9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, February 2, 2011

Dugaan Banjir : Kampung Halamanku dah jadi Laut



Salam y'ols...


Kalau y'ols notice, last week hujan turun tak henti-henti. Dekat KL hujan tak tahulah di tempat y'ols. Masa hujan tak henti-henti tu I berada di Hulu Langat menjayakan Teambuilding 3 hari 2 malam tu. I tak tahu pun yang Selatan tanah air dah teruk dilanda banjir tak terkecuali kampung halaman I, Segamat. Bila balik dari teambuilding tu baru tengok berita, fesbuk dan notice pasal semua tu. Segera hubungi mak kat kampung pagi Isnin haritu. Mak kata kat sana dah beberapa hari hujan tak henti-henti. Kawasan kampung those yang dekat-dekat dengan sungai, parit memang naik air. Mak kata nak keluar ke mana-mana pun tak boleh. Jalan dalam tutup, jalan nogori pun tutup. Adik nak balik Melaka pun terkandas sebab banjir kat jelai. Haih~..
Sungai Segamat
Akak I yang duduk tengah-tengah di antara bandar segamat dan rumah mak.. pun tak dapat buat apa-apa. Nak balik rumah mak tak lepas, nak ke bandar pun tak lepas. Masa awal-awal banjir dapat gak jejak tengok banjir kat bandar but then bila sebelum buluh kasap tu dah naik air memang duduk rumah je lah jawabnya. Akak cakap banjir kali ini worst than banjir 2006 dulu. Subhanallah... Air sungai Segamat pun dah naik sampai jalan raya.. macam dulu lah...hurm..

Jalan Pemuda, Segamat
 Dalam berita pun cakap Segamat merupakan paling ramai mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan. Kawasan johor yang lain seperti Kota, Kluang dan lain-lain pun mengalami nasib yang sama. Dulu susah nak banjir.. sekarang ni Allah bagi rasa kat semua orang. Yela biasanya kan sebelah-sebelah pantai timur, utara je yang kena... this time.. selatan pun tak ketinggalan. bulan februari plak tu.... dugaan dugaan....
Bandar Segamat
Niat hati nak balik weekend ni tapi tengok keadaan macam ni mungkin terpaksa dibatalkan demi keselamatan. Lagipun esok I nak ke Pangkor ada majlis pertunangan kawan baik.. Nak balik Segamat pun macam tak sempat 3 hari je kat kampung tak puas huhu. Takpelah, Last 2 weeks dah balik so next time ada masa lagi..^_^...


Apapun, I doakan moga banjir pulih dengan segera.. Mari kita sama-sama doa agar hujan berhenti, banjir surut dan orang ramai dapat meneruskan rutin harian seperti biasa. Kepada mangsa-mangsa banjir, ambil langkah-langkah keselamatan di kala banjir ni untuk mengelakkan perkara yang tak diingini...


**Tidak lupa kepada anak-anak Malaysia yang berada di Kaherah, Mesir.. Moga ditempatkan di kawasan-kawasan selamat.....
**gambar : sumber, Facebook

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers