9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, November 20, 2013

Throwback

Hola… I’m back!!! Ahahaha… macam baru balik hanimun je kan kat parissss hahaha. Biasela ofis ku kena block belogsepot so mood ku berbelog pn bagai diblock-block… T__T (alas an semua tu!)

Ok nak throwback sikit aktiviti-aktiviti kebelakangan ini…

#Gathering with Mommies & Babies Gojes @ Taman Layang-Layang Kepong

Tak hengat bape HB tapi last month (Oct) if im not mistaken hehe. Kuar santai-santai di pagi hari di Taman Layang-Layang bersama geng-geng Gojes. This is my second time meet them. First time masa Raya haritu (tapi tak buat entry pun hahahhaa). But some of them ada yang baru festime jumpa kat sini.



Hari Sabtu kan kome. Enchek somi pi keja so apalagi kita pi meronggeng la hehe. Tapi dengan keizinan suami leeee… huhu. Ku drive dari rumah ke Kepong. Dhia dah mula meronta-ronta keboringan bila nak dekat sampai huhu. Takpe, ku dah biase.. umpan lah dengan apa-apa yang attract dia supaya tak nangis tak mengamuk.

Di gathering ku jumpa dengan Kak Amy, Anis, Kak Mimy (yang ni pernah jumpa time Raya), Anies, Ciknaa, Aznor, Ain, Julia, Kerol, Mimi… eh sape lagi sape lagi yang ku tak sebut?? Hihi ampunnnnnn kalau ada yang tertinggal ye.. :P



Rasanya yang datang jadi single mother haritu ku, kak mimy, n kerol kot hehe. Yang lain-lain lengkap satu family bahagia gitewwww… eleh ku pun bahagia jugakkkk cuma apakan dayaaa cik abang keluar mencari rezeki hehe.

Anyway, geng-geng gojes ni adalah geng-geng blogger yang dah berkeluarga and ada baby or babies!! Diorang semua memang gojes n ohsem! :P Nice to see yu ols!!

#Balik Segamat setelah 3 bulan tak balik  #Port Dickson

Cuti Deepavali ku balik Segamat setelah dah lama tak balik sejak cuti raya huhu. Rindu koooooo… Yela, bila dah kawen ni kannnn kenalah ikut suami, duk ngan suami. Suami plak keje Senin-Sabtu memang tak dan selalu nak balik kampung… :)



Berkesempatan ke PD dengan mak abah n family akak. Dapatlah tido semalam n berendam dalam air laut. Ku n Dhia yang tak baik-baik dari selsema pun join sekali hehe.

So lepas ni bila plak balik lagi? Huuuuuu

# Dhia's Development & Improvement

Alhamdulillah, Dhia is turning 1 year on coming 3rd December!!! Ya Allah... Syukur atas kurniaanmu yang indah tak terkata ini... n how fast time flies... Dhia dah nak masuk setahun???!!! Rasa macam baru semalam mommy lahirkan Dhia hehe.




Dhia dah banyak berjalan dari merangkak sekarang. hehe mungkin dia dah rasa sedap berjalan. Kalau tak sebelum ni 2 3 langkah dah turun merangkak hehe.. Now dia lagi banyak berjalan dari merangkak. yeayyy... pls make sure u turn 1 year je dah pandai berjalan sepenuhnya hokayyy hehe...

Dhia sekarang dah pandai apa lagi ye? Oh ye dah pandai babai, dah pandai flying kiss, dah pandai buat duckface, dah pandai clap hands when mommy sing 'if you happy n u know it clap ur hands!!', dah pandai angkat tangan bila mommy say 'siapa dhia batrisyia angkat tangannnn!' and the latest one dhia dah pandai salam cium tangan mommy yeayyyy... :)


One thing yang mommy slalu deram dengan Dhia ialah... dah pandai marah n mengamuk. Omaigod... kalau kita xikut rentak dia, she will scream at the highest volume u know! like.... arghhhh biar betul anak aku ni... seyes nak kuar anak tekak dia kalau mengamuk menjerit. sabaaa je la... -.- Bila kita buat nada marah pun dia dah tau dah.. mula la buat mimik muka mencebik nak menangis huhu...

yang penting anak mommy sangat ohsem n comel!!! :)

Moga Allah berikan kesabaran yang tinggi kat My untuk jaga Dhia... Maklumlah kadang2 ku hot temper sikit... Anak pulak semakin membesar dan sangat lasak kaannnn risau je xleh control huhu.. Hopefully not.. :)

Err... oklah. till then!!!





Thursday, October 17, 2013

Latest Update.. :P

Erk… tatao lah nak categorize diri ku ini macam mana. Sebulan sekali je koooo hapdet belog. Makin menyerlah kemalasan ku. Actually bukan malas.. tatao lah ngape sekarang ni sering ketandusan idea nak menulis macam mana. Selalu je ku cuba untuk hapdet citer itu ini end up.. My save draft sajo biar tergantung.. nak sambung balik udoh expired entry tu hahaha..

Anyway… right now, My cuba jugak habeskan entry ni.. Tapi… tapi.. nak citer apa? -.-‘

Ok let’s story the latest update bout myself, hubs, Dhia….

Me? As usual, masih seorang ibu.. masih seorang isteri.. masih seorang kuli hehe… Workdays bekerja pegi pagi balik lewat petang… Sabtu spend time dengan Dhia di rumah bilamana enchek hubby keluar bekerja. Sunday? Masa kami bertiga… ke kenduri, ke rumah PIL, ke mall shopping, bla bla bla…

Enchek hubby? Dah mula bosan kerja makan gaji katanya. Ada perancangan untuk berhenti kerja paling lewat dalam awal 2014. Nak teruskan dengan his part time business, nak buat full time. Will see how… Kalau ada rezeki InsyaAllah niat itu akan diteruskan...

My? Bila dah jadi mak orang ni.. rasa nak berhenti kerja tu memang 24jam terasa huhu. Teringin nak duduk rumah nak tengok anak membesar… nak duk umah jaga makan pakai enchek hubby. Ah angan-angan je. Apa boleh buat… Kehidupan sederhana beginilah… Kenalah saling memberi dan menerima.. tolong enchek hubby cari rezeki untuk keluarga. At least My bolehlah tong-tong mana yang tak cukup. Dan mentenen diri sendiri pun tak lari ye dak… :P

Dhia Batrisyia?? How fast time flies… our little precious is 10month+ now!! Ya Allah.. bila throwback balik gambar-gambar lama Dhia since she is newly born sebaknya rasa… Tak sangka si kecit ni kuar dari perutku.. Tak sangka si kecit ini sudah besar ini MasyaAllah…. *tears!





Dhia sekarang makin lasak.. Tak padan dengan perempuan. Tak lama lagi nak pandai jalan lettew. Dah mula tatih 2 3 langkah. Tapi merangkaknya masih lebih laju dari tatihnya so she prefer to merangkak hehe. Gigi nan hado walau sebatang. Entah bila nak tumbuh, mommy tak sabar nak masak macam-macam untuk Dhia! ;)

Dan hari-hari Mommy... takkan lengkap tanpa Dhia!!!




Adik Dhia? Errrr seyesly, ramai giler kawan-kawan My yang anak-anak pertama dorang sebaya Dhia dah mula preggy anak kedua.. Secepat ini? Diorang nak rezeki anak kedua awal then oklah. My ni kalau ikutkan memang rindu nak pregnant lagi… rinduuu sangat! Tapi daddy Dhia cakap sabarlah dulu.. takut kami tak larat nak jaga Dhia yang belum cukup besar ditambah dengan diknya pulak.. kerja lagi… Bagi Dhia besar sikit.. manja lebih sikit… Kerja stabil, dapat rumah baru lebih dekat then baru fikir next baby…


I’m feel  like…… Erm ok ok….. sabar ye perut… hehe. 


 

Wednesday, September 25, 2013

Beronok-ronok di Sunway Lagoon


Erk… nak tunggu raya Haji plak ke hape ni baru nak up entry? Kikiki. Okay2… nak up la ni… Haku ni kalau ada citer besh tertarik lagi menarik baru terhegeh2 nak up entry hihi.. maklumlah work mom’s life.. sooooooo busy….. busy la sangatttt (mata ke atas tangan ke dada.. :P)

Last Sunday baru ni My n kesayangan2 ke Sunway Lagoon bersuka ria hehe. I was remembered that last time daku jejak kaki ke Sunway Lagoon adalah masa darjah 4 sekolah rendah dulu. Itupun rombongan sekolah haha. I thought it was the last time yela tade orang nak ajak/bawa aka belanja idoklah daku pergi kaaaannnnnn… :P

Dipendekkan cerita, enchek hasben dapat ticket free from his company for the whole family. Tic for him, me and Dhia. Kebetulan, last Friday mak abah My dari Johor datang tido rumah 2 malam.. datang dengan family kakak. Rumah kecik je terpaksa menyempit2…:P Tapi takpe, family sendiri apa ada hal kan haha.. Ada wedding sedara kat Sg Buloh tu yang datang tido rumah tu. On Saturday sementara enchek hasben keje My ikut mak abah semua pegi wedding and round2 shopping sampai petang. The day before ada usulkan pada enchek hasben whether boleh tak My nak belanja mak abah, akak (with hasben n 2 kids) pegi sama ke Sunway Lagoon. Masa tu encek hasben macam berat hati je since the entry tic bukan murah.. nak belanja bukan sorang dua pulak kiki. Then takpelah, perbualan kami pending sahaja di situ n My anggap permohonan ku tidak lepas so takpelah. 

But then petang Sabtu tu enchek hasben text dari tempat keje. Dia tanya nak ajak diorang pegi SL tak? Erkkk dalam hati bukan macam tak bagi ke semalam huhu. My reply ‘boleh ke?’ je dekat dia. Hehe. Enchek hasben kata boleh.. :P Laju-laju ku tanya akak semua nak ikut tak pi jimba-jimba kat Sunway Lagoon. Dah My nak belanja kan jawapannya haruslah NAKKKKKKKKK hahahaha….

Pagi Ahad tu pagi-pagi buta Subuh dah bangun, mandi, breakfast… We arrived at Sunway Lagoon entrance about 9.30am. Just nice. Beratur beli ticket for another 2 adults n 2 kids. Rupanya enchek hasben dapat 2 lagi ticket free for adult sehari sebelum tu so kurang lah sikit additional cost kikikiki. Lepas tu beratur masuk bila gate bukak around 10am… J Yeeeeehhhaaaaaaaa!

Masa nak simpan barang dalam locker, nak ambil short pants hasben nak mandi erkkkkk tak jumpa!! Fine, konpem tertinggal kat rumah. Dahlah My bekalkan sekali suar mandi untuk abah. Demmm… apalagi gi kedai beli suar pendek kat situ. Harga? RM80+ for 2pcs.. -..- Takpe, layannnnn…..

Ok this is one thing yang u guys kena take note kalau ke Sunway Lagoon

# Jangan lupa bawa swimming suits! Sebab nak beli kat dalam tu harga konpem dua kali ganda dari luar huuuuuu

# Kat dalam sunway ada Locker untuk simpan all of your stuff. Kalau korang plan untuk mandi sila simpan segala mak nenek dalam tu termasuk selipar/kasut. Sebab bila korang dah giler mandi tatao nak letak mana pastu takde orang nak tengok2 kan barang pastu takut lupa kalau korang nak pergi tempat lain haha. Harga Locker adalah RM15 per all day. Boleh bukak tutup ikut sukati korang. Just scan menda alah yang dia pakaikan kat tangan tu. 

They are 4 park there:
# Water Park
# Ammusement Park
# Extreme Park
# Wild Life Park
# Scream Park

Hah sukati korang lah nak gi mana dulu. Ada masa daripada pukul 10am – 6pm untuk korang berjimba-jimba tapi tapi… solat jangan tinggal haaaa…. Surau provided berdekatan dengan entrance.. jauh sikit la dari all parks tu huhu… ;)

Malas nak membebel panjang… layannnn gambar je la ye… huhu

























Kitorang keluar dari Sunway Lagoon about 4.30pm. Solat Zohor n Asar siap-siap baru balik. Mak Abah n family kakak semua dah gerak awal around 2pm sebab nak balik Johor kan. My tak sempat pegi semua park pun. Yela bawa si kecik Dhia kan… huhu kesian dia. Tu pun My bagi chance kat hasben pegi lah main apa lagi dia rasa nak main yela lepas ni entah bile pegi lagi kan. Sementara tunggu enchek hasben bersuka ria My duduk kat kusi mana-mana tidokan Dhia.. J

Monday pegi keje badan sakit-sakit hoho tapi takpelah.. seronok.. J Sok lusa kalau dah beranak ramai sikit + anak dah besar-besar boleh lah suh daddy belanja bawa pi Sunway Lagoon lagi hehehe…

Korang yang nak pi, ni rate dia:



















Till then! :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers