9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Sunday, February 27, 2011

Nak perut idaman? try this

Salam everyone!

Perut yang kempis adalah menjadi idaman semua wanita yang berperut buncit. yelaa kalau dah kurus macam lidi takkan nak kempis lagi kan. Salah seorangnya adalah insan bernama 'aku'....ye....'aku'! T_T Walaupun sedang berdiet akan tetapi perut buncit yang satu ini belum pun menampakkan perubahan mahu kempis. sayang barangkali mahu meninggalkan perutku..T_T... Dah pakai girdle pun dia tetap degil. Bila bukak girdle tu nahhhh kauuu pandang bawah macam tak nampak kaki. *tipu. Jadi demi untuk membanteras gejala perut buncit ini daripada terus berlarutan adalah disarankan untuk aku melakukan sedikit perubahan. err.. sedikit bermaksud perubahan itu tidaklah dilakukan secara mendadak. perlu ada kesedaran diri terlebih dahulu. (ah kauu tak habih2 kesedaran diri.. bagi 3 tahun pun lum tentu kau sedar!) erk.. okay-okay kita bermula dengan secara kecil-kecilan dahulu. (apa kau ingat ini satu perniagaan?!) *bisikan hati memang selalu dengki terhadap my..T_T

Baiklah!! oleh kerana rakan-rakan dietku telah membuatkan aku merasa cemburu di atas keaktifan mereka melakukan senaman, aku juga termotivated oleh mereka! ya.. terima kaseh kawan-kawan kerana sedikit menyedarkan aku. (sedikit je??! memang kau tak sedar diri la my!). err kira oklah daripada takde langsung an an. 

So, dengan bantuan encik google yang mengetemukan aku dengan beberapa tips yang mudah dan ringkas untuk bersenam.. InsyaAllah akan aku gunakan untuk kehidupan seharianku. my! kuatkan semangat! kau boleh!!!

Jom kita tengok apa jenis senaman yang kita boleh lakukan?^_^

Knee Circle
Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

  1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
  2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
  3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.
  4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
  5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.

Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.
  • Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.
  • Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.
  • Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.
Side Chop
Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.

  1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki
  2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
  3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
  4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.
  5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan



  • Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.
  • Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ok.
Seat up




Haa.. yang ni aku tak payah bagi explanation la kan (sebab tak jumpa) sebab ni adalah antara senaman yang biasa dilakukan untuk kempis kan perut. sebelum tidur, bangun tidur pun boleh buat an an. (pandailah tapi diri sendiri malas nak buat..T_T). buatlah dalam kiraan 10.. ulang-ulang.. *nanti urat perut terasa tegang.. besh woooo... 


Lain-lain

yang ni y'all click je kat gambar tu and zoom in oke...;) 

Selamat mencuba!! (juga kepada diri sendiri..T_T)




Info:kredit to missyanz, chocoties


6 comments:

putribongsu said...

awak ni cari info mmg pandai dan rajin tapi melakukannya sgt lah TIDAK. :P

sila berusaha

mynameismy said...

baiklah..T_T

Faziera said...

cara ni pun boleh tau...

htpp://effafaizalfuture.blogspot.com

cikeewana said...

boley la try ni..kite pon tgh diet..tapi ta ng tu x turun2 pon..a.deyhh~~ :D
thx for f tips..

mynameismy said...

@faziera

thanks for sharing!;)

mynameismy said...

@cikeewana

welkam!;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers