9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, February 6, 2011

Cuti Panjang di Perantauan….

Bagi yang bekerja seperti I semestinya cuti CNY selama 4 hari ni diklasifikasikan sebagai cuti panjang. Lain pula bagi yang masih bersekolah mahupun menuntut di IPT di mana y’ols mempunyai cuti panjang khas bagi mengklasifikasikan ianya betol-betol cuti panjang u’ols seperti cuti penggal (yang bersekolah) mahupun semester break (bagi yang menuntut di IPT).. ahhh.. jelesnya dengan u’ols… rindunya zamanku itu setahun yang lalu..T_T… Cuti y’ols memang tersedia ada.. namun bagi I yang telah bekerja seharusnya membahagi dan menggunakan cuti 17hari setahun sebaik-baiknya… y’ols semestinya boleh dapat 17hari itu dalam sekali cuti sahaja dan mungkin akan dapat lagi 17hari lagi di tahun yang sama..malah..lebih dari itu mungkin…ahh jeles memang jeles…T_T..

Tahun lepas I cuti CNY pun lama jugak waktu tu I praktikal di sini. I spent my whole holiday with my family. We’ols lepak kat rumah kakak I di Batu Pahat. My mom, dad and all other siblings turun sana. We’ols BBQ sekali u…ahh rindunya waktu itu.. but this year.. CNY I di sini..di bumi Kuala Lumpur.. I keseorangan di rumah sewa…bersama noty si kucing terchenta… sunyinya.. sayunya.. sesekali mengalir jugak airmata terkenang ibu ayah di desa…uuwwwaaaa….

Walaupun tak pulang ke kampung halaman.. tapi I berteman di sini.. I ada ben.. I ada family dia.. but tu lah, family orang lain tak sama dengan family sendiri kan. Bila dah balik rumah, sorang-sorang, rasa rindu sangat-sangat…hurm…

I ni dok sedih-sedih pehal? Orang dah bagi kau cuti yang kau tak balik kampung pekejadahnya? *suara sumbang mula kedengaran. Erkkkk~ I bukan tak mahu balik. Tapi y’ols tahu kan.. Seperti yang I maklumkan di entry sebelum ini, sekarang bukan ke musim banjir di selatan tanah air nun? n yang sadisnya kampung halaman I yang paling worst banjir oke. Haih~ So, untuk keselamatan I dinasihatkan untuk tidak pulang. Pertamanya, nak drive I tak berani sebab jalan licin.. n mungkin dalam perjalanan di mana-mana nanti ada jalan yang ditutup sebab banjir. Tak ke naya? Plus, bila balik semula ke KL for sure jam teruk kalau I drive. Lenguh kaki yo.. Keduanya, nak balik naik train, train ke selatan semuanya dibatalkan la nokkkk…! Ketiganya, nak balik naik bus?? I tak Tanya plak bus jalan ke tak. Tapi kan ke tengah banjir.. nak ikut mana plak bus tu nanti? Dah lah I fobia dengan bus. Keselamatan beb… So, ku putuskan…. Tinggal saja di bumi KL ini…………………………..

Walaubagaimanapun, cuti I tidaklah I biarkan tidak terisi. Walaupun ada ketikanya I rasa sunyi, I tetap manfaatkan cuti dengan aktiviti yang ada.. Apa dia?? Whole Thursday I spent time ke Pangkor menghadiri majlis pertunangan kawan baik. Pagi Friday baru sampai KL, flat habis… Friday tu spent time dengan bantal dan tilam je la hehe. But I sempat mencuci segala pakaian kotor yang ada. Whole day banyak habis masa kat rumah mak ben makan-makan then tengok tV… ben pun kepenatan yela dia sorang-sorang drive daripada pagi..kesian hehe.
Saturday morning I wake up late at 10 am. Tadelah lewat mana pun kan hehe. Then cuci baju yang dah pakai semalamnya tu. Dah janji dengan Kak Sue nak hangout sama-sama pergi jalan TAR. Janji lepas zohor so kemas-kemas dulu apa yang patut. Lepas menjamu selera di rumah mak ben (seperti biasa hehe), ben drop by I kat stesen komuter. Setengah jam jugak tunggu Kak Sue di sogo. I terawal sangat keluar rumah hehe. Dahlah menstrual pain masa tu.. adoyaiii.. segera cari pil supaya mood shopping tidak terbatas! Wahh banyak tudung murah-murahlah kat situ! Owh no… I kalah see all the foods there….@_@.... Penat berjalan kaki terasa lenguh. Tak pakai heel pun kaki flat…isk isk… Lepak-lepak at mamak minum air buah RM5 yang tak sedap langsung + roti bakar RM3 2 keping yang boleh I bikin sendiri di rumah!! Baik I beli je food kat pasar tu, sedap.. murah! Takpe2… pasni tak jejak dah restoran ‘Insaf’ tu.. memang ‘Insaf’ tamau gi muahahahah… Before balik we’ols redah hujan pegi pasar semula, beli foods and tapau bawa balik rumah. Train penuh… sabar je la..T_T…

Malam tu I tak kemana pun, keluar cari makanan si noty then balik lepaking di rumah ibu ben je. Beli junk food and goreng makan di rumah tengok TV huhu. Layan ‘Biarkan Aku Menangis’ di TV3… rindu sama mak di kampung halaman….uuwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..

Today??? Sepanjang siang I duduk menyendiri di rumah je. Basuh cadar telekung, towel dan segala pakaian yang ada.. mentang-mentang dah ada washing mashine membasuh je la keje I  hehe. Cuma keluar makan tengahari di rumah si dia then balik rumah.. sambung tidur sampai ke petang hehe. Malam tadi I keluar makan je.. balik rumah tengok tV, blogging this entry… and pasni tidur…… ahhhhh… esok keje? Macam ni la.. bila dah cuti lama mood nak kerja pun tade…… Sila bersemangat!!!

*Tengok calendar. Bila lagi cuti?? Ahhhaaa… 15hb, Maulud Nabi.. errr… do I entitle to take Annual Leave?? Since I confirmed on 2nd Feb last week, do I have right to take y AL now after probation of 6 month?? Hurm, ingat cam nak take leave 14hb… so bolehlah I ganti cuti CNY balik kampung jumpa my mak and abah…T_T… Berikan aku kekuatan ya Allah….. Ye… anda akan rasa sebegini kalau ur superior is kinda like…..nice but strict perhaps? Entahlah…

Till then y’ols…! ZZzzzzzzz

Friday, February 4, 2011

Selamat Bertunang dan Selamat Berlepas ke UK untuk 2orang kawan yang pernah jadi sebahagian hidup saya!

Salam y'ols!

Sebelum tu Happy Chinese New Year kepada semua yang berbangsa Cina..^_^.. 

Penat masih terasa.. nk tahu kenapa? I just back from Pangkor, Lumut. Pergi balik hari je tu pasal penat seh. Actually I ke sana kerana menghadiri majlis pertunangan kawan baik, Intan Syafinaz. Majlis tunang je pun... eh mestilah.. dah janji kenalah datang tak kira lah walaupun hanya majlis pertunangan..Walaupun dapat bersua muka hanya seketika tapi Alhamdulillah I dapat hadir seperti dijanjikan... Tahniah sayang!!! kita sudah geng sekarang. Dah jadi tunangan orang jangan noty lagi ye..;P
Majlis pertunangan tu semalam. Bertemankan tunang tersayang I bertolak jam 9.30 am. Ingat nak gerak awal dari tu tapi ben ni lambat plak. Pastu baru teringat camera lupa nak charge...T_T... benda wajib mana boleh tak dibiarkan begitu je hehe. Dah tu kami tunggu lah camera tu charge kejap.. tu yang lambat sikit...T_T... Kami ikut jalan dalam.. agak lembab dengan traffic lite.. I dag tersengguk-sengguk kemengantukan. dah kena warned dengan ben kalau tidur ganti drive..erk...tak bagi chance tul die ni taw.isk

Sampai Lumut around 2.00pm. omg!!! ramai giler orang! aiseyman.. lupala... harini kan public holiday sah-sahlah orang ramai gi pangkor nun... adoi... nak tanak kenalah redah orang ramai tu...T_T.... beli tiket n beratur panjang... hamik kau... tapi nasib baik tak lama. yela satu bot je boleh muat dalam 200 orang apa ada hal kan hehe.. Yang penting dapat berdiri di luar bot menikmati udara laut dan amik gambar hehe...

Alhamdulillah.. selamat sampai ke jeti pangkor... Sampai jeti terus ke kedai mak intan.. amik motor kat situ katanya.. erk.. pakai chantek2 kena naik motor??? layannnnn... hahaha.. kelakar je kami naik motor masa tu... lagi-lagi ben... tak boleh belah...curik-curik amik gambar dia..:P Sampai sudah ke rumah Intan salam-salam terus menjamu selera dulu hehe. dah orang suruh kan..;P Nasib baik I ingat jalan ke rumah dia lagi hehe. pernah datang 2/3 kali dah. penginapan and makan free je. untung ada kawan tinggal situ kan..;P
Around 4.30 kami gerak balik. Selamat sudah intan menjadi tunangan orang. Moga kekal ke jinjang pelamin n ke akhir hayat kawan!! amin... Then balik tu I ngan ben sempat pusing-pusing n beli sedikit ole-ole. Ala beli sotong kering je pun huhu. Dan yang paling penting... posing harus diutamakan!!;P

On the way back teringat plak kepada seorang lagi teman, Nazira Nawawi yang akan berlepas ke UK pada malam tadi at 11.45pm. Dia ke sana for internship selama 4 bulan. Wahh besh kan dapat peluang macam tu.. Goodluck sayang!!! moga selamat pergi dan pulang!!! 
Intan dan nazz adalah kawan suka duka I masa belajar dulu. Kami kenal since tahun pertama semasa pengajian Diploma di Bangi dulu.. Till end.. kami masih bersama.. sebumbung.. Macam-macam kisah suka duka dah I lalui dengan they ols... Masa ambil degree di Shah Alam, I stay with nazz but separate with Intan and yang lain-lain. But untuk tak rasa yang kami dah tak sehaluan I selalu keep in touch dengan they ols. Pegi rumah dia, keluar dengan dia.. and till now... kami masih baik.. Thanks Allah.. Yeah.. Persahabatan bagi I.. sebuah ikatan yang suci.. Persahabatan yang dah terjalin sejak dari awal.. tak perlu berakhir.. Ia perlu begitu.. sampai akhir hayat.. I love all my friends... I takkan lupa insan-insan seperti mereka yang pernah jadi sebahagian daripada hidup I... Thanks friends!!!























Wednesday, February 2, 2011

Dugaan Banjir : Kampung Halamanku dah jadi Laut



Salam y'ols...


Kalau y'ols notice, last week hujan turun tak henti-henti. Dekat KL hujan tak tahulah di tempat y'ols. Masa hujan tak henti-henti tu I berada di Hulu Langat menjayakan Teambuilding 3 hari 2 malam tu. I tak tahu pun yang Selatan tanah air dah teruk dilanda banjir tak terkecuali kampung halaman I, Segamat. Bila balik dari teambuilding tu baru tengok berita, fesbuk dan notice pasal semua tu. Segera hubungi mak kat kampung pagi Isnin haritu. Mak kata kat sana dah beberapa hari hujan tak henti-henti. Kawasan kampung those yang dekat-dekat dengan sungai, parit memang naik air. Mak kata nak keluar ke mana-mana pun tak boleh. Jalan dalam tutup, jalan nogori pun tutup. Adik nak balik Melaka pun terkandas sebab banjir kat jelai. Haih~..
Sungai Segamat
Akak I yang duduk tengah-tengah di antara bandar segamat dan rumah mak.. pun tak dapat buat apa-apa. Nak balik rumah mak tak lepas, nak ke bandar pun tak lepas. Masa awal-awal banjir dapat gak jejak tengok banjir kat bandar but then bila sebelum buluh kasap tu dah naik air memang duduk rumah je lah jawabnya. Akak cakap banjir kali ini worst than banjir 2006 dulu. Subhanallah... Air sungai Segamat pun dah naik sampai jalan raya.. macam dulu lah...hurm..

Jalan Pemuda, Segamat
 Dalam berita pun cakap Segamat merupakan paling ramai mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan. Kawasan johor yang lain seperti Kota, Kluang dan lain-lain pun mengalami nasib yang sama. Dulu susah nak banjir.. sekarang ni Allah bagi rasa kat semua orang. Yela biasanya kan sebelah-sebelah pantai timur, utara je yang kena... this time.. selatan pun tak ketinggalan. bulan februari plak tu.... dugaan dugaan....
Bandar Segamat
Niat hati nak balik weekend ni tapi tengok keadaan macam ni mungkin terpaksa dibatalkan demi keselamatan. Lagipun esok I nak ke Pangkor ada majlis pertunangan kawan baik.. Nak balik Segamat pun macam tak sempat 3 hari je kat kampung tak puas huhu. Takpelah, Last 2 weeks dah balik so next time ada masa lagi..^_^...


Apapun, I doakan moga banjir pulih dengan segera.. Mari kita sama-sama doa agar hujan berhenti, banjir surut dan orang ramai dapat meneruskan rutin harian seperti biasa. Kepada mangsa-mangsa banjir, ambil langkah-langkah keselamatan di kala banjir ni untuk mengelakkan perkara yang tak diingini...


**Tidak lupa kepada anak-anak Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir.. Moga ditempatkan di kawasan-kawasan selamat.....
**gambar : sumber, Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers