9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Monday, June 10, 2013

Poo Poo

Arghhh kejapnya weekend! Ikutkan hati nak cuti sehari lagi for ‘me’ time.. Nak berehat-rehat di rumah… Dhia? Hantar pengasuh hihi.

2 hari ni Dhia berak-berak yu ols. n My tatao puncanya… =( My perasan dia start berak Friday night haritu. Then Saturday morning dia berak lagi… dah tukar pampers tak lame tu berak lagi dan lagi… 5 kali ada kot. Last dia berak dalam kul 4pm macam tu la. Bape banyak kali ‘berak’ daaa… najis dia kaler hijau n perang. n petang tu dia meragam melalak-lalak macam hape. Sampai My panggil ex BS dia belakang rumah sebab enchek hubby gi keje. My perasan dia merengek bila My cuci tuuttt dia. Rasanya melecet sebab dah kemerah-merahan bawah tu mungkin sebab da banyak kali berak. Ex BS dia siap bw Dhia balik rumah sat. adalah sejam dua.
najis hari sabtu - hijau n jingga
Najis hari sabtu - hijau

Balik rumah petang tu dia ok je. My mandikan.. Tak lama tu dia melalak mengamuk-ngamuk lagi. Tapi dah takde berak da. My tak sure dia menangis sebab sakit perut or sebab bawah dia dah melecet. Puas pujuk.. Kul 6pm daddy dia balik.. daddy bawa keluar rumah pujuk-pujuk dia senyap. Tak lama tu dia tidur. Lepas maghrib dia bangun. Ok je. Kitorang bawa gi klinik. Gi klinik macam tak sakit je.. Steady je dia gelak-gelak.. depan doc boleh main tepuk-tepuk meja.. -..- Entah. Doc kata salah makan. Macam tak confident je My tengok doc tu. Pastu yang banyak bagi advise bukan doc.. pembantu klinik yang banyak bersuara dari doc… -..- Ubat doc bagi My tak bagi pun kat Dhia sebab malam tu Dhia nampak ok. Lagipun tak elok baby below 1 year makan ubat. Selagi boleh memang My akan elak bagi ubat. My tidurkan Dhia lepas tu dia lena sampai pagi. Sesekali je bangun menyusu badan. Fuhhhh…
 
najis hari ahad
najis hari ahad
Pagi ahad semalam Dhia bangun pukul 9 pagi… Dia dah mula balik..  berak lagi. Najis kaler hijau. My mandikan dia lepas tu… Sampai ke petang dia berak-berak bout 5 times. Tapi dia tak meragam. Najis kaler hijau.. pastu kuning. Kitorang gi klinik lagi petang nya. Doc kata mungkin perut tak kena dengan makanan. So suruh stop dulu.

Hurm, dia dah start makan last week kot. Ok je? Last makanan hari Jumaat haritu adalah carrot. Tapi dah bagi 4 hari carrot. Tak kena dengan carrot ke? 2 hari semalam My bagi potato puree. Sekali makan je. Adeh…

Pagi tadi, Dhia bangun dia berak lagi… alamak. masih lagi ke? Tapi kali ni najis kaler kuning. Hurm… Harini bekalkan bubur nasi tapi suruh BS pantau keadaan dia.
najis pagi Isnin
Sekarang ni yang ada dalam kepala My Dhia jadi macam ni mungkin sebab:

# Food poisoning/ Salah makan/ Perut tak kena dengan taken food
# Minum lebih banyak foremilk than hindmilk
# Growth spurt/ Beralih bulan

korang rasa kenapa??? advise pls.

Adusss… pening mommy. Harap-harap harini Dhia ok lah ye. Nasib baiklah dia ragam masa weekend kalau kena kat rumah BS alahai sian BS nak melayan. 2 harini My tak kemana pun. Semalam pun enchek hubby tak kemana memang kami duk rumah melayan keletah Dhia je. Dengan tak nak tidurnya.. berak-beraknya.. flat giler hokay… Langsung tak dan kami nak berehat-rehat tidur. After 9pm macam tu barulah Dhia betul-betul lena. Fuhhhh… sabar je lah. Badan My kalau ada battery memang dah tinggal 10% je gaknya. Tapi malam tadi masih gagah buat bubur Dhia… lipat baju.. sebab siang tu tak sempat nak settle semua benda uuwwwaaaaa…..






see see betapa lasak nya anak mommy ni... -..-

Now gi keje badan sakit-sakit.. tak sedap badan.. tekak loya nak muntah. Mungkin sebab terlalu penat! Ya Allah… kau berilah aku kesabaran… kau beri aku kekuatan untuk menjaga anak dan rumahtangga… memang penat! Tapi bila anak dah tidur teringat keletah dia… tak kisah pun dengan rasa penat tu… Seyesly Dhia makin lasak now… tahan kan aje lah.. huhu Dhia Dhia….. 

errr.. sorry la banyak gambar taik plak atas tu hahahhahaa








Pengedar Shaklee anda: Maizatul Akma 
ID: 931432
sms/whatsapp: 019 336 4122
Email: mythegreat87@yahoo.com
FB: Vitamins4HealthyLife
Hubungi saya dan dapatkan suplemen kesihatan anda hari ini! Konsultasi percuma… =)

7 comments:

Nurzakiah Hanum said...

ala cian baby

*Vivilicious* said...

nak bagi advise..takde pegalaman. Waiz start makan sabtu lepas..baru 2 hari..2 hari jugak tak berak lagi :(


** dhia blh angkat punggung dah eh.. waiz malas la nak niarap..huhu

fazrulnoor said...

perlu ke post gambar tu..earkkkkk hahaha

Teratak Hami said...

Baby akak penah kena berak2 sampai melecet. Tu pasal nanges je. Akak mmg beri mkn bubur je kat baby. Takde puree2 ni. Kalau teramat malas, baru le beri nestum.

So doc advice, masak bubur kosong. Jgn tambah apa2 lauk (ayam, ikan, sayur etc). Garam skit boleh la.

Then susu kalau selalu kasi 4 scoop, kurangkan half. Betul2 half

Akak try kat baby, alhamdulillah mmg berkesan. Tak perlu air2 garam bagai. Beri 100 plus tapi hilangkan gas dulu.

After baby dah ok then boleh start macam biasa semula.

cikpingu said...

same la cm dhia punye poo2 aritu.. :)

Haryati Faizal said...

moga baby cepat sembuh ye...

Alia Natasha said...

Comelnya anak kak my :D weeeee dah ada anak how times fliesss

ps > saya from geng bala tentera typo :) Rindu semua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers