9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, April 10, 2013

24 jam = 24 saat


Nak kata busy.. not really. But 24hours given per day ku rasakan seperti 24 saat. Yeup I even dunno how to manage my time….-.- Bangun seawal 5.30 am. Setengah jam untuk diri sendiri ; mandi, solat, pump, dan sediakan keperluan nak gi keje dan Dhia nak ke rumah pengasuh. Around 6.15am kejut daddynya plak mandi2 n solat sementara My melayan Dhia yang biasanya dah bangun seawal 6.00 – 6.30 am. Pegi keje before 7.30 am right afta hantar Dhia ke rumah pengasuh. Sempat breakfast dengan enchek hubby and akan sampai office before 8.30 am.

Kalau takde urusan kerja akan balik around 5.30 – 6.00pm. Sampai rumah before 7pm and terus gi ambil Dhia kat rumah pengasuh. Kalau Dhia tido awal ada la extra time untuk My rehat-rehatkan diri. If not.. akan berganti-ganti dengan enchek hubby mandi, solat, makan. Seketika letak Dhia depan tibi bagi dia layan babytv okaylah jugak. Tapi kalau dah sampai masa dia bosan berbunyilah dak kecit tu so kenalah layan dia.. sampailah bila dah berjaya tidurkan dia… baru ada masa untuk diri sendiri. Biasanya around 9pm ke atas. Itupun bukan boleh duduk-duduk saja… dok cuci-cuci botol Dhia… kemas rumah ke.. lipat baju  ke… Fuhhhh… Kalau dah takde apa nak buat seusai Isya’ dan pump susu je memang My dah letak kepala atas bantal. Tapi selalunya lewat gak. Around 11pm – 1 am. Tu belum masuk waktu berjaga malam untuk susukan Dhia. Pagi-pagi esoknya 5.30am dah kena ulang balik rutin yang sama huhu.. see? tak cukup bagiku 24 jam kan ngee~

Kalau My gi keje merempit as usual dengan hubby bolehlah gerak seiring dengan masa 24 jam tu. If not, kalau ada urusan keje macam meeting ke, etc My terpaksalah naik komuter. Sementara enchek hubby kena balik dulu ambil Dhia. My hanya akan sampai rumah around 8pm ke atas. Bila dah balik lambat mulalah kelam kabut macam tak cukup masa.. dengan Dhia tak tidur lagi… Biasalah biasanya tangan mummy dia ni je yang Berjaya tidurkan dia.

Fuhhhh… begitulah rutin harianku sebagai mummy bekerjaya. Ini baru sorang anak kalau 2,3,4,5,6,7?? Wallah….! Hehe. InsyaAllah… alah bisa tegal biasa. Kami tak serik pun ada anak… Pakallah Dhia kecit lagi kalau idak memang nak bagi adik-adik dah ni hahaha…

Anyway, Dhia semakin membesar. She is 4 month+ now. Berat? 5.9kg. Huuuu tak berapa nak berat kan. But still normal. Mungkin mummy dia kurang makan makanan berkhasiat sebab tu Dhia pun tak banyak naik beratnya. Entah benarkah? Anak yu ols yang breastfeed tu biasanya berat monthly naik banyak tak? Dhia around 400-500g je. Takpelah. Yang penting masih berat yang normal dan anak mommy sihat… :)

Perkembangan? She is very talkative! Ada je benda nak diboraknya lagi-lagi kalau dengan daddy haih~ Meniarap belum lagi. Tak sabar nak tengok Dhia meniarap… merangkak… cepatlah besar sayang!

Oh ye! isu pengasuh dah settle. Errr at this moment la... Hehe. Third baby sitter yang on the spot pi hantar haritu yang jaga. Dah masuk minggu yang kedua n kakak tu tak pernah plak merungut. Bila tanya Dhia ada buat hal tak dia kata biasalah kalau baby kecik menangis tu. Dia dah biasa jaga anak orang so bagi dia budak meragam, menangis perkara biasa yang dia boleh handle. Alhamdulillah… harapnya Dhia okaylah dengan baby sitter yang baru ni. Setakat ni My boleh gi lagi lah dengan dia walaupun sehari 3-4 pasang Dhia berganti baju sedangkan My bagi betul2 cukup untuk 5 hari… -.- BS tu mandikan dia 3 kali sehari okay. Panas katanya so dia mandikan Dhia bagi segar sikit… adeh~ apa-apalah yang penting Dhia baik-baik je.

Yu ols apa khabar? Dah lama tak BW. Nantilah ada masa My jengah okay.. :)

Till then!

Pengedar Shaklee anda:
Maizatul Akma ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122 
Email: mythegreat87@yahoo.com 
FB: Vitamins4HealthyLife 

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah sini

With Julia said...

Alhamdulilahhh selesai masalah BS kan...syukur...DHIA makin talkative ye hehhe best ye pandai ckp..PR bgus :*

Gadis said...

yeay dhia dh best ngan BS baru tu..
ok la tu My..
slagi Dhia tak mragam n seronok je..maknenyer ok la..
payah nak cari BS skang ni kalau tak betul2..huhuhu..

Nora Karim said...

tak pe... anak cepat besar... mula2 ni je rasa macam tak cukup masa... nanti bila dia dah besar dan boleh jalan dan boleh urus diri dia sendiri... mesti kita akan cakap... "kenapa la masa berlalu cepat sangat?" ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers