9

Kawan-Kawan Saya! ^_^

Tuesday, March 1, 2011

Saya ingin Menonton Filem World Invasion: Battle Los Angeles!

Bagi anda yang meminati filem bergenre aksi, dan sains fiksyen pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan filem ‘World Invasion: Battle Los Angeles’ di pawagam-pawagam berhampiran tidak lama lagi. Filem arahan Jonathan Liebesman ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti  Michelle Rodriguez, Aaron Eckhart, Bridget Moynahan, Lucas Till, Michael Pena, dan Ne-Yo.

Berikut merupakan sinopsis World Invasion: Battle Los Angeles’:

Untuk beberapa tahun, terdapat dokumentasi kes-kes penemuan UFO di serata dunia – Buenos Aires, Seoul, France, Germany, China. Akan tetapi pada 2011, apa yang hanya merupakan penemuan sahaja untuk seketika waktu dahulu, kini menjadi realiti yang menakutkan apabila Bumi diserang oleh kuasa-kuasa yang tidak dikenali. Semasa penduduk dari serata dunia melihat kejatuhan bandar-bandar terhebat di dunia, Los Angeles menjadi tempat tumpuan terakhir untuk pertempuran yang tidak diduga. Kemenangan bergantung kepada staf sarjan Marine (Aaron Eckhart) dan platun barunya untuk bertempur dengan musuh yang tidak seperti mana-mana yang pernah ditemui sebelum ini.... "
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam terdekat pada 17 Mac 2011.

Butiran lanjut mengenai filem ini boleh didapati dari sini:

Bosan dengan filem-filem cinta, lawak dan seram? ‘World Invasion: Battle Los Angelestelah diolah dengan begitu baik sekali jadi saksikan filem aksi ini di pawagam berhampiran anda dan rasai kelainannya..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

WELCOME

WELCOME

DETIK DETIK INDAH

Lilypie First Birthday tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers