9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Thursday, December 29, 2011

Permohonan Nikah & Temuduga


Alhamdulillah… cuti 2 hari yang lepas ni My dah pun selesaikan permohonan nikah di Pejabat Agama Daerah Segamat di tempat tinggal My.  Temuduga kahwin pun My dah lepas. Fuhhh lega sangat-sangat.

Actually, niat asal nak pergi Pejabat Agama tu nak hantar dokumen-dokumen permohonan nikah je. My tak tahu pun nak kahwin ni ada temuduga..-.-’ Nasib baik My sms seorang kawan yang dah berkahwin My tanya dia Pej. Agama ada enquiry apa-apa tak bila nak hantar dokumen nikah. Dia tanya My nak hantar borang nikah atau nak ke temuduga? Ah sudahhh ada temuduga ke? Terus My tanya pada kawan tu soalan-soalan yang bakal ditanya… So, sebelum naik ke Pej. Agama dah prepare sikit hehe.

Sampai ke kaunter My hantar dokumen n mintak untuk buat temuduga sekali. Lepas tu dia bagi My borang untuk temuduga. Aiseyman soalan dah update la tak sama dengan soalan yang member dapat.. masak masak… Tak lama lepas tu My dipanggil masuk untuk temuduga. Berikut adalah perbualan yang sempat dirakamkan:

(Sebelum memulakan temuduga dia sibuklah dok tanya kahwin bila, keje apa, kahwin orang mana, bla bla bla… )

Ustaz: Bacakan Kalimah Syahadah beserta niat
My : Asyhadu……. (lancar, nasib baik niat nya pun masih ingat… -.-’)
(Ustaz tandakan pada kotak LULUS)

Ustaz: Bacakan Al-Fatihah
My: Alhamdulillah….. (lancar mengikut tajuid…:D)
(Ustaz tandakan pada kotak LULUS)

Ustaz: Bacakan Doa Qunut
My: Allahummahdinifimanhadait………(fuhhhh habis pun baca)
(Ustaz tandakan pada kotak LULUS)

Ustaz: Sebutkan Rukun-Rukun Nikah
My: Wali, 2 orang saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan, Ijab & Qabul. (yes yes!)
(Ustaz tandakan pada kotak LULUS)

Ustaz: Bacakan niat mandi wajid
My: Nawaitu….. (Tiap-tiap bulan den mandi wajib kot…..)
(Ustaz tandakan pada kotak LULUS)

Ustaz: Berikan 3 tanggungjawab isteri
My: Hurmmmm…. Jaga makan/minum n pakai suami… hurm….. Mendengar kata suami selagi tidak melanggar syarak… hurm…….. (lama My hurmmm… sebab otak tak dapat berfungsi dengan baik demmm… apa lagi satu ni… apa lagi satu ni…. grrrr).. Ahhhahhh!! Ada 1 je lagi yang terlintas kat kepala otak My tika itu….

“Melayan suami di tempat tidur”

Ustaz: (Tergelak kecil) Dah ready ke? (Dia sengih-sengih)
My: (Muka merah padam) Eh… belummmm….-..-’
Ustaz: Ada lagi benda lain macam Jaga Maruah atau nama baik Suami. Tapi yang awak cakap tadi pun betul jugak. (dia tersengih-sengih lagi)

(Ustaz tandakan pada kotak LULUS)

Demmmmmm….. nak sepak-sepak je mulut masa tu!!! Urghhhh!!! Malunyeeeeee!!! Napelah itu yang terkeluar dari mulut My! OMG!!!! nak lari je rasa sebab bengang giler oke!!!

Lepas dia dah sign form tu menandakan temuduga dah pun berakhir kitorang pun keluar dari bilik tu. Sambil ustaz tersengih-sengih lagi masa keluar dia suruh My tunggu nama dipanggil selepas itu. Demmmm! Masa duduk menunggu tu pun My masih terasa bahang bengang tu hoke. Sambil tersenyum-senyum malu My buat-buat main henpon… cepatlah panggil nama nak balik nih!!!

Tak lama lepas tu orang kat kaunter tu panggil. Lepas dah selesai cepat-cepat My ke kereta.. Aduhh malu jangan cakaplahhhhh malu giler wehhhhhhh….-..-’

Seyes taknak pegi pejabat Agama lagi dah....! T__T

Nasihat My, kalau tanak bengang rasa nak siat-siat kulit muka macam My ni... prepare dulu jawapan-jawapan yang nak diberikan kepada penemuduga... kalau tak seyes 3 hari 3 malam tak boleh lupa insiden ni hoke! -.-'

Saya Kembali!!


Salam korang!!!! Arghhhh!!!! Rindunya kat korang!!!! It’s been a long time My tak hapdet belog hoke! Almost 1 week! Biar betol! Urghhhh...T__T

Actually My baru masuk office harini hehe. Cuti 3 hari including christmas haritu My tak sia-siakan macam tu je. My tambah lagi 2 hari cuti sampai semalam hehe. Settlekan apa-apa yang patut memandangkan majlis tinggal kurang sebulan je lagi... 

Ahhhhhh biar betul nak kawen ni???? -..-'

I've lots of thing to stori mori with all of you guys! Will be right back hoke! Kerja dulu.. :)

Till then!

nota kaki: Urghhh!!! dah dekat nak majlis ni boleh tak jerawat timbul besar kat pipi kanan ni? camne nak buat ni??? ahhh benci benci! T__T


Sunday, December 25, 2011

Hukum Mengucapkan Selamat Hari Natal a.k.a Merry Christmas

David: Morning..wat a great day..
Muslim: morning..so, hows ur christmas?
David:great..will be enjoying very soon...
Muslim: good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
David: but why?
Muslim: seems like we cant stop u to drink liquor, but we cant drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO!..can not!..it will effect my faith..
Muslim: but y?just a word.. ..say it..
David: now i am understand...

Hari Natal disambut sempena kelahiran Jesus sebagai anak tuhan(Allah). Keyakinan ini amat bertentang dengan Islam sebab tuhan (Allah) tidak memiliki anak.

Allah menegaskan: 
“Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan” [Surah al-Ikhlas, ayat 3]

Apabila seorang muslim mengucapkan “Selamat Hari Natal” atau "Merry Christmas", bererti dia mengucapkan “Selamat menyambut kelahiran anak Allah”.

Yet YES, Islam tidak membenarkan kita menzalimi bukan muslim dan Islam menyuruh kita melakukan kebaikan kepada bukan muslim yang tidak memusuhi kita kerana agama kita. Plus, Islam menyuruh kita mengucapkan ucapan yang baik kepada orang yang mengucapkan ucapan yang baik kepada kita kerana agama Islam kita mempunyai adab y tinggi merangkumi sesama muslims dan non-muslims. 

NOTA KAKI SAYA: bukan nak tunjuk pandai. tapi seeloknya kita kaji kenapa? mengapa? bagaimana? correct me if I'm wrong.

Seeloknye cukup sekadar ucap 'selamat hari raya' atau 'selamat bergembira' atau 'selamat bercuti' untuk elakkn kite menyebut nama 'anak tuhan' mereka dan sebaiknya, ucapkanlah pada mereka ketika mereka mengucapkan selamat pada Hari Raya kepada kita supaya kita tidak MENGIYAKAN 'anak tuhan' itu lahir pada tanggal 25 DECEMBER.

“Jika Firaun berkata kepadaku ‘semoga Allah memberkatimu, nescaya aku menjawab ‘untuk engkau juga’” (Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad).

Renung2kan dan selamat beramal. Ingatan untuk diri sendiri dikongsikan untuk semua. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari diri My sendiri.

"Lakum Dinukum Waliyadin....Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku"

Wallahua'alam...

sumber: google dan y sewaktu dgnnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers