9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, April 15, 2013

Mommy Gagah!


Kami tiga beranak tak sihat. Mula-mula Dhia diserang selsema+kahak.. berjangkit pula pada mommy n daddy. Sudahnya Dhia pun kena balik selsema. Huuuu sorry sayang mommy terkiss lebey-lebey ngee~. Pelik. My ni jenis yang jarang nak demam, selsema semua ni. Tapi this year dah 2 kali demam. Adeh. Ikutkan badan ni memang tak larat. Flat je rasa kat rumah tapi demi tanggungjawab sebagai isteri dan mommy kat rumah tu, ku gagahkan jua.

Beruntunglah jadi seorang lelaki, suami dan daddy kan. Tak perlu beranak… Tak perlu fikir bape banyak botol susu dan jumlah oz nak dibekalkan pada pengasuh.. tak perlu fikir berapa helai baju, berapa helai seluar, berapa helai sarung kaki nak diletakkan dalam beg dhia untuk bekalan seminggu ke rumah pengasuh, Tak perlu fikir berapa banyak baju anak yang masih muat dipakai, hanya tau bila si mommy mula buka suara perlu beli baju yang baru. Tak perlu basuh baju anak… tak perlu lipat baju anak… Tak perlu mandikan anak… Tak perlu berjaga malam untuk susukan anak…

Apa yang daddy tau? Tukar pampers Dhia (in case mommy has another thing to do)… Rendamkan susu dalam air panas and feed Dhia (In case mommy has another thing to do)… Tidurkan Dhia (In case mommy has another thing to do)… yeah… Itupun only a few times yang berjaya… if not, mommy jugak yang kena tidokan Dhia…  Mandikan Dhia? “Tak reti… nanti mommy complaint tiak Dhia leher Dhia masih berdaki..”… Lipat baju Dhia? “Tak reti”… Bila daddy tahap dah try the best tidurkan Dhia, tapi Dhia taknak tidur ditambah dengan mengamuk… “yang tolong.. Dhia taknak tido lah.. cuba bagi susu (direct feeding)”… hurm… mommy jugak……

Ye… kadang-kadang diri ini sangat stress. Enchek hubby memang helpful. Bukan jenis lepas tangan kalau kat rumah.. Tapi mungkin dah lumrah keje-keje di atas memang semuanya untuk seorang isteri dan seorang ibu makanya sangat tak sempurna bila diserahkan pada seorang yang bergelar lelaki dan bapa. Is it? Or… Daddy yang taknak belajar untuk jadi sempurna?

I’m solute to all mommies yang bergelar housewives out there! Sesungguhnya anda di rumah bukan duduk goyang kaki je.. hanya kami-kami yang bergelar isteri dan ibu ni je tau dan faham betapa ‘robot’ nya anda di rumah. Jadi housewife pun perlu kekuatan mental dan fizikal hokay… Sangatlah dukacita jika seorang suami tidak memahami tugas kita sebagai isteri dan ibu. Tugas kita lebih berat dari tugas mereka ditempat kerja. Exactly! So… sangatlah hebat jika seorang ibu bekerjaya mampu menggalas tugas sebagai isteri and mommy at the same time is it? Mana nak fikir soal kerja di office… mana nak fikir pasal suami n anak-anak di rumah… All tenaga need to be divided into all things… fuuhhhh…. Am I great? Hihi…

Hiii… meroyan plak. Saje je. Nak release ketensenan + kepenatan diri ini… Yang penting, saya sayang keluarga saya! Anda bagaimana? huuu…

Till then!








Pengedar Sah Shaklee anda:
Maizatul Akma
ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife

Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

5 comments:

Gadis said...

memang pun My..
jadi fully housewife ni mcm bekerja jugak..
nak melayan kerenah ank yg kadg2 ade mcm2 perangai..
yela baru nk kenal dunia..
hihihi..
tapi yang penting enjoy jadi suri rumah walaupun schedule penuh 24 jam..

my tanyer pasal spray tu yer..
my boleg tgk entry ain yang ni tau..

http://www.gadisathome.my/2013/04/produk-bio-ion.html

With Julia said...

Itulah dia syurga terletak di bawah kaki ibu....di umpamakan...so berlapang dada dan senyumlah my...sbb setiap perbuatan anda memandikan, menyikat rambut, memberi makan dan menukar diapers dhia...setiap satunya di catatkan pahala....ramai yg leka about this...remember...wanita adalah sgt2 tinggi darjatnya dimata Allah jika kita pandai membawa diri sebagai anak, wanita, isteri dan ibu... :) selamat beramal mommy dhia :)

Nurzakiah Hanum said...

salam singgah ptg

Rosmiza Ali said...

Hai My! Salam kenal.. 1st time singgah sini.. Menarik blog ni.. Apa yang My tulis ni Mieza totally agree! Sangat stress bila sang suami balik2 duk cakap, "Awak duk kat umah jer, apa sangatla yang awak buat.. Lain lah saya ni, nak keluar pi sana sini cari rezeki"..

Kenapalah dorang tak faham yang kerja rumah hari2 yang kita duk buat tu lebih banyak dari kerja dia.. T_T

Melawat dari ZON PERMAISURI CHOMEL

Nora Karim said...

jadi housewife penat dan stressnya double triple lagi... masa saya mula2 jadi housewife (setahun yang lalu) sampai pitam2. tapi lama kelamaan, kita akan tahu macam mana nak handle... Alhamdulillah... semua itu kurniaan Allah untuk kita yang bergelar isteri dan ibu...

salam kenal :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers