9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, October 11, 2011

Tengah Buat Ape tu????

Seorang pendengar menelefon penyampai radio

Pendengar: Helo, Saya nak buat ucapan..

DJ: Ye, silakan..

Pendengar: Saya nak buat ucapan kepada keluarga saya..

DJ: Ye boleh.. Teruskan ucapan anda..

Pdgr: Sy nak buat ucapan untuk Ayah yang tengah cuci kete, Mak 
yang tengah memasak dan Abg yang tengah tengok TV..dengan ucapan.. 

TENGAH BUAT APE TU????

**Hahahaha sengal~

DERITA SI BONGSU

Si Bongsu yang dimaksudkan adalah GIGI GERAHAM BONGSU..T_T

Untuk pengetahuan korang, lately ni My menderita sakit gigi. eh gigi yang sakit ke gusi tu yang sakit? entah. yang penting My rasa tak selesa sangat. Sakit dia tu sampai kepala ni pun sakit sama tau... T_T... Orang kata kalau sakit gigi bongsu ni memang teruk sket. lagi-lagi kalau baru nak tumbuh ada orang sampai boleh demam la... Tapi gigi My ni bukan baru nak tumbuh.. rasanya dah lama tumbuh My pun tak sedar bila... Cumanya, gigi bongsu My dulu ni tak boleh nak tumbuh habis...
klik untuk tumbesaran
Bila tak boleh nak tumbuh habis makanya macam ada kecacatan kat situ. Macam ada lubang di antara gigi geraham bongsu dan gigi geraham di hadapannya. Mungkin dah agak lama digunakan untuk mengunyah dan sekarang ia tak mampu nak tahan lagi. Yela, dahlah tumbuh tak sempurna.. kita balun kunyah itu kunyah ini lama-lama dia rosak la. My ni kalau setiap kali lepas makan mesti nak kenakorek celah gigi tu buang sisa makanan. Kalau tak nanti teruklah gigi tu kan.. plus, My tak selesa bila ada kekotoran kat celah gigi ni...-.-'

Makin lama My rasa sakit je kat kawasan gigi bongsu tu. Biasa kalau kita sakit gigi sekejap-sekejap je kan. Tapi ini berlarutan berminggu-minggu lamanya. My je tahan tahan... Sekarang ni rasanya dah tak boleh tahan.. Sampai rasa sakit kepala... So, tadi My pegi klinik gigi dekat-dekat office ni buat check up.

Gotcha! nak atau tidak doktor nasihatkan My buang gigi geraham bongsu tu. Doktor kata, mulut My ni kecik.. lepas tu ruang untuk gigi bongsu tu keluar terhad.. Jadinya bila dia keluar, gigi tu jadi condong tak tegak seperti gigi geraham yang lain. tu lah gaknya dia tak sempurna keluar, macam ada lubang n akhirnya ia rosak. So, sebelum ia merosakkan gigi geraham lain My kena buat surgeri.

Adoiii.. masalahnya korang, nak buang gigi bongsu ni bukan macam nak buang gigi lain.. cabut je senang... gigi bongsu ni kan gigi terakhir, tumbuh paling belakang.. dia bukan main cabut macam tu je. It needs a surgery... major surgery oke... it takes 1 - 2 hours to operate. adehhh belum operate lagi dah terasa ngilu gigi ni tau...T_T

So sekarang My tengah pikir macam mana nak buat. Kalau tak buang My akan menderita sakit sampai bila-bila. Ni pun haritu dok tengah bizi dengan kerja My tahan je sakit tu... Bila dah datang betul-betul sakit tu macam nak demam pun ado tau sob sob. Kalau My buang adoiiii My takut My tak tahan sakit...uwwwaaaa... masa cuci gigi pun sakit tauuu inikan nak operate... -.-'

Macam mana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!! T_T

Monday, October 10, 2011

Kerja Selesai.. Lega!!!!

Hey!!!! Selamat berhujung minggu everyone! wahhhh... seronok ye pi soping.. pi tengok wayang.. pi jalan-jalan... pi mandi manda... huhu.

Anyway, straight to the point. My baru je habis mengendalikan Customers' Day di FRIM harini. Selama ni My dok bizi sangat sampai nak hapdet belog tak sempat tu.. haaa ni la sebabnyaaa... dok sibuk menghandle event yang berlangsung tadi tu. At last harinya tiba jua!!!

For your information company tempat My bekerja tu is an electricity provider within KL Sentral. For those yang tahu... Seluruh office building, Condo, and KL Sentral itself tu kami lah yang supply electric diorang. Bukan from TNB. So, segala bayaran, technical problem semua refer kat kami. So they are not dealing with TNB at all. Kiranya kami merupakan syarikat swasta yang membekalkan tenaga elektrik seperti TNB. Tariff & charges semua sama sahaja dengan TNB... 

Oooooooooo... mesti ramai yang baru tahu kan hehe. Sebenarnya ada je beberapa electricity provider lain yang macam kami ni. Tapi cuma tu lah semua orang hanya tahu TNB je kan... hehe. Siapa yang kerja within KL Sentral n selalu berurusan dengan kami especially berkaitan pembayaran bil setiap bulan tu dia tahu lah siapa kami... :)

Anyway back to the main topic. So, event hari ini adalah untuk meraikan Pelanggan kami di seluruh KL Sentral tu. Actually Customers' Day ni kami buat every year. Kiranya ini tahun ke-4 kami buat event seumpama ini. Kami dah bertapak kat KL Sentral tu sejak lebih 10 tahun yang lepas. So, untuk menghargai pelanggan-pelanggan kami, kami adakan event-event macam ni. So, bolehlah get closer with them kan. Kalau seperti tahun-tahun lepas kitorang buat di Kuala Selangor, Zoo Negara, KL Sentral and this year kami buat di FRIM, Kepong plak. Activity wajib setiap tahun adalah Treasure Hunt...:)

So, selain activity wajib macam Treasure Hunt tu ada jugak activity lain seperti Telematch (sukaneka) untuk kanak-kanak dan dewasa, Sand Art. Photography Contest and also Karaoke. Bolehlah... We had a good day today. Everyone is happy... errr... happy kot??? Hope so!!! 

Walaupun penat tapi My tengok peserta-peserta yang datang tu happy join the activities. My dapat agak banyak juga positive feedback from them. Activity best, makan pun best. Hadiah for the Treasure Hunt is RM800 & Knapsack (Winner), RM600 & Knapsack (2nd Place) and RM400 & Knapsack (3rd Place). Tahniah for those yang berjaya... n pada yang tak berjaya tu... Jangan putus asa n serik nak join us lagi tahun depan oke!! :)

Setelah berhempas pulas planning for the event preparation semua akhirnya... berjaya juga!! My berpuas hati dengan hasil kerja My kali ni. Memang penat... seyesly... mana ada kerja yang tak penat kecuali kerja makan gaji buta kan haha. Tapi, segala penat.. masa yang My habiskan for this... tenaga semua.. berbaloi!!! Rasa lega sangat-sangat sekarang!! 

So, thanks to everyone yang terlibat.. sorry for all guests yang datang if ada any cacat cela in this event ya. nobody perfect macam tu gak kami! harap-harap tahun depan kita jumpa lagi... :)

fuuhhhhhhhhhhh.... lega sangat. sekurang-kurangnya lepas sket satu kerja ni. What next?? Perhaps ada satu lagi event end of this year... Gala Dinner. Tapi that one will be my clique punya project. I'll assist mana-mana yang perlu je. Hope macam tu lah.. kalau semua My yang kena buat nanti bilanya My nak kawen...-.-' Kerja banyak terhadkan masa My for wedding preparation semua sob sob.. harap-harapnya That project will not be fully mine. InsyaAllah...

Ok then. My nak mandi... then after maghrib nak gi tengok wayang as a credit untuk kerja yang dah lepas hari ni hehe. kita enjoy!!!!!

Till then! babai.

**bizi sangat gambar sendiri pun tak sempat amik tadi. Tunggu gambar from photographer je lah... hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers