9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, September 16, 2015

Alami Pengalaman Sambutan Bulan PLAY-DOH® Yang Julung Kali Diadakan!

Kepelbagaian Komuniti Malaysia memberi inspirasi kepada anak anda untuk mencipta ukiran PLAY-DOH® terbaik, yang akan juga menjadi sebahagian dari cubaan memasuki The Malaysia Book of Records!

Kuala Lumpur, 14 September 2015: Imaginasi sihat memainkan peranan penting dalam pembelajaran kanak-kanak. Selama lebih 50 tahun, PLAY-DOH® telah memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk bermain, mencipta, eksperimen dan mengukir ciptaan unik tersendiri. 

Ini menjadikan Bulan PLAY-DOH® yang julung kali diadakan suatu berita yang amat menerujakan!

Bermula 21 ke 27 September di Ground Floor, HighStreet, 1 Utama, kanak-kanak dan orang dewasa berpeluang menghasilkan karya terbaik mereka  berilhamkan Malaysia dari PLAY-DOH® – menurut apa sahaja yang dipilih, samada ukiran, nombor ataupun huruf.  

Semasa anda mencipta yang baharu atau mencipta semula yang sedia ada, anda turut berpeluang menyertai cubaan The Malaysia Book of Records untuk mencapai rekod hasil ukiran PLAY-DOH® paling banyak dalam satu hari pada 26 September (Sabtu). Kejayaan cubaan ini akan menyaksikan rekaan PLAY-DOH® anda dipamerkan untuk tontonan semua rakyat Malaysia, dan di mana ukiran paling kreatif akan memenangi hadiah PLAY-DOH® yang menarik!

Dengan PLAY-DOH®, imaginasi anda tiada hadnya. Anda juga boleh bekerjasama dalam pasukan atau secara sekeluarga untuk berkongsi idea mencipta sesuatu yang istimewa. PLAY-DOH® merupakan alat yang hebat untuk menggalakkan pembelajaran dan eksperimen– melalui pembelajaran secara terus-menerus, permainan tersusun dan galakan berterusan, kanak-kanak dapat belajar pelbagai kemahiran seperti mengenal bentuk, warna, mempelajari cara mencampurkan warna dan juga belajar kemahiran bersosial dan intelektual seperti kerjasama dan penyelesaian masalah.   

Anda dan anak anda boleh mula “Membina Komuniti Ceria” dengan tip berikut:
Langkah 1: Bekerjasama sebagai pasukan bersama anak anda untuk membayangkan apa yang dapat mewakili Malaysia dengan paling tepat dan positif. Anda boleh melakarkan idea tersebut menggunakan pen penanda berwarna-warni, pensil warna atau krayon.  
Langkah 2: Jelmakan idea menggunakan bahan PLAY-DOH®. Lakukan eksperimen dan beri galakan sesama sendiri semasa melakukannya. Anda boleh menggabungkan warna yang berlainan dan mencampurkannya dengan jari anda hingga ia menjadi warna lain dan gunakan bahan dalam rumah untuk menekan dan membuat pelbagai bentuk dengan bahan tersebut.
Langkah 3: Perhatikan sewaktu anda dan anak anda merubah reka bentuk hambar kepada karya 3D berwarna terbaik berilhamkan Malaysia!  

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Bulan PLAY-DOH®, sila layari laman web PLAY-DOH®: www.playdoh.com.
# # #

Disiarkan bagi pihak Hasbro Malaysia oleh IN.DEED Communications
Untuk pertanyaan media sahaja, sila hubungi
Sarah Lim, +6016-6574446 / sarah@indeedcommunications.com  

1 comment:

Ema Johari said...

pernah main playdoh ni dengan anak..tp bukan dengan playdoh ni..kami anak beranak pakat guna tepung....hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers