9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, February 15, 2017

Welcome 2017, errr

Bismillah...

MasyaAllah dah mid February baru kau nak ucap selamat datang 2017 dalam belog.. :P kahkah entahlah nak kata kerja tak kan haha. haaa apa kau ingat surirumah banyak masa goyang kaki saja ke di rumah :P 24 jam sehari pun aku rasa tak cukup tau, dengan anak-anak, dengan house chores, layan customer lagi, marketing activities lagi, aktiviti menyusu anak lagi haha aduhla... hehe. So nak tak nak harini aku kena luangkan masa jugak. Rindu sebenarnya nak membebel dalam ni, tapi aku kekangan masa.. bila ada masa aku kekangan idea pulak hukhuk. A.L.A.S.A.N kan.... 

Anyway, time flies.. kejap je dah February pun kan. MasyaAllah cepat sangat masa sekarang. serius! siapa rasa macam tu jugak? kadang rasa tak sempat nak buat itu ini.. kalau kerja ni ibarat tak dan nak kejar deadline.. gitew.. hehe

Adik Kawen

Akhir November haritu adik bawah aku kawen. adik lelaki. Itu pun aku tak sempat nak cerita dalam belog so aku terobek je lah dalam ni sebagai opening post 2017 haha. Kawen dengan orang kampung aku jugak. oklah. So takdelah adik aku nak lari ke mane kan. Wife dia pun kerja tak jauh berulang je so diorang memang duduk dengan mak aku. Sekurang-kurangnya adalah sorang anak yang duduk teman mak kat rumah tu. Adik aku pun sibuk bercucuk tanam kat sana. Ada kebun sayur. Ok what.. belajar dulu bagus je tapi minat dia lebih ke arah macam tu. Jadi asbab jugaklah supaya dia dapat teman mak aku kan. sobs


Berjalan ke Perlis

Sebelum habis cuti sekolah, mak pakat bawa cucu-cucu dia berjalan ke Perlis. Aku sebagai surirumah ni apelagi takkan nak tengok je haruslah turut serta kahkahkah. Angannya mak nak ke sana naik ETS tapi tiket habis makanya kami naik bas je lah. Balik je aku naik ETS direct ke Rawang, mak dengan yang lain-lain je balik dulu naik bas sebab memang takde tiket ETS nak balik Segamat huhu. Dapatlah beberapa hari lepak kat rumah abang kat Perlis nun. Setahun aku duduk rumah memang tak dapat berjalan mana-mana. Laki aku konon janji nak bawa g sana sini.. hampeh haha. kau tengok jangan ingat orang kerja sendiri ni banyak masa nak berhuha huha tau. lagi susah nak dapat masa-masa free untuk pergi vacation whatsoever.. sobs. Tak kira tahun ni aku nak tuntut pi Paris ngan laki aku.. :P

Eksiden

Balik je dari Perlis haritu aku terus direct balik Segamat jugak sebab ada kematian jiran sebelah rumah mak. Tak sedap lah pulak rasa tak balik melawat kan. Dapatlah aku 3 4 hari kat sana. asalnya ben hantar je aku balik kampung tu esoknya dia terus balik KL sebab kena kerja. aku dah siap-siap beli tiket ETS nak balik KL 30hb Disember 2016. Tapi itulah kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan kan.. On the way nak ke stesen keretapi lepas Jumaat 30hb tu dengan kakak aku, kami eksiden berlanggar dengan kereta lain. Aduhai nak luruh jantung rasanya. Hentakan yang tak kuat itupun impact dia dah macam apa. Syukur Alhamdulillah anak-anak takde apa-apa. Cuma sedikit terkejut. Masa kejadian semua kat belakang aku sorang dekat depan sementara kakak aku drive. Syukur lah sangat-sangat sebab aku terhentak kat dashboard depan. bayangkan kalau danish ada dengan aku masa tu? :( Akibat dari hentakan tu hampir sebulan juga dada kanan aku sakit tak baik-baik huhu. Kereta akak aku 2 bulan masuk workshorp rosak belah kanan. 

Apapun, syukur Allah panjangkan usia kami... syukur sangat-sangat takde yang serius.. Fobia jugaklah dengan kejadian tu.. :(

Sudahnya hari itu memang aku tak naik ETS balik KL. Malam tu jugak ben datang ambil kami, esoknya balik KL.

Demam Denggi

Lepas satu, satu dugaan datang... baru 2 3 hari lepas eksiden balik je rumah aku tiba-tiba demam. Tau je lah jenis aku ni susah sangat nak demam tapi haritu badan rasa lain macam sangat. Rasa nak demam menggigil-gigil badan... Aku ni jenis biasa malam baju singkat-singkat je tapi masa tu tidur pakai baju 2 3 lapis, ekon tutup, selimut berlapis-lapis.. still menggigil-gigil. 2 3 hari aku demam on off. Memang tak larat sangat. End up pergi klinik check positif denggi.. :( first time seumur hidup kena weh. masa datang check tu platelet tinggi lagi doc kata tak perlu warded. Tapi jenuh jugaklah nak berulang ambil darah kan. ditambah plak aku tak larat. Esoknya bila check darah 2nd time platelet turun ben terus bawa aku masuk wad kat KPJ. 

Sekurang-kurangnya duduk wad aku dapatlah rehat sikit plus boleh nurse tolong pantau. Sepanjang aku jadi isteri dan mak orang inilah pertama kali aku warded bukan sebab bersalin. Pertama kali juga berpisah dengan Danish yang belum putus susu tu. Mau tak meraung aku malam pertama dalam wad haha. laki aku cakap susah jugak nak tidurkan dia. mencari candu... bila cakap mami tak sihat mami kat hospital baru dia faham. Malam2 ada juga di terjaga cari aku. siap pergi bilik air ingat aku tengah buang air. tup tup yang keluar atok bukan mami hukhuk sedihnyeeeee.... Bila siang je diorang datang melawat aku kat wad aduhai danish datang2 confirmlah lepas gian dulu huhu. Susahnya nak wean off baby tua sorang ni huhu bukan anak yang taknak mak yang tak sampai hati haha. nanti-nantilah... esok lusa takut aku yang rindu sobs.

Ada lah 3 malam aku kat wad tu. 2 3 hari platelet aku asyik turun je sudahnya sehari sebelum discaj tu aku bedal segala tok nenek air.. Air jus jambu batu lah, air teh bunga lah.. air masak lah.. nah ulang alik ke toilet je lah. Alhamdulillah the last day tu doc kata platelet turun n aku boleh discaj. suka kemahen. balik rumah ak sambung je lah minum jus tu sampai betul2 rasa okay. sakit dalaman oi berpisah lama-lama dengana anak huhu

************************
Inilah antara cerita-cerita yang tak sempat sangat kononnya untuk aku nak kongsi dalam ni kan... huhu

ini semua dugaan.. pengalaman... Allah saja jentik sikit supaya kita beringat dan sentiasa ingat pada Dia... :(

sorry lah gambar takdak kahkah sebab belum edit watermark.. :P

ok tu je.. esok2 aku up post lagi yek.. (esok2 tu tak tahulah bile hahahah)

okbai.














No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers