9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Wednesday, February 9, 2011

Atkins Loser

It has been a long time I didn’t talk on my diet right? Actually, I am very disappointed.. disappointed with myself.. yeah yeah y’ols can say anything about me… what.. Loser??? ‘angan-angan tahi ayam’??  whatsoeverlah.. sad to inform y’ols, I have not started my re-induction yet…as promised….T_T… dunno lah…

Bermula dengan rasa pening yang berpanjangan selepas seminggu beratkins, I berulang alik ke klinik mendapatkan rawatan dan ubat dek tak tahan menanggung sakit kepala. Tapi walaupun rasa sakit I teruskan jugak atkins. Mulanya I rasa ianya bukan berpunca daripada diet I tu but then bila noticed, I rasa macam tu selepas amalkan atkins…hurm.. After that I dah mula curik-curik makan terutamanya bila ada function di office. Arghhh.. menyesal. Then, I mula stop makan supplement.. mana tahu sebab supplement I pening tak hilang-hilang? Hurm… sikit-sikit I makan balik foods yang sebelum ni I berjaya hindar. Lebih teruk lagi bila I pergi teambuilding selama 3 hari di hutan, Hulu Langat.. dengan aktiviti yang pack.. dan.. dengan hidangan makanan yang lazat.. terutamanya nasi….. Kalau dah dalam hutan macam tu, makanan apa yang I boleh makan?? Takkan I nak makan daun-daun pokok dalam hutan tu plak kan? Dahlah makanan sedap-sedap.. free plak tu… memang I tak tolak rezeki la kan……. I have been eating and eating without considering the consequences… T_T arghh.. punah… punah…… yeah yeah I’m the loser.. fine!

Sejak I balik teambuilding 3 hari tu, I macam dah tak boleh tak makan berat-berat. I mean, makanan yang sebelum ni lama I tak sentuh seperti nasi, bihun, roti, eskem, jajan-jajan… semua I dah berani sentuh balik.. OMG… T_T… hamik kauuuu… I dah mula balik rutin makan di luar office (tak masak+tak bawa bekal+tak tapau di fudcourt), I dah mula balik rutin makan di kedai bila habis bekerja mahupun hari tidak bekerja.. ahh sudah.. ini sudah kronik..! sia-sia je kau diet sebelum ni.. kau mula balik tabiat dan tebiat lama! U eats too much rubbish gurl!!!! See ur stomach now?? Oh noooo….!!!!!!!!!!!! @_@

Huh…. Apa kesudahannya, I pun tak tahu. I nak start balik secara mendadak pun susah ni. Sebab nanti takut I buat separuh jalan lagi..T_T… Secara hakikatnya, I memang kuat makan.. pantang nampak makanan.. makan makan makan!!! Sebab tu lah setiap kali nak diet memang susah nak konsisten dan disiplinkan diri!! I hate myself in that part! Huh…. What I’m gonna do now??? HELP!!!

Kesimpulannya…. I pun tak tahu nak simpulkan bagaimana. Kalau I tak berusaha melakukan sesuatu.. I akan terus benci pada diri yang tak berapa nak sihat ni. Seriously I rasa semakin ‘membesar’ sekarang.. Kalau I buat sesuatu pun, I kena betul-betul buat.. I kena melakukan perubahan…ye.. mesti.. T_T… Kalau ben tak bising pun, I memang selalu merungut dengan diri sendiri.. asyik makan je.. badan pun makin bulat.. macam mana nak kawen ni…T_T…

Mungkin I kena mula Atkins? Mungkin I kena guna cara lain? Ke I yang cepat mengalah dengan sesuatu cara tu? Baru pening sikit dah kalah.. **eh tapi betol-betol pening laa…T_T… entahlah… Let me think… what next…

My plan.. di awal pemulihan.. I nak start dengan berpuasa.. ye.. berpuasa ye kawan-kawan. I kena belajar berlapar. Ye.. akan ku didik perut yang degil ini. Secara tak langsung, I bolehlah ganti sekali puasa yang terpaksa ditinggalkan bulan Ramadhan hari tu kan kan. heee~ Tapi, harus diingat!! Berbuka puasa jangan berlebihan…. NOTED!!! Tapi, mampukah I? InsyaAllah… kita cuba minggu depan oke?? Deal!

Lately ni sakit kepala I dah hilang.. mungkin secara kebetulan? Atau.. mungkin sebab I dah jadi normal kembali? Normal dengan kembali kepada sikap suka makan…T_T… But kadang-kadang terasa jugak sakit kepala ni cuma takdelah sampai tak tahan sampai nak jumpa doc. Sakit kepala tu mungkin juga berpunca daripada tekanan kerja. Bukanlah kerja berat sangat sampai tertekan. Tapi mungkin dek kerana memikirkan idea-idea yang harus dikeluarkan untuk setiap kerja yang dilakukan. Plus, kerja pun dari pagi ke petang mengadap laptop kan… @__@...

Sekarang ni, I tengah sakit tengkuk dan bahu pulak. Yela I rasa mungkin sebab lama sangat duduk atas kerusi di office. (bila agaknya admin nak tolong tukar kerusi yang tak sihat tu ek?T_T)…  Dengan mengadap laptop dan kerja….sakit-sakit belakang dah jadi perkara biasa. Haih.. daripada haritu nak pergi massage tak jugak pergi-pergi… I ingat macam nak pergi berbekam. Tapi, macam takut pun ada. Yela sebab tak pernah buat, tengok sampai keluar-keluar darah bagai.. seram pun ada. Y’ols dah pernah berbekam ke? Tak sakit ke?? I tengok orang yang dah buat tu macam besh je. Ramai kata lepas berbekam badan rasa ringan sebab dia buang darah kotor kita.. yeke? Lagipun berbekam ni salah satu sunnah Nabi right? Tengoklah nanti kalau berkesempatan dan ada keberanian I nak cuba. Untuk migrane dan sakit-sakit belakang… Udah tidak tertanggung lagi…. Haih.. muda-muda dah macam ni kan? hehehe

Moga niat suci I untuk mengempiskan perut tak sekadar di pinggir bibir.. hehe.. y’ols mehlah tolong support I…T_T…. kot-kot ada di antara y’ols yang ada tips nak konsisten dengan diet dan pemakanan?? Boleh lah tolong-tolong share di sini…… oke?

Ok lah.. badan penat.. mata pun dah mengantuk….=__=

Till then ya!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers