9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Friday, August 21, 2015

Cara Mudah Transfer Gambar dari HP/Laptop ke Laptop/ HP

Korang ada tak masalah negara seumpama bab2 nak transfer gambar ke notes ke dr hp ke laptop atau dr laptop ke hp?

Bila nak kena blutut ke transfer ke rs menyusahkan bebenor huhu. Macam aku kadang2 suka edit pic guna laptop pastu bile dah save haaa jenuhlah nak blutut ke hp. Kdg2 datang weng dia blutut tu error pulokkkk..



Haa ni nak share app EVERNOTE ni. App ni very useful untuk aku la. Korang aku tatao la aku share je haha. 1st thing 1st pastikan korang donlod app ni di HP dan di LAPTOP. Macam mana nak guna? Kalau ada gambar yg nak kena transfer ke laptop/hp korang upload je dlm evernote ni pastu sync kan.

Cth gmbr dr hp ak nk transfer masuk ke laptop ak gi evernote aku attach gmbr dlm tu. Pastu ak gi evernote kt laptop.. sync kan die.. nnti muncullah file gmbr tu. Tggl save attachment sajo.. 😊

Faham ke faham? Hehe

App ni amat membantu peniaga picisan macam ak ni hehehe..

Okbai.

TIKET MASUK ZOO PERCUMA UNTUK TENGOK PANDA!

Sudah sedia maklum Panda yang kat Zoo Negara tu dah beranak kan kan.. errr tapi tak pasti plak jantinanya lanang ke wedok hahaha..

Haaaa nak tau apa kata AHAD ni (23 Aug) korang bawa isteri/suami dan anak-anak ke zoo negara!



Tiket masuk PERCUMA untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan PERCUMA untuk sesiapa sahaja yang lahir pada 23 Ogos 2015! Wahhhhh syioknyee!!!

Jom weh pi tengok Panda!!! Aku pun tazabar nak bawa Dhia ngan Danish ke sana. Tahun lepas ke Zoo tapi Panda belum masuk lagi time tu hehe. Haaa takpe kalini kita qada balik hehehe..

Kita jumpa kat Zoo Ahad ni okay!

Tuesday, August 18, 2015

My Breastfeeding Journey Part II

Alhamdulillah.. i'm proud to be a mommy. Rasa tak percaya dah jadi emak kepada sepasang anak syurga Dhia dan Danish.

dan aku bangga bila aku dapat menyusukan anak aku sepenuhnya dengan susu ibu. Dulu masa lahirkan Dhia aku kurang ilmu penyusuan tapi Alhamdulillah aku tetap menyusukan Dhia cuma masa Dhia dulu terdapat banyak rintangan yang perlu aku lalui... So aku agak struggle sikit untuk memenuhi kehendak Dhia.. 

Alhamdulillah walaupun tak sempat menyusukan Dhia sampai 2 tahun at least dia tetap merasa susu ibu sehingga setahun empat bulan. Aku wean off sebab mengandungkan Danish. Rasa kesal juga tak dapat meneruskan penyusuan hanya kerana aku mabuk teruk dan tiada mood nak melayan kehendak dia. Macam-macam aku buat nak suruh dia wean off termasuk sapu asam jawa kat (.) (.) ngeh3... Sudahnya 2 minggu macam tu je dia macam weng sikit sebab tak dapat candu lepas tu dia dah okay.

Bila aku dah baik mabuk susu pun dah kering.. Dhia pun dah tak mengempeng lagi malam. oh rindu! Bila dah bersalin Danish aku sua pun dia tak hingin dah hahaha... padan muka aku sendiri.. :P

Anyway, sebelum aku lahirkan Danish aku sudah lebih bersedia berbekalkan pengalaman melahirkan Dhia. Alhamdulillah sehingga hari ini Danish dah 9 bulan masih menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Aku harap ini akan berterusan sehingga umurnya 2 tahun + Amin....

Bagi aku, penyusuan adalah suatu nikmat yang semua orang yang bergelar ibu boleh dapat. kuncinya adalah ILMU. Aku agak sedih bila dengar ada mak-mak especially first timer yang selalu give up awal tidak mahu meneruskan breastfeeding dan memilih untuk memberikan susu formula. 

Nasihat aku, carilah ilmu. Sekarang segalanya di hujung jari. Bersiap sedialah bukan sahaja kelengkapan kelahiran malah ilmu dan kelengkapan untuk penyusuan juga. InsyaAllah, kalau kita ada ilmu kita akan berusaha untuk menyusu secara eksklusif. 

Penyusuan susu ibu secara eksklusif bermaksud,  bayi  hanya diberi susu ibu dalam masa 6 bulan pertama selepas kelahirannya. Takde makanan atau minuman lain diberikan pada bayi dalam tempoh tersebut. Makanan pelengkap hanya dimulakan setelah bayi  berumur 6 bulan dan ke atas. Penyusuan seharusnya diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun.

Macam mana untuk mencapai penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan? WHO (World Health Organization)  dan UNICEF (The United Nations Children’s Fund) menyarankan perkara-perkara yang berikut :
  1. Penyusuan susu ibu perlu dimulakan dalam masa 1 jam pertama selepas kelahiran bayi. - Ini sangat penting sebagai permulaan. Tujuannya adalah untuk stimulate pengeluaran susu ibu. Masa lahirkan Dhia dan Danish right after bersalin aku terus susukan. Kalau jenis aku awal-awal preg memang susu jenis segan-segan nak keluar. tapi tak boleh give up kena bagi jugak. InsyaAllah lama-lama nanti adalah susu tu. Macam aku, aku suka urut lepas tu confirm (.)(.) tu bengkak hehe.
  2. Penyusuan eksklusif iaitu bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang makan atau minuman walaupun air masak. - Sepanjang 6 bulan pertama aku tak pernah bagi makanan dan minuman lain selain susu ibu SAHAJA pada anak-anak. Ingat ye, berikan susu ibu sahaja.
  3. Menyusu mengikut kehendak bayi iaitu kekerapan menyusu adalah bergantung kepada permintaan bayi. - Kerapkan menyusu anak biasanya dalam 2 - 3 jam silalah susukan anak. Kalau mak-mak baru lepas bersalin, kerap menyusu itu perkara biasa. Anak menangis juga perkara biasa. Keperluan mereka untuk setiap sesi amat sedikit tetapi kerap. 
  4. Tiada penggunaan botol atau puting tiruan diperkenalkan kepada bayi dalam tempoh tersebut. - Masa Dhia dulu aku ajar botol terlalu awal so dhia mengalami nipple confusing pada awalnya. Sudahnya dia menolak untuk direct breastfeed. So agak susahlah jugak sebab kena pam then masuk botol baru nak minum. Bila dah bekerja malam-malam kena bangun panaskan susu bagi dia minum haha memang struggle sangat masa Dhia dulu. Masa Danish aku ajar botol hanya masa 2 minggu sebelum mula bekerja. Alhamdulillah Danish takde masalah untuk menyusu direct atau botol. Dua-dua pun dia okay.. :)
  5. Semua jenis cecair tidak digalakkan diberikan kepada bayi kecuali ubat-ubatan atau rawatan yang diperlukan oleh bayi tersebut - No water.. no drugs. 

Ketinggian Nilai khasiat susu ibu                                                   

Setiap makhluk tuhan yang bergelar mamalia dikurniakan susu untuk membesarkan bayi masing-masing, mengikut keperluan perkembangannya. Gajah, kucing, lembu, kuda dan binatang lain menghasilkan susu yang sesuai untuk keperluan bayi mereka yang perlu berjalan sejurus selepas dilahirkan.  Oleh itu,susu mereka mengandungi kandungan mineral yang tinggi untuk pertumbuhan tulang yang kuat. Kandungan protein, lemak, karbohidrat, mineral dan air adalah unik  bagi setiap mamalia manakala susu ibu pula bersesuaian untuk bayi  yang memerlukan perkembangan otak yang optima. Bayi yang dilahirkan sebagai insan yang tidak berdaya, memerlukan perhatian rapi ibunya untuk jangka masa yang panjang  sebelum dia dapat berjalan. Susu ibu berubah mengikut perkembangan dan keperluan bayi. Kandungan susu ibu tidak akan dapat  ditiru sepenuhnya oleh kecanggihan teknologi moden dalam makmal atau kilang.

Penyusuan susu ibu memberikan seribu kebaikan kepada bayi dan ibu. Kesan baik ini bukan hanya dirasai ketika bayi  masih kecil, namun ianya berkekalan di sepanjang hayatnya. Kebaikan ini meliputi kesan terhadap perkembangan fizikal, mental, emosi,  dan juga pembentukan peribadi seorang anak.  Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh sebuah universiti di Amerika Syarikat yang menunjukkan bahawa penyusuan susu ibu memberikan faedah yang banyak kepada ibu dan bayi sama ada dari segi fizikal mahupun psikologi. Penyusuan juga merupakan langkah yang praktikal bagi keluarga, kerajaan dan masyarakat untuk menjimatkan wang.                                                                                                                                                                                          
Susu Ibu melindungi Bayi

Setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini  tidak berupaya melindungi dirinya daripada sebarang penyakit. Sistem pertahanan bayi yang masih belum matang tidak mampu untuk melawan penyakit .  Susu ibu mengandungi beberapa faktor anti infeksi (melawan jangkitan)  yang akan membantu menghindarkan bayi daripada pelbagai jenis jangkitan kuman, antaranya termasuklah yang berikut:

  • Laktoferin yang akan bergabung dengan zat besi (iron)  untuk  mencegah perebakan bakteria usus
  • Immunoglobulin (IgA) dan sel darah putih  yang bertindak melawan kuman dalam badan.     Kandungannya tinggi di dalam kolostrum.  Kolostrum merupakan vaksin pertama yang perlu diberikan kepada bayi untuk melawan bakteria dan virus. 
  • Protein, vitamin A dan E yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit mata.
  • ‘Bile salt stimulated lipase’ yang berfungsi melindungi bayi daripada jangkitan ameba
  • Faktor bifidus yang berfungsi untuk membantu bakteria khas iaitu lactobaccilus untuk membiak di dalam usus bayi. Dengan adanya bakteria baik ini, bakteria tidak baik (patogenik) akan dihapuskan dan hal  ini dapat menghindarkan bayi daripada mendapat penyakit. 
  • Limfosit-limfosit dan makrofaj yang membantu melawan kuman yang masuk ke dalam badan bayi
  • Agen anti keradangan yang melindungi bayi daripada mendapat kesan keradangan yang teruk.
  • Antibodi ibu boleh diberi kepada bayi  melalui penyusuan susu ibu. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Kawalan & Pencegahan Penyakit, Amerika Syarikat mendapati, bayi yang menyusu dengan susu ibu akan menerima antibodi daripada ibunya yang akan melindungi bayi daripada jangkitan kuman.
  • Faktor pembesaran. Selenium, karotenoid asli dan nukleotida boleh membantu perkembangan dan kematangan sistem imun bayi. Kematangan sistem imun penting supaya badan bayi  berupaya untuk melawan penyakit yang menjangkitinya.
Selain melindungi daripada jangkitan kuman, penyusuan susu ibu secara eksklusif, boleh mengurangkan risiko penyakit alahan seperti lelah (asma)  dan ekzema. Risiko penyakit kencing manis semasa remaja dan kegemukan juga akan berkurangan pada bayi yang diberi susu ibu. Selain itu bahan laktosa yang terdapat dalam susu ibu boleh membantu mencegah penyakit riket, iaitu dengan meningkatkan penyerapan kalsium dan merangsang perkembangan otak bayi.

Bayi yang menghisap susu ibu jarang mengalami  gejala seperti cirit birit, jangkitan salur usus dan jangkitan salur pernafasan berbanding dengan bayi yang diberi susu formula. Kajian yang dijalankan oleh Pusat Pencegahan Malnutrisi Kanak-Kanak di Brazil, menunjukkan penyusuan susu ibu dapat mengelakkan kematian dan kemudaratan akibat cirit-birit pada bayi. Bayi yang tidak diberi susu ibu mempunyai 25 kali ganda risiko kematian akibat cirit-birit berbanding bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif.

So, in short silalah cari gali ilmu penyusuan.. n enjoy breastfeed! :)

Rujukan Asal: husm.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers