no talk la kan). sebaliknya, aku yang menadah tangan minta ongkos raya daripada ibu2+ayah2 kepada anak2 buah tu hahaha (biasanya abg2, akak2 dah get ready sampul raya untuk aku siap tulis nama lagi..;P).. lepas habis Diploma aku further pulak degree dekat Shah Alam so memang harapan untuk dapat duit raya lagi memang sangat cerah la masa tu kan. tahun lepas kalau ada pun aku cuma belikan mak kuih raya 2/3 macam je untuk mak huu.. n pernah jugaklah sekali tu masa tu pocket tengah full aku berjalan kat sekitar KL termasuk jalan TAR dan Masjid India untuk belikan pakaian untuk mak abah dan kakak2 aku..(err kenapa aku belikan untuk kakak2 jek ek, abg2 aku?adik2 aku? oo maybe tak cukup budget kot masa nih hahaha)

Nak dipendekkan cerita (tapi macam dah panjang jek bercerita erk).. tahun ini dengan rasminya aku rasa aku telah pun keluar daripada carta2 di dalam kamus hidup abang2 dan kakak2 ku untuk dapat ongkos raya daripada diorang.. (takde ke..isk)... sebabnya.. dah bekerja kan..so..aku rasa dah sampai masanya aku pulak la yang kena memberi ongkos raya... adoiiyyaaiiii.. kenapa lah bila tiba raya kena bagi duit ek.. hiii... so, memandangkan bulan ini pulak bulan pertama aku bekerja (agak risau jugak lah kot2 gaji tak masuk), banyak perkara yang telah menjadi agenda dalam pemikiran aku. baju raya, kasut raya, kuih raya, duit raya.. jalan raya balai raya eh pobondo ekau mengarut ni... ah yang penting semua raya lah. Alhamdulillah... gaji dah masuk semalam..terima kasih Wirazone@Malakoff..=).. tapi tak dapat full payment (mungkin sebab tak cukup sebulan). takpelah janji ada kan kan? huhu.. so... bila dah confirm berisi apa lagi.. kenalah buat list kan kan.. (dah buat list beberapa kali ok)...

so sebelum aku terover budget baik aku listkan balik. chek it out!

  • Perbelanjaan Raya:
Baju Raya - RM200 (Around 4/5hb Sept baru pegi shopping Shah Alam+KL)
Kasut Raya - RM100 (Murah2 sudahlah.. nanti nak pegi shopping singgah sogo skali)
Tudung Raya - RM50 (budget 50 dlu sbb tudung da byk, agk2 tade y matching baru beli br)

Kuih Raya :
- RM24 x 2 = RM48 : Kuih Pistachio , beli drpd officemate, Kak Fini
- RM8 x 4 = RM32 : Maruku bwg putih + Ikan, beli drpd officemate jugak, Kak Rozana
- RM20 x 2 = RM32, RM15 x 2 = RM30 : Chips Choc + Kuih Tart Gulung, beli drpd kwn kpd housemate
- Lain2 kuih akan difikir2kan kalau jumpa lagi yang berkenan tatkala bersoping
Pemberian Duit Raya :
- Bagi Adik2, Bagi Anak2 Buah + anak2 orang = Budget RM250
- Bagi Mak Abah = RM300

  • Perbelanjaan Tetap

Sewa Rumah - RM200
Bil Api + Air - RM35
Broadband - RM75
Bil Telefon - RM75
Touch n Go - RM50
Credit Card - RM150
Kereta - RM300
Lain2 - RM100
Alamakkkk!! banyaknyeee... apa yang boleh di cut dari senarai di atas ni ye? macam takde yang boleh di cut je hihi. apapun, tatkala bershopping raya tu beringat2 sket wahai cik My ye. Jangan boros!!!! (mintak2 byk sale!!!) Hurm, napelah hidup perlu guna duit? isk...

Oleh kerana niat suci aku untuk bercuti panjang tatkala Raya nanti di reject sekeras2nya.. so esok aku akan balik Segamat... nampak gaya shopping raya akan bermula dari sana... (jangan rambang mata my..kang sok sume ko nak grab). huhu... Tak sabar nak balik!! berpuasa dengan mak abah.. rindu nak bangun sahur makan nasik panas mak..! pastu nak ajak mak jalan2 bazaar..soping2..!

Planning hari raya masih samar2.. hari raya yang available only 1day.. hari apa aku nak pilih dari 13hb - 17hb tu ek... adoi.. nak tak nak terpaksalah jugak datang kerja pada hari raya ke-4!! omg!!! masih mood raya!!!! isk... dendang perantau la aku jawabnya... ;( Redha je lah dengan nasib yang ditentukan oleh manusia yang sama tarafnya dengan aku di sisi Allah.. cuma mungkin dia diberikan keistimewaan lebih daripada aku kerana kedudukannya.. (di dunia)... Nak buat macam mana..redha je la...;(

Ingat raya kali ni nak la lepak dengan kawan2 lama. masing2 plan nak beraya sama2.. tahun lepas pun aku tak dapat jumpa dengan diorang. isk...

Inilah nasib hidup di perantauan.... Sabar ye my... chill!!!


Footnote: Esok balik Segamat bus pukul 9 malam... aiyak~


Tuesday, August 24, 2010

Maher Zain

Semasa di office selalu aku dengar En. Ahmad mainkan English Song nyanyian penyanyi yang sama. sedap suara dia. teringin bertanya siapakah gerangan yang menyanyikan lagu itu tetapi lidah kelu tidak boleh berkata-kata hehe. Lately ni tiba-tiba dengar pulak dari corong speaker Kak Nani nyanyian dari suara yang sama. ah lunaknya suara dia.. jatuh hati pun ada huuu... sekali lagi, malu bertanya... jadi aku pun sesat jalan... erk~

sampailah ke hari ini ketika aku sedang melayari facebook ternampak satu video yang di share oleh seorang kawan. video tu berbackgroundkan lagu dari penyanyi yang sama!!! omg..! lantas aku terus ke pemilik asal video berkenaan mana tahu dapat tahu nama penyanyi bolehlah aku download lagu2 dia huhu. Haaa tu dia!!! hamikkkkk ubattttt.... sekali adala nama dia people duk comment dekat dalam tu.

MAHER ZAIN....

sedap kan nama tu? huhu. orangnya pun boleh tahan...hurm.. tapi perkara pertama yang aku suka pada dia adalah suara dia yang besh tuh. lagu2 nasyid yang dia bawa semua best. aku dah download dah pun huhu. so besok dekat office boleh lah aku lawan speaker En Ahmad dan Kak Nani..;P


Hurm aku tak pasti dia berasal dari mana. cuba jugak cari biografi dia tapi tak berapa faham sebab banyak sangat nak baca so aku tak dapat tangkap point2 yang penting tuh hihi. so sapa2 yang kenal dia bolehlah bgtau sikit biografi beliau. dia ni memang penyanyi nasyid ke? dari mana ek ek.

apa yang pasti lagu dia.. suara dia memang best. so memang sesuai lah dengar waktu2 bulan Ramadhan ni kan hehe... so siapa2 yang nak juga download bolehlah search di google huhuhu....


Klik di sini untuk salah satu lagu dari Album 'Thank You Allah' yang bertajuk 'InsyaAllah'

Happy searching, downloading and listening!!! =)


** cuba menggunakan bahasa melayu dengan baik tapi macam hampeh jek...erk~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers